Salam hormat,
Saya hanya ingin mengambarkan keadaan makmal ini di musim banjir yang melanda pada wal tahun ini.
Saya percaya anda masih ingat bangaimana negeri Kelanta, khususnya Kuala Kerai amat teruk dilanda banjir pada awal tahun ini. Demikian juga keadaannya dengan makmal walit Dr Azizol. Tingkat bawah ditengelami air seperti yang digambarkan pada gambar-gambar berikut.
Keadaan Biasa
Semasa Banjir: Tingkat Bawah Tengelam
Oleh kerana pintu di tingkat bawah kembang disebabkan terendam air dan tidak boleh dibuka, baru-baru ini (pertengah bulan March) saya telah berjaya memasuki bahagian bawah makmal ini. Ketingian air semasa banjir hampir mencecah papan sirip.
Paras Air Mencecah Muka Paip Pengudaraan
Saya juga perhatikan di atas merkahan lumpur di lantai, terdapat beberapa tompok tinja walit yang baru, menunjukkan bahawa walit masih menduduki bahagian bawah RBW ini selepas banjir.
Beberapa Tompok Tinja Walit Yang Baru
Saya mengambil keputusan untuk memperbaiki keadaan di dalam makmal ini dan pantau perkembangan seterusnya. Di harapkan tidak berlaku lagi banjir seteruk ini di tahun-tahun mendatang...amin.
Skian
Dr Azizol bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment