Friday, August 26, 2011

UJI KESESUAIN TAPAK SEBELUM MEMBINA RUMAH WALIT


Amnya walit terdapat di mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia. Kawasan disekitar sesebuah atau kelompok rumah walit sedia ada, lingkungan 5 km, tidak memerlukan ujian untuk membina rumah. Demikian juga di kawasan yang menjadi laluan walit pergi dan balik daripada tempat pemburuan makananya.

Tempat baru dan di lokasi yang agak pendalaman, saya mencadangkan ujian kehadiran walit WAJIB dilakukan. Ia bukan sahaja nak mengetahui ada tidaknya walit di kawasan berkenaan, tetapi juga untuk mengelakkan kekeliruan dengan kehadiran walit padi atau burung seriti. Walit padi tidak respon kepada suara ujian DURES. Banyak atau sedikitnay jumlah walit hadir semasa ujian dilakukan boleh memberikan sedikit ukuran potensi kawasan berkenaan.

Jika di dapati banyak walit yang hadir semasa ujian yang dibuat bukanlah bermakna rumah yang kita akan bina misti berjaya. Banyak faktor lain akan mempengaruhi kejayaan bidangusaha ini (bakal pengusaha saya sarankan pergilah berkursus dahulu untuk mengetahui dengan lebih lanjut). Ketepatan pemilihan kawasan memberikan 40% tahap kejayaan.

No comments:

Post a Comment