Friday, September 27, 2013

INDUSTRI WALIT: PERKEMBANGAN RBW SEMASA

Salam hormat,

Amnya, di dalam era kegawatan harga SBW mentah sekarang, pertumbuhan industri hampir terhenti. Sektor pembinaan RBW baharu terhenti terus bagi orang Melayu. Bahkan banyak juga RBW yang berprestasi rendah di abaikan terus oleh pengusaha.

Bagi orang China, petunjuk bahawa keyakinan terhadap sektor ini telah mula timbul semula. Kini kelihatan beberapa RBW baharu sedang dibina dan ada yang baharu sahaja beroperasi. Berikut adalah rakaman yang sempat saya lakukan pada 21hb September, 2013 dan ia hanya disekitaran jalan-jalan yang saya lalui sahaja.

Pertama, disekitaran Gambang, Kuantan. Gambar-gambar berikut di ambil bersebelahan sekolah memandu di persimpangan Gambang ke Muadzam Shah. Kelihatan bahagian atas SMI (Bengkel) ini telah diubahsuai untuk dijadikan RBW. Saya perhatikan ada sekurangnya 4 buah dan 3 daripadanya telah mula memikat walit.





Berikut RBW yang baru sahaja siap pembinaanya (tingkat atas). Saya difahamkan sistem dalaman masih belum siap. Gambar ini di rakan di jalan masuk ke gugusan FELDA Mendi, Triang Pahang. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks kedai hardware.




Gambar berikut pula di rakamkan di jalan antara Simpang Durian ke Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan. Rumah ini sedang dalam pembinaan, seperti yang anda lihat.



Terakhir, gambar sebuah RBW yang baru beroperasi (dalam 2 bulan memanggil walit) dan saya lihat sudah ada respon walit. Ia terletak di jalan yang menghubungkan Air Hitam ke Serting, Jempol Negeri Sembilan.





Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, September 23, 2013

SUASANA DIGEMARI BURUNG HANTU

Salam hormat,

Baru-baru ini saya dijemput untuk melihat sebuah RBW di Kuala 
Rompin, Pahang (Kira-kira 6Km arah ke Endau). Tuan pemilik RBW 
ini menyatakan kepada kami, RBW ini telah berumur lebih kurang 
3 tahun, tetapi hanya ada kira-kira 15 buah sarang sahaja.

Saya beranggapan kawasan ini adalah lubuk burung walit. 
Prestasi yang dinyatakan agak jauh rendah daripada biasa.

Dua perkara yang jelas, mengapa tidak banyak walit mendiami 
rumah ini. Pertama, didapati tingkat atas yang agak terang sehingga 
ke tingkat 2. Kedua, pemeriksaan ke dalam kotak junam mendapati 
ada tanda-tanda bahawa burung hantu telah tingal di dalam ruang 
ini buat beberapa lama.

Terdapat 3 keadaan atau situasi yang menggalakkan burung hantu 
tingal di dalam kawasan kotak junam ini. Pertamanya, tiada pagar 
elektrik di pasang di sekeliling tembok kotak junam. Kedua, tiada 
lampu dipasang di mana-mana lokasi di atas tembok kotak junam 
ini. Ke Tiga, terdapat struktur tangga diletakkan di dalam kawasan 
kotan junam ini dan telah menjadi tempat burung hantu bertenggek.


                         Tangga ini telah memudahkan burung hantu


Bila dilihat sekitaran tangga ini, di dapati bulu burung hantu dan juga 
tinja burung hantu di atas lantai.


                                          Bulu burung hantu

Sebagai tindakan susulan, tangga ini telah diminta supaya dikeluarkan 
daripada kotak junam ini. Seterusnya, lampu dipasang di atas tembok 
kotak junam beserta dengan pagar elektrik.

Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun( DVM, MAgrS).

Tuesday, August 27, 2013

MAKMAL WALIT DR AZIZOL: A NEW UPDATE

Salam hormat,

Terakhir saya melaporkan kedudukan RBW ini ialah pada bulan Jun, 2013 dan dipaparkan di dalam blog ini pada bulan yang sama.




Kutipan sarang kali pertama saya lakukan setalah rumah ini berumur melebihi setahun 7 bulan.

Ringkasan hasil kutipan adalah seperti berikut:-

Tahun 2012

            1. Bulan May: 354 gm.,
            2. Bulan Ogos: 347 gm

                       Jumlah: 701 Gm

Tahun 2013

            1. Bulan Jun: 396 gm.
            2. Bulan Ogos: 356 gm.

                       Jumlah : 752 gm

Pada penghujung bulan Ogos ini, rumah ini genap berumur 3 tahun. Mulai bulan September 2013, adalah merupakan tahun ke 4 pengoperasianya.


