Sunday, September 16, 2012

SEDUTAN BUKU: MEMAKAN SBW MENYEMBUHKAN KANSER PAYUDARA

Kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang diperolehi daripada sebuah buku yang bertajuk: PANDUAN LENGKAP WALET  yang ditulis oleh Hary K. Nugroho dan Drs Arief Budiman yang diterbitkan oleh Penebar Swadaya pada tahun 2009.

Menurut penulis-penulis ini, amalan memakan SBW boleh menyembuhkan kanser payudara. Menurut mereka lagi, pengalaman ini dibuktikan oleh seorang ibu yang bernama Ngkweklan daripada Medan, Sumatra Utara.

Beliau mengamalkan memakan bubur SBW setiap hari, sebelum memakan makanan lain.

Bubur ini disediakan dengan mudah. Caranya ialah dengan menggunakan 2 ke 3 keping SBW yang sudah dibersihkan, dimasak di dalam bekas yang mengandungi 3 gelas air. Dikacau sehingga terurai dan terus dimasak sehingga lunak. Kemudian di campur dengan sedikit garam.

Beliau mengamalkan bubur ini tidak sampai 3 bulan, kemudian terus ke Singapura untuk menjalani pemerikasaan lanjut kes kenser payudara beliau. Para doktor yang memeriksan beliau rasa terperanjat dan merasa heran setelah mendapati sel-sel kanser beliau telah hilang sepenuhnya. Bermakna beliau telah benar-benar sembuh daripada kanser payudara.

Jika ada sesiapa yang mengalami kes kanser payudara, atau sebarang tumbuhan di payudara, mungkin elok dicuba ramuan yang diceritakan di atas.

Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, September 15, 2012

CADANGAN DASAR PETERNAKAN

Di dalam seminar walit, saya kerap mencadangkan supaya bidangusaha ternakan, tak kisahlah sama ada sektor ruminan atau pun bukan ruminan, digandingkan dengan bidangusaha peternakan burung walit. Demikian juga dengan bidang-bidang lain dalam sektor pertanian.



Salah satu di antara sebab kenapa cadangan dasar ini dibuat, ialah kerana bidangusaha peternakan burung walit tidak memerlukan tenaga buruh yang berasingan dan boleh berjalan serentak dengan kegiatan pertanian yang kita sedang lakukan.

Setelah RBW mencapai umur 2 tahun, dan ada ketikanya selepas setahun setengah sahaja, ia mula membuahkan hasil. Hasil ini sudah tentu akan membantu anda mengimbangi keperluan kewangan aktiviti utama setiap bulan dan seterusnya.

Sewaktu lawatan saya ke satu projek peternakan burung walit di Gerisek, Muar baru-baru ini telah mula menampakkan penerimaan konsep integrasi antara bidangusaha peternakan, dalam kes ini peternakan kambing Boer, dengan bidangusaha peternakan burung walit.





Peternakan lembu feedlot dengan bidangusaha peternakan burung walit telah juga dimulakan. Hanya memerlukan penekanan dan penerimaan oleh penternak feedlot lain.



Integrasi sektor pertanian lain, seperti sektor perladangan kelapa sawit dengan bidangusaha peternakan burung walit memang telah lama berlaku.



Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Sunday, September 9, 2012

MINUMAN SBW MERIAHKAN LAGI MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAMAN SERI PENGKALAN

Satu majlis sambutan Harai Raya Aidil Fitri 1433, bagi Taman Seri Pengkalan Alor Gajah Melaka telah diadakan pada 08hb September bermula jam 8 malam bertempat di premis gelanggang futsal taman Sri Pengkalan. Pelbagai kaum turut hadir bersama-sama dengan wakil rakyat kawasan berkenaan.



Di antara makanan yang dihidangkan pada majlis ini ialah lempeng niyor beserta dengan sambalnya, lemang bersama rendang ayam, pangang daging ayam dan daging kambing beserta black papaer sourse, satay ayam, cendol, jemput-jemput, dan ice cream. Antara minuman yang disediakan ialah teh dan kopi panas, syrup ice dan minuman sarang burung walit.





Mungkin ada di antara anda yang ingin mengetahui bagaimana minuman SBW ini disediakan. Berikut saya ceritakan secara kasar tetapi boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang ingin mencuba. Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Cik Suzana Jasmin di Ag Walit Training Centre.

Hanya 4 keping SBW yang sudah dibersihkan diguna untuk penyediaan minuman ini. Ia di masak secara perlahan dalam 1 liter air selama kira-kira 3 jam. Ini bagi menyediakan apa yang kami sebut sebagai pati SBW dan disimpan ke dalam kelalang kaca (gambar berikutnya).



Dua bungkus herba laichikang (RM2.50/bungkus), yang dibeli daripada kedai sensieh China digunakan sebagai bahan campurannya. Satu pek campuran ini dimasak dengan 2 liter air dan 1 kg gula batu, yang juga dibeli daripada kedai yang sama. Ia di masak sehingga kembang. Oleh kerana periuk memasak ini hanya mampu menampung 2 liter muatan, 2 pek herba laichikang dimasak dua kali.







Setelah kembang ia dicampurkan dengan satu liter pati SBW. Dikacau dan sedia untuk dibawa ke majlis untuk dibancuh dan dijadikan minuman air SBW. 

Untuk satu pek campuran herba dan laichikang dimasukkan ke dalam air suam sebanyak 13 liter (lebih kurang ). Kemudian di di tambah dengan sedikit air gula (secukup rasa ) dan kordial perisa air kelapa laut. Campuran ini dikacau dan kemudian di tambah sedikit lagi air dan ketulan ice. Minuman ini sedia untuk dihidangkan atau diberikan kepada pengunjung.











Amnya, 1 liter pati SBW beserta dengan 4 liter masakan herba laichikang dijadikan 60 liter minuman. Oleh kerana kelalang yang digunakan hanya mampu disini dengan 30 liter muatan, bermakna bahan-bahan itu tadi dibancuh dua kali.

Saya perhatikan ramai para jemputan yang berminat dengan minuman ini dan ada yang mengambilnya berulang kali.





Cerita ini dirakam dan dimuatkan ke dalam blog ini bertujuan untuk memperkayakan lagi jinis minuman yang boleh dihidangkan di majlis-majlis keramaian, khususnya majlis sambutan Harai Raya Aidil Fitri. Berbanding dengan minuman lain, ia lebih baik dan berunsurkan kesihatan.

Saya berharap rakan-rakan di luar sana akan cuba berbuat sesuatu bagi membolehkan hidangan ini menjadi salah satu hidangan tetap di majlis-majlis keramaian. Usaha ini tidak secara langsung dapat membantu mengalakkan pemasaran SBW tempatan.

Jika kita benar-benar yakain minuman SBW ini baik dan berkhasiat kenapa tidak kita jadikan minuman untuk seisi keluarga, sahabat handai dan tetamu-tetamu kita.

Dari sudut kos hidangan ini, ia tidaklah mahal sepertiman anggapan sesetangah pihak. Bagi campuran di atas tadi, ia boleh diberikan kepada seramai 240 pengunjung, dengan andaian setiap pengunjung meminum 250ml sahaja. Kos secawan minuman (250 ml) ialah RM0.70 (tujuh puloh sen) sahaja. Ini lagi murah daripada teh atau teh tarik di kedai-kedai tempatan tetapi berkhasiat.

Skian

Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, September 4, 2012

KURSUS BIDANGUSAHA WALIT

Salam sejahtera,

Selepas sebulan berpuasa dan kemudianya menyambut Harai Raya, kami di AG Walit Training Centre kini kembali untuk bergiat aktif dalam industri ini dengan menganjurkan semula kursus asas bidangusaha, seperti yang tertera.


Sesiapa yang berminat, dijemput hadir.

Skian,

Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, August 30, 2012

MELAWAT PROJEK WALIT DI SURABAYA, INDONESIA

Salam Sejahtera,

Saya dijadualkan akan ke Surabaya, Indonesia dari 16hb hingga ke 20hb September, 2012. Tujuan lawatan ialah untuk melihat beberapa premis burung walit, disampiang bertemubual dengan pengusaha, pedangang dan pihak berkuasa Indonesia yang terlibat dengan kawalan pembangunan industri walit di sana.

Saya dengan sukacita memanjangkan jemputan ini kepada rakan-rakan semua yang berminat dan berkemampuan untuk turut serta. Kos lawatan ini seorang (tidak termasuk kos tiket penerbangan) ialah RM1,670.00 (RM: Seribu enam ratus tujuh puloh ). Jika tempahan awal boleh dibuat, kos penerbangan dari LCCT ke Surabaya pergi dan balik ialah RM850.00

Kos lawatn RM1,670.00 adalah untuk perkara-perkara berikut:-

1. Airport tax ( Di Indonesia ),
2. Penginapan (hotel 3 bintang atau setaraf),
3. Sewa kenderaan untuk 4 hari,
4. Kos makan dan minum selama 4 hari,
5. bayaran tempat-tempat yang akan di lawati.

Bagi sesiapa yang berminat, sila SMS butiran peribadi penuh kepada saya di talian 019-9167341.

Skian, Terima Kasih.


Dr Azizol Mohd Sharun

SEMUT GANGGU RUMAH BURUNG WALIT

Salam Kemerdekaan,

Semut Adalah Musuh Walit

Jarang kita beri perhatian kepada isu semut apabila kita menceritakan bab musuh-musuh walit. Biasanya kita bercerita atau memberi perhatian kepada lipas, chicak, kelawar, burung hantu, ular, musang, dan sipemilik RBW itu sendiri.

Hari ini saya hendak bercerita sedikit pengalaman yang terlibat dengan Makmal Walit Dr Azizol di PLV Jerangau. Berasaskan kepada pengalaman ini, saya menyatakan semut merupakan musuh walit yang perlu diberikan perhatian seperti musuh-musuh yang lain juga.

Semut Naik dan Masuk ke Dalam RBW Pada Musim Hujan

Pemerhatian saya yang terbaharu mendapati banyak semut, bertali-tali, menaiki RBW selepas hujan yang agak lebat. Ini mungkin berpunca daripada kesan lubang-lubang dan sarang-sarang semut yang berada di dalam tanah sekitaran RBW dimasuki dan dipenuhi air.







Kesan Semut Terhadap RBW

Setelah memasuki bangunan, semut terus menuju ke sarang. Tiga perkara yang tidak baik seterusnya berlaku:-
1. Semut memakan sarang walit. Sarang jadi berlubang dan akhirnya menjejaskan gred sarang tersebut,
2. Semut-semut ini menggigit dan menganggu anak-anak walit, daripada peringkat baru menetas sehingga ke peringkat "porcupine stage". Akibah gigitan ini banyak ank-anak walit yang jatuh ke lantai dan akhirnya mati,
3. Semut-semut ini juga di dapati mengerumuni telor-telor selama 3 ke 4 hari. Akhirnya telor-telor ini dibuang oleh ibu walit ke lantai









Setelah sekitaran berkeadaan kering, di dapati semut meningalkan RBW. Sarang dimana di peringkat awal mempunyai dua biji telor, setelah dikerumuni semut, di dapati tiada lagi di dalam sarang, cuma di dapati sedikit serpihan kulit telor walit di atas lantai.







Kaedah Mengelakkan atau Menghalang Semut Memasuki Bangunan

Satu pilihan yang terbaik, pada pandangan saya, ialah dengan membina takungan air di sekeliling RBW. Walau bagaimana pun kos pendekatan ini perlulah diberikan perhatian. Sungguh pun kos agak mahal, tetapi berkesan. Gangguan semut yang serius boleh menakutkan walit dan walit-walit ini boleh pergi meningalkan rumah yang kita bina. Isu ini amat penting bagi RBW yang berumur dibawah 2 tahun.



Skian,

Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, August 9, 2012

KUASA SOLAR SEBAGAI PUNCA BEKALAN ELEKTRIK

RBW memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi dengan baik. Terpenting bekalan elektrik ini diperlukan untuk kegunaan sistem audio pemikat walit. Satu ketika dahulu, jika lokasi tapak yang kita miliki dan telah diuji kehadiran walit yang banyak, tanpa bekalan elektrik daripada TNB maka kita tidak berupaya untuk meneruskan projek berkenaan.

Hari ini, pada kedudukan dan kedaan yang saya baru nyatakan di atas tidak lagi menjadi masaalah. Keperluan bekalan elektrik boleh dijana dengan mengunakan sistem solar. Saya dapati memang sistem ini mamapu membekal letrik untuk RBW, seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar-gambar berikut.









Gambar-gambar di atas menunjukkan komponen kasar sistem solar yang digunakan di sebuah RBW di Muadzam Shah, Pahang. Kefahaman saya sistem ini sebenarnya boleh dibangunkan oleh kita sendiri ( DIY ) dan tidaklah serumit mana. Amnya komponen asas sistem ialah bateri kereta (untuk penyimpan elektrik ), sebuah charge controller, power inverter (sebuah), suis dan panel solar. Biasanya jika kita membeli peralatan ini daripada kedai pembekal peralatan RBW, kabel dan wayar elektrik di berikan secukupnya.

Berikut ialah gambar RBW yang telah menggunakan sistem ini dengan jayanya. Kebetulan pengusaha ini juga mengamalkan konsep integrasi walit dan lembu fidlot.



Dari sudut harga pula berbeza-beza mengikut saiz output bekalan yang diperlukan. Pada hemat saya, sistem ini "mampu milik" jika dikira dari sudut pelaburan jangka sederhana panjang.

Skian.

Dr Azizol Mohd Sharun