Di dalam seminar walit, saya kerap mencadangkan supaya bidangusaha ternakan, tak kisahlah sama ada sektor ruminan atau pun bukan ruminan, digandingkan dengan bidangusaha peternakan burung walit. Demikian juga dengan bidang-bidang lain dalam sektor pertanian.
Salah satu di antara sebab kenapa cadangan dasar ini dibuat, ialah kerana bidangusaha peternakan burung walit tidak memerlukan tenaga buruh yang berasingan dan boleh berjalan serentak dengan kegiatan pertanian yang kita sedang lakukan.
Setelah RBW mencapai umur 2 tahun, dan ada ketikanya selepas setahun setengah sahaja, ia mula membuahkan hasil. Hasil ini sudah tentu akan membantu anda mengimbangi keperluan kewangan aktiviti utama setiap bulan dan seterusnya.
Sewaktu lawatan saya ke satu projek peternakan burung walit di Gerisek, Muar baru-baru ini telah mula menampakkan penerimaan konsep integrasi antara bidangusaha peternakan, dalam kes ini peternakan kambing Boer, dengan bidangusaha peternakan burung walit.
Peternakan lembu feedlot dengan bidangusaha peternakan burung walit telah juga dimulakan. Hanya memerlukan penekanan dan penerimaan oleh penternak feedlot lain.
Integrasi sektor pertanian lain, seperti sektor perladangan kelapa sawit dengan bidangusaha peternakan burung walit memang telah lama berlaku.
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment