Kali ini saya ingin berkongsi satu maklumat yang diperolehi daripada sebuah buku yang bertajuk: PANDUAN LENGKAP WALET yang ditulis oleh Hary K. Nugroho dan Drs Arief Budiman yang diterbitkan oleh Penebar Swadaya pada tahun 2009.
Menurut penulis-penulis ini, amalan memakan SBW boleh menyembuhkan kanser payudara. Menurut mereka lagi, pengalaman ini dibuktikan oleh seorang ibu yang bernama Ngkweklan daripada Medan, Sumatra Utara.
Beliau mengamalkan memakan bubur SBW setiap hari, sebelum memakan makanan lain.
Bubur ini disediakan dengan mudah. Caranya ialah dengan menggunakan 2 ke 3 keping SBW yang sudah dibersihkan, dimasak di dalam bekas yang mengandungi 3 gelas air. Dikacau sehingga terurai dan terus dimasak sehingga lunak. Kemudian di campur dengan sedikit garam.
Beliau mengamalkan bubur ini tidak sampai 3 bulan, kemudian terus ke Singapura untuk menjalani pemerikasaan lanjut kes kenser payudara beliau. Para doktor yang memeriksan beliau rasa terperanjat dan merasa heran setelah mendapati sel-sel kanser beliau telah hilang sepenuhnya. Bermakna beliau telah benar-benar sembuh daripada kanser payudara.
Jika ada sesiapa yang mengalami kes kanser payudara, atau sebarang tumbuhan di payudara, mungkin elok dicuba ramuan yang diceritakan di atas.
Skian.
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment