Friday, August 26, 2011

GUNAKAN PERKHIDMATAN JURUPERUNDING WALIT YANG BERWIBAWA

Nasehat saya, untuk berjaya didalam bidangusaha walit ini seseorang perlu menggunakan khidmat perunding, sungguh pun anda telah menghadiri beberapa siri kursus mengenai industri walit ini. Banyak rumah walit yang didirikan, sama ada secara sendirian atau pun oleh mereka yang mengaku sebagai perunding, gagal mencapai tahap prestasi yang diharapkan. Ini tidak bermakna anda harus bergantung 100% kepada perunding semata-mata. Kepada anda yang belum menghadiri mana-mana kursus walit, seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran tertentu sebelum terlibat dengan bidangusaha ini.

Bagi saya, seorang perunding ialah seoarang yang sudah memiliki sekurangnya sebuah rumah walit yang berhasil. Dalam era ICT ini, ada juga pihak-pihak yang kurang bertanggungjawab telah menggunakan presmis (rumah walit) orang lain dan diakui bahawa itu premis milik mereka. Lagi lama perunding tersebut telah berkecimpung di dalam industri lebih baik. Oleh kerana ini merupakan satu pelaburan yang agak besar, selidikilah dahulu latar belakang perunding yang anda pilih sebelum membuat keputusan. Pengalaman dan kelulusan mereka juga perlu diteliti. Jika pihak JPV dapat membuat sedikit pengesahan dan mendaftarkan para perunding ini adalah lebih baik. Tanpa kawalan ramai pengusaha yang akan keciwa akhirnya. Banyak juga saya bertemu dengan kes-kes sebegini di lapangan. Maka hati-hatilah.

No comments:

Post a Comment