Salam hormat,
Satu ketika dahulu saya teringat seorang rakan saya yang baharu mendirikan sebuah RBW, telah menggunakan kaedah ini, di sampaing pemasangan lagu luar (lagu pemikat) yang sesuai, untuk menarik minat burung walit muda datang dan seterusnya mendiami rumah tersebut.
Beliau menyediakan satu lantai ( platform ) kecil di hadapan pintu masuk ke RBWnya, seperti gambar berikut.
Gambar 1: Platform di depan pintu masuk walit
Beliau meletakkan seberapa banyak hirisan nenas, yang mana setelah mulai reput nanti akan membiakkan serangga. Serangga inilah merupakan tarikan tambahan selain daripada suara luar yang sesuai. Lihat gambar berikut.
Gambar 2 : Sisa nenas di letakkan di atas platform
Hari ini RBW beliau telah berjaya dan berhasil. Ikhtiar sebegini mungkin sesuai difikirkan bagi RBW baharu dan yang masih bermasaalah sehingga ke hari ini.
Sekian, selamat mencuba.
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Saya dari Bumi Hijau Agro Enterprise Sdn Bhd ,apa nombor tuan untuk saya hubungi. . .ni nombor saya 0109300083
ReplyDelete