Salam hormat,
Kita semua mengetahui bahawa walit muda, yang tidak lagi mampu menghasilkan banyak rembesan untuk membena sarang, memerlukan sudut-sudut yang dibena melalui kekotak tempat bersarang bagi menempatkan sarang pertamanya. Lihat gambar berikut.
Wali muda buat sarang di sudut-sudut
Jika kita sengaja membena kawasan yang disediakan untuk walit membuat sarang dengan mempunyai sudut yang sedikit, maka keadaan ini tidak akan menarik ramai walit muda untuk memasuki dan menduduki rumah walit yang dibena. Setelah setahun beroperasi kita saksikan amat kurang walit yang mendiami rumah berkenaan. Gambar berikut.
Papan sirip membujur fly path walit
Kedaan menjadi lebih tidak condusif kepada walit muda untuk mendiami rumah sebegini, apabila jajaran sirip membujur kepada fly path walit. Jika papan sirip dipasang melintang fly path walit, kemungkinan kedaan tidaklah begitu tidak sesuai. Tetapi sudut-sudut yang diperlukan oleh walit muda masih terlalu sedikit.
Bagi RBW yang baharu, saya masih mencadangkan supaya papan sirip di pasang melintang arah terbang walit dan mempunyai banyak kekotak dan sudut untuk memikat walit muda.
Sekian.
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
No comments:
Post a Comment