Salam hormat,
Pada 25hb March lepas, JPV telah menganjurkan satu sessi seminar sehari bersama Pak Hary. Seminar diadakan di hotel Tabung Haji Kuala Terengganu. Perjalanan seminar sepenuhnya ditanggung oleh pihak JPV. Terima Kasih dan syabas JPV.
Pendaftaran Peserta
Sambutan daripada mereka yang berkaitan di zon timur amat mengalakkan, sehinggakan penuh sesak dewan yang disediakan. Ramai juga yang tertanya-tanya siapa Pak Hary ini, dan ada yang menganggapkan Pah Haruy daripada Indonesia (Pakar Walit). Akhirnya ternayata bukan.
Suasana Dalam Dewan Seminar
Namun begitu, peserta yang berkenaan terus berada di dalam dewan sehingga seminar tamat. Bagi saya pula, ingin mendengar serta melihat pengalaman pihak lain di dalam bidang ini. Saya perhatikan ada juga beberapa di kalangan peserta terdiri daripada kaum China. YH Dato Tok, bekas presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Malaysia, juga hadir.
Peserta Dari Kaum China
Dalam beberapa sesssi perbualan saya dengan mereka yang hadir, terutamanya di dewan makan, mendapati ramai yang datang masih mengharapkan kepada penceramah (Pak Hary), akan dapat memberikan satu petunjuk atau "rawatan" kepada RBW mereka yang masih tidak masuk walit. Ada di anatara mereka yang sampai 4 tahun menunggu. Bagi mereka yang ada sedikit walit mendiami RBW mereka pula mengharapkan dengan menghadiri seminar ini akan dapat melonjakkan populasi RBW berkenaan.
Setelah tamah sessi, pada hemat saya masih ramai yang tertanya-tanya, selepas ini apa yang perlu dilakukan oleh mereka untuk memperbaiki populasi RBW masing-masing. Mereka juga mengharapkan ada tempat yang mereka boleh membuat tindakan susulan dalam perkara ini. Pemerhatian saya, ramai yang masih samar-samar atau ragu-ragu untuk terus maju kehadapan dalam bidang ini.
Bagi saya pula, ada diantara perkara yang disampaikan perlu saya uji sendiri dilapangan akan kebenaranya.
Skian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
As a Malaysian, the word "kaum China" should be replace with " kaum cina".
ReplyDelete