Skian sahaja buat kali ini.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, August 4, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434


Kepada rakan-rakan sewalitan semua, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta kemaffan dipinta. Semoga selamat adanya. Amin



Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, July 30, 2013

HARGA SARANG WALIT MENTAH DI PPN TERENGGANU


Salam hormat,

Kerana ada beberapa pertanyaan kebelakangan ini mengenai harga semasa SBW, berikut saya paparkan harga yang saya perolehi daripada PPN Negeri Terengganu. Harga ini ialah bagi minggu ini (29.07.13 - 04.08.13 )  sahaja.


GRED A : RM 1,500.00

GRED B : RM 1,000.00

GRED C : RM 500.00

GRED C- : RM RM 200.00


Pertanyaan ini berkemungkinan disebabkan pengumuman kerajaan bahawa Malaysia akan mengekspot semula SBW ( yang di proses ) ke Negara China dalam masa tedekat.

Saya menjangkakan, sepanjang tahun ini, walaupaun Malaysia mula mengekspot semula SBW ke China, harga tidak akan berganjak secara ketara daripada harga semasa. Ini disebabkan terlalu banyak stok lama yang masih tersimpan. Saya menjangkakan juga perubahan harga akan mula dilihat pada suku ke dua tahun 2014 nanti.


Skian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

LOT-LOT TANAH UNTUK DIJUAL DAN AMAT BERSESUAIN UNTUK PROJEK WALIT


 Salam hormat,

Terdapat dua lot tanah, yang amat sesuai untuk dijadikan tapak projek menternak burung walit, dan pemiliknya hendak jual sekarang.

LOT PERTAMA

1. LUAS LOT: 4.4 ekar,

2. LOAKSI LOT: Kg Jawa, Batu 4, Endau Rompin, Pahang.
                   Berdepan dengan Mesjid Kg Jawa,
                   Tanah tepi laut, rata dan ada kemudahan jalan bertar.

3. STATUS TANAH: Reserve Melayu, dan Pertanian.

4. HARGA DI PINTA : RM 200,000.00 /ekar.



LOT KE DUA


1. LUAS LOT : 2.75 ekar,

2. LOKASI LOT : Paya Bungor, tepi Sungai Lepar dan berhampiran dengan
                       Mini Estate RISDA dan Ladang DVS (RDUL Ulu Lepar),
                       Ada jalan masuk ke tapak.

3. STATUS TANAH: Pertanian dan Freehold (sebab pemilik pertama ialah
                       seorang China.

4. HARGA DIPINTA : RM 200,000.00 /ekar.


Untuk makluman ada juga, lot yang di Endau, Rompin itu sememangnya saya anggap sebagai lokasi atau lubuk walit. Jadi amat sesuai untuk di jadikan ekopark walit. Ia boleh digunakan untuk menarik pelabur daripada Singapura dan China.

Lot yangh di Lepar juga merupakan lokasi yang cantik untuk projek walit.


Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian 019-9167341 atau 019-9550959.

Skian



Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, July 15, 2013

MAKLUMAT RINGKAS: EKSPOT SARANG BURUNG WALIT KE CHINA MUNGKIN PULIH DALAM MASA TERDEKAT


Salam hormat dan selamat meneruskan ibadah puasa,

Pada halaman yang saya ketengahkan di blog ini pada 22 Jun, telah menceritakan kedudukan 15 buah syarikat yang memohon untuk mendapat kelulusan untuk mengekspot SBW ke China. Ekoran daripada itu saya terus bertanyakan kepada Dr Hisyam akan kedudukan terbaharu mengenainya.

Pada 13hb Julai lalu, saya sempat berbual dengan Dr Hisyam (DVS, Putra Jaya) mengenai usaha mengekspot semula SBW ke negera China. Saya terus bertanyakan kedudukan 9 buah syarikat yang telah mendapat kelulusan bersyarat daripada pihak pengodit daripa pihak berkuasa China tempoh hari.

Menurut beliau, kakitangan konsultansi DVS telah pun melawat dan menyelia isu-isu dan perkara-perkara yang perlu di ambil tindakan oleh kesemua syarikat berkenaan. Pihak jabatan memberikan masa dalam 3 minggu lagi untuk mereka membuat segala perubahan yang diminta. Selepas tempoh 3 minggu yang akan datang, apabila mereka ini diluluskan oleh pihak pemantau ini, mereka akan di daftarkan dengan pihak berkuas China dan seterusnya boleh mengekspot raw cleaned bird nests.

Menurut beliau lagi, insyaAllah permasaalah ini akan selesai dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

Dengan berlakunya ekspot SBW yang telah dibersihkan ini nanti, kami percaya harga komoditi ini di pasaran tempatan akan bertambah baik.

Beliau turut menyatakan kepada saya, terdapat 16 buah syarikat baru yang telah mengemukakan permohonan untuk mendapat kelulusan mengekspot daripada pihak berkuasa negara China. Tiada satu pun syarikat bumiputra yang mengambil bahagian, katanya lagi. Melalui perbualan itu beliau mengajak syarikat Bumiputra yang berkelayakan untuk memohon di masa-masa yang akan datang.

Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun