Friday, August 26, 2011

ISU ISU SEMASA

KANDUNGAN NITRITE YANG TINGGI DI DALAM SARANG MENTAH WALIT kebelakangan ini menjadi topik tumpuan, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negera China. Ekoran daripada insiden ini negera China telah mengekang kemasukan sarang walit daripada Malaysia. Penglibatan media massa, khususnya di negara Chin telah mewujudkan keadaan seperti panik sehingga menjatuhkan permintaan sarang, yang kebanyakanya dibekal melalui Hong Kong, jatuh sehingga 50%.

Harga komoditi ini turut mengalami kejatuhan. Saya dimaklumkan kejatuhan gred A sehingga ke paras RM3,000 sekilogram sarang mentah.

Di Malaysia sendiri, ada pihak bank yang terus membekukan skim pinjaman yang berkaitan dengan bidangusaha walit. Ramai juga pengusaha baru walit Bumiputra yang merasa bimbang dengan keadaan yang berlaku. Tidak kurang juga pengusaha yang menagguhkan pembinaan.

Pihak Kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian, sedang giat berusaha untuk memulihkan keadaan. Salah satu daripada usaha tersebut ialah membuat satu rombongan ke negara China dalam masa terdekat untuk memberikan penerangan serta berunding dalam hal-hal tertentu dalam usaha memperbetulkan keadaan.

Akan disambung.....


Halaman lain yang berkaitan: www.jombuatwalit.blogspot.com

RUMAH BURUNG WALIT PERLU DIURUS

Satu perkara lagi, ramai juga yang beranggapan sesebuah rumah walit itu tidak perlu dibuat apa-apa setelah pengoperasian bermula. Hanya tunggu masa untuk menuai sarang.

Tanggapan tersebut tidak betul. Sesebuah projek RBW itu akan hanya berjaya apabila ia diurus dengan tertib dan mengikut amalan-amalan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang telah berjaya sebelum ini.

Ia juga bermakna, pemilik RBW seharusnya tahu apa yang perlu di buat di sepanjang tempoh RBW itu beroperasi. Dalam keadaan ini juga pemilik perlulah ada ilmu dan sedikit kemahiran di dalam bidang ini, supaya amalan-amalan tersebut dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Disamping itu, pengamatan, penelitian dan catitan perlu ada bagi merakamkan sebarang pengamalan baru yang boleh dijadikan asas atau tambahan kepada aktiviti pengurusan projek walit sedia ada.

Amalan pengurusan RBW tiada yang seragam dan tiada pula banyak maklumat di lapangan. Saya mencadangkan supaya anda berkursus (dengan AG Walit Training Centre atau lain-lain syarikat) untuk mengetahui teori dan amalinya beberapa aspek pengurusan RBW. Anda juga boleh meneliti nota yang saya sediakan di dalam bentuk CD seperti berikut.




                                       CD PENGURUSAN RBW BERHARGA RM60.00
             Jika berminat e-mail maklumat kepada azizolms@gmail.com


Dalam tempoh setahun pertama, pengalaman saya menunjukkan sememangnya hampir tiada kerja-kerja pengurusan selain daripada memastikan suara luar dan dalam bangunan senantiasa ada mengikut masa yang telah diprogramkan. Setiap kali hujan berlaku, kita kenalah pergi ke rumah walit untuk memastikan bekaln elektrik tidak terputus, bermakna sistem audio terus berfungsi seadanya.

Sebulan sekali, selepas temph 6 bulan pertama, kita harus memasuki bangunan dan membuat pemantauan dan pmeriksaan. Perkara-perkara yang diberikan tumpuan ialah keaadaan suhu dalam bangunan, musuh walit (terutamanya lipas), dan perkembangan jumlah sarang yang ada. Jika aroma (atau miasmata) dalam rumah walit telah berkurangan, sesuai dibuat penambahan tinja yang baru dan mencukupi.

Banyak lagi aspek pengurusan yang perlu anda ketahui. Jika anda berminat, silalah berurusan dengan saya untuk mendapatkan CD berkenaan.


Halaman yang berkaitan: www.jombuatwalit.blogspot.com

ELAKKAN RUMAH WALIT DI GANGGU OLEH TUANYA DALAM TEMPOH 6 BULAN PERTAMA

Kita semua harus ingat, walit adalah sejinis hidupan liar dan sensitif kepada kehadiran manusia, terutamanya di dalam tempoh 6 bulan pertama pengoperasian sesebuah rumah walit. Walau pun saya telah menasehati bakal pengusaha berkali-kali, namun bakal pengusaha kebanyakkanya maish tidak SABAR. Tabiat ini boleh mengagalkan usaha. Keadaan bebas gangguan ini menjadi kritikal di kawasan-kawasan yang saya sebutkan sebagai Rumah mencari walit. Bermakna terlalu banyak rumah baru didirikan di satu-satu kawasan akan tetapi jumlah populasi walit yang ada tidak sebanyak yang diharapkan.

Jika anda memerlukan sedikit gambaran akan kedudukan rumah walit, sama ada telah didiami atau pun belum, perhatikan seminggu sekali pada sebelah petang (maghrib) atau pun di awal pagi sebaik sahaj lepas subuh, di bahagian lubang masuk walit. Sebenarnya anda boleh bilang jumlah yang tidur di dalam sesebuah rumah walit dengan tepat jika pengiraan di buat di sebelah pagi.

GUNAKAN PERKHIDMATAN JURUPERUNDING WALIT YANG BERWIBAWA

Nasehat saya, untuk berjaya didalam bidangusaha walit ini seseorang perlu menggunakan khidmat perunding, sungguh pun anda telah menghadiri beberapa siri kursus mengenai industri walit ini. Banyak rumah walit yang didirikan, sama ada secara sendirian atau pun oleh mereka yang mengaku sebagai perunding, gagal mencapai tahap prestasi yang diharapkan. Ini tidak bermakna anda harus bergantung 100% kepada perunding semata-mata. Kepada anda yang belum menghadiri mana-mana kursus walit, seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran tertentu sebelum terlibat dengan bidangusaha ini.

Bagi saya, seorang perunding ialah seoarang yang sudah memiliki sekurangnya sebuah rumah walit yang berhasil. Dalam era ICT ini, ada juga pihak-pihak yang kurang bertanggungjawab telah menggunakan presmis (rumah walit) orang lain dan diakui bahawa itu premis milik mereka. Lagi lama perunding tersebut telah berkecimpung di dalam industri lebih baik. Oleh kerana ini merupakan satu pelaburan yang agak besar, selidikilah dahulu latar belakang perunding yang anda pilih sebelum membuat keputusan. Pengalaman dan kelulusan mereka juga perlu diteliti. Jika pihak JPV dapat membuat sedikit pengesahan dan mendaftarkan para perunding ini adalah lebih baik. Tanpa kawalan ramai pengusaha yang akan keciwa akhirnya. Banyak juga saya bertemu dengan kes-kes sebegini di lapangan. Maka hati-hatilah.

UJI KESESUAIN TAPAK SEBELUM MEMBINA RUMAH WALIT


Amnya walit terdapat di mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia. Kawasan disekitar sesebuah atau kelompok rumah walit sedia ada, lingkungan 5 km, tidak memerlukan ujian untuk membina rumah. Demikian juga di kawasan yang menjadi laluan walit pergi dan balik daripada tempat pemburuan makananya.

Tempat baru dan di lokasi yang agak pendalaman, saya mencadangkan ujian kehadiran walit WAJIB dilakukan. Ia bukan sahaja nak mengetahui ada tidaknya walit di kawasan berkenaan, tetapi juga untuk mengelakkan kekeliruan dengan kehadiran walit padi atau burung seriti. Walit padi tidak respon kepada suara ujian DURES. Banyak atau sedikitnay jumlah walit hadir semasa ujian dilakukan boleh memberikan sedikit ukuran potensi kawasan berkenaan.

Jika di dapati banyak walit yang hadir semasa ujian yang dibuat bukanlah bermakna rumah yang kita akan bina misti berjaya. Banyak faktor lain akan mempengaruhi kejayaan bidangusaha ini (bakal pengusaha saya sarankan pergilah berkursus dahulu untuk mengetahui dengan lebih lanjut). Ketepatan pemilihan kawasan memberikan 40% tahap kejayaan.

RUMAH BURUNG WALIT BOLEH DIBESARKAN KEMUDIAN


Masih ramai di antara kita yang beranggapan sebuah rumah walit itu misti 3 tingkat dan sebesar 30 kaki lebar dan 80 kaki panjang. Harga pembinaannya ialah sekitaran RM350,000.00 sebuah.

Saya amat yakin, seekor walit tidak akan membuat pengukuran saiz bangunan, sebelum mendudukinya. Seterusnya walit tidak tahu sama ada rumah itu dimiliki oleh pengusaha Melayu atau pun China. Apa yang penting ialah rumah dibina mengikut keperluan walit, khususnya keperluan habitat mikronya. Misalnya, suhu dalm bangunan misti antara 26 ke 30 selsius, berkeadaan gelap, kelembapan melebihi 70%, tanpa diganggu dan selamat baginya.

Pengalaman saya menunjukkan, saiz rumah walit yang paling kecil dan berhasil, ialah sebesar 12 kaki lebar dan 20 kaki panjang dan setinggi dua tingkat di mana 10 kaki ketinggian setiap tingkat.



                                              RBW RM30,000.00 DI JERANGAU

Apa yang penting difahami, rumah sebegini boleh diperbesarkan kemudian (seperti yang terdapat di dalam gambar (teratas), yang mana rumah asal ialah yang di bahagian atas sekali yang diperbuat dengan menggunakan cement bord dan pada ketika itu berharga RM10,000.00 sahaja. Perkembangan yang pesat, diikuti dengan mendingding bahagian bawah bangunan serta menyediakan lubang antara lantai, supaya walit boleh turun dan bersarang di tingkat bawah. Perkembangan seterusnya, rumah ini disebar ke kiri dan ke kanan tanpa sebarang masaalah. Tuan-Tuan boleh melihat RBW ini di Mukah, Sarawak).

Bermakna bagi masyarakat Bumiputra yang menghadapi masalah modal, bermulah dengan rumah walit yang kecil dengan harga sekitaran RM30,000.00 sahaja. Kemudian apabila walit berhasil, simpanan hasil ini boleh digunakan untuk membesarkan rumah tersebut. Pada ketika itu juga pihak bank lebih mudah hendak memberikan pinjaman.

(IKLAN) CD PEMBINAN RBW MAMPU MILIK (KOS RM30,000.00)

BQ RBW ini adalah seperti berikut:-

1. Tiang konkrit siap (5"x5"x10') : 9 batang,
2. Bata simen: 2,800 keping,
3. Simen (50Kg/bag) : 20 bag
4. Kayu bruti (4"x4"x10'): 8 batang,
5. Kayu bruti (2"x4"x12'): 50 batang,
6. Kayu bruti( 2"x2"x12'): 30 batang,
7. Papan latai yang tidak di awet(1.5"x6"x10'): 60 keping,
8. Papan sudut (wood corners): 50 keping,
9. Atap asbestos (4'x10'): 35 keping,
10. Polystreen (2"x4'x8'): 55 keping,
11. Ceiling bord (4'x4'): 100 keping,
12. Papan sirip jinis meranti merah( 1"x6"x12'): 19 keping,
13. Paku (2"): 5 Kg,
14. Paku (5"): 2 Kg,
15. Audio Amplifier : 2 buah,
16. Tweeters : 30 buah,
17. Paip PVC (3") dan elbow : 26 set,
18. Sarang walit tiruan: 20 keping,
19. Lampu kalimantan: 4 batang.


CARA MENCONGAK JUMLAH TWEETERS YANG DIPERLUKAN

Salah satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: berapa jumlah tweeters yang diperlukan di dalam sesebuah RBW yang kita bina? Mudah sahaja. Jumlah keseluruhan luas bangunan di bahagi dengan 13, iyulah anggaran kasar jumlah tweeters yang diperlukan.

Sebagai contoh, bagi rumah yang sebesar 12'x20' dan 2 tingkat, jumlah keluasan keseluruhan bangunan ialah 480 kaki persegi. Apabila 480 dibahagi dengan 13, hasilnya ialah 36.9. Bermakna rumah sebesar ini memerlukan lebih kurang 37 buah tweeters. Apabila kita membuat perolehan eloklah dibeli lebih sedikit, kadang kala ada tweeters yang rosak.

GAMBAR RBW YANG SAYA BERIKAN KHIDMAT JURU PERUNDING

SAIZ PERMINTAAN SBW DUNIA SEKITARAN RM12 BILLION SETAHUN

Daripada RM12 billion nilai permintaan ini, hanya 30% sahaja yang dapat dipenuhi. Bermakna, permintaan SBW jauh melebihi penawaran. Mengikