Saturday, May 31, 2014

HARGA SBW MENTAH (RAW UNCLEANED) DI KOTA TINGGI MEMBERANSANGKAN

Asalamualaikaum dan Salam Sejahtera,

Sudah sampai ke pertengahan tahun 2014 kita hari ini. Bagaimana dengan pencapaian matlamat tahun 2014 anda? Harapan saya dipermudahkan segala urusan berkaitan perkara berkenaan. Amin.

Semasa menghadiri kursus asas peternakan burung walit di Kota Tinggi baru-baru ini, saya dimaklomkan olih Sdr Aisa (Timbalan Pengerusi Persatuan di peringkat Daerah Kota Tinggi), bahawa di Kota katanya harga telah mencecah RM2,000 se Kg bagi SBW Gred A. Manakala bagi jualan secara pukal pula telah mencecah RM1,500 se Kg.

Bagi saya kedudukan harga tersebut membanyangkan satu peningkatan semula harga SBW tempatan. Jika harga sedemikian berterusan, satu pertanda baik terutamanya bagi pengusaha Bumipurta.


Renung-renungkan...


Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, May 12, 2014

KURSUS ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT

Salam sejahtera, selamat bertemu kembali.

Untuk makluman mereka yang berhasrat untuk mencari dan menyertai kursus berkaitan. Satu kursus berkenaan akan dianjurkan olih JPV Johor dengan kerjasama KEJORA dan akan di adakan pada 25hb-26hb Mei, di Kota Tinggi Johor.

Sesiapa yang berminat sila rujuk kepada DVS (JPV) Johor di Johor Baharu (UP: En Nizam).

Terima Kasih.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, December 30, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pengngunjung serta pengikut (followers) blog saya ini serta blog-blog yang berkaitan. Terima Kasih juga kepada semua di atas sokongan anda selama ini.

Saya berkemungkinan akan memindahkan kesemua kandungan blog ini ke halaman baru tidak berapa lama lagi. Sehubungan dengan hal ini, anda yang senantiasa mengikuti perkembangan blog-blog ini, yang mana penting buat anda, supaya menyalin mana-mana maklumat yang perlu. Ini juga bermakna saya akan memperlahankan pengisian paparan baru melalui blog ini serta blog-blog lain yang berkaitan.

Saya akan maklumkan di blog ini nanti, apabila halam web baru berkenaan boleh di akses.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, December 7, 2013

KAYU SIRIP SESUAI UNTUK PEMBINAAN KOTAK SARANG LEBAH KELULUT

Salam hormat,

Semasa saya melawat ke satu projek lebah kelulut di Melaka baru-baru ini saya mendapati bahawa kayu meranti merah yang kita gunakan sebagai papan sirip di dapati sesuai untuk digunakan di dalam pembinaan kotak sarang lebah kelulut.

                               Satu Projek Lebah Kelulut

Perhatikan kotak yang terletak di atas tunggul di dalam gambar di atas. Jika kita ada banyak lebihan papan ini, sesuai digunakan untuk membuat kotak untuk lebah kelulut bersarang.

                     Dinding Kotak Di buat Menggunakan Papan Sirip

Saya perhatikan lebah kelulut tiada masalah dengan kayu ini dan bersarang, seperti gambar berikut.


                          Gambaran Di Dalam Kotak Yang Berhasil

Skian, untuk renungan kita bersama.


Skian



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Thursday, December 5, 2013

RUMAH BURUNG WALIT (RBW) BERTUKAR MENJADI PENGELUAR CENDAWAN TIRAM

Salam hormat,

Di masa kehebatan industri walit kita semua sedar sekitaran 70% bangunan yang dibina tidak di anggap berjaya. Tambahan di dalam kedudukan industri sekarang semakin banyak RBW yang terbengkalai dan tuan-tuan pemiliknya tidak tahu hendak buat apa. Bagi mereka yang meminjam dengan bank dalam masa pembinaan, semestinya tercari-cari jalan bagaimana pinjaman itu boleh dilangsaikan sungguh pun pengstrukturan semula bayaran pinjaman telah dibuat.

Berikut saya paparkan satu idea dimana sebuah RBW yang tidak berjaya telah diubah suai dan dijadikan premis penghasilan cendawan tiram yang berjaya.

Dahulu RBW yang sebesar 16'x100' dan empat tingkat ini dibina dengan harga lebihkurang RM200,000 . Kini dipenuhi dengan bungkah-bungkah tiram. Bangunan ini boleh memuatkan sehingga 25,000 bungkah cendawan pada satu-satu masa. Mengikut Mr Chong iaitu pemilik premis ini bangunan sebegini tidak menghadapi masaalah untuk memenuhi keperluan mikroklimatik cendawan tiram dan pasaran tiada masaalah baginya, bahkan tidak mencukupi buat masa kini.




Jika ada di antara anda yang terfikir ke arah ini, pastikan dahulu ada pasaran yang akan membeli cendawan tersebut. Juga pelaburan tambahan untuk mengadakan rak-rak, pembelian bungkah yang telah disuntik dan tenaga kerja yang diperlukan. Saya difahamkan En Chong sebelum ini telah membeli bungkah cendawan ini dengan harga RM1.20 setiap satu. Bermakna beliau telah melabur sebanyak RM30,000 untuk bungkah sahaja. Sekarang beliau menghasilkan bungkahnya sendiri dan dengan kos yang lebih murah.




Jika anda perhatikan semula gambar teratas terdapat lubang besar di setiap lantai dan di kedua-dua belah bangunan di setiap lantai. Lubang ini telah dibuat bagi penambah baikan mikroklimatik di dalam bangunan. Pada ketika ini En Chong sedang mengeksperimen untuk meningkatkan kelembapan dan kesejukan dalam bangunan ini dengan memasang "tirai air penyejuk dan ditarik dengan kipas" dan konsep ini sama dengan sistem penyejukan yang terdapat pada reban ayam jinis rumah tertutup.

Saya juga perhatikan beberapa lubang kecil dibuat disekeliling bangunan bagi meningkatkan ventilasi.




Menurut En Chong lagi, jika ramai pihak yang berminat beliau sedia untuk berbincang, terutamanya mengenai penghasilan bungkah dan juga pasaran tiram. Kursus sehari juga boleh diadakan dengan menggunakan premis ini jika terdapat permintaan.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, December 1, 2013

HARI PELADANG NEGERI JOHOR

Salam hormat,

Saya teruskan pemerhatian saya, pada hari ini di sambutan hari peladang peringkat negeri Johor, yang telah di adakan di premis pertanian moden batu 8 jalan Air Hitam-Kluang.



Nampaknya industri walit telah tidak kelihatan, sepertimana ia pada satu ketika dahulu. Cuma ada 2 gerai yang menjual produk SBW. Satu dimiliki oleh syarikat Norhaidi Gemilang Food Enterprise dan satu lagi oleh agen pemasar Pearl Walit.

Setahu saya dasar di peringkat Kementerian tidak lagi berubah. Industri walit adalah merupakan salah satu daripada High Impact Project! Apakah kumpulan PEMANDU projek telah tidak lagi memandu?


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, November 29, 2013

SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2013 DI MITC MELAKA

Salam hormat,

Hari ini (29hb November,2013) adalah merupakan hari pertama berlangsungnya pamiran SDSI 2013 dan saya berkesempatan untuk melawat pamiran berkenaan. Pamiran akan berakhir pada 01hb Disember,2013 nanti.

Nampaknya pamiran dikelompokkan mengikut negeri dan Lembaga Kemajuan Wilayah. Setiap negeri pula turut mempamirkan kebudayaan masing-masing, termasuk dari Sabah dan Sarawak. Tambah menarik, khususnya bagi kaum wanita ialah adanya penyertaan di peringkat Antarabangsa dari negera Kemboja. Negara ini mempamir dan menjual banyak permata hiasan wanita dan produk berkaitan yang saya nampak begitu cantik dan mengasyekkan jika melihatnya. Jika ada kewangan boleh lah membelinya khususnya untuk yang tersayang.

Di pamiran ini juga terdapat sebanyak 7 syarikat dan usahawan individu yang mempemirkan produk Srang Burung Walit(SBW) mereka, ada yang telah lama dikenalai dan ada yang baru. Berbanding dengan sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan di peringkat kebangsan 2013 yang lalu, penyertaan disini lagi ramai dan menggalakkan. Bagi saya ini satu pertanda yang baik. Jika kita semua yang terlibat dengan industri ini mengusahakan pasaran tempatan, saya yakin industri ini boleh bertahan lama dan boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka yang terlibat.

Berikut adalah gambaran syarikat-syarikat dan individu usahawan yang telah menyertai pamiran SDSI 2013 ini.


                               Norhadi Gemilang Food Enterprise


                                        Walit Assunnah 7 in 1


                                        Blossom View Sdn Bhd

                                              Walit World


                                                 Al-Kautsar


                                      Restu Walit Dari AMBS Dungun

Masih saya perhatikan banyak bungkusan produk yang tidak mempamirkan gambar burung walit yang betul.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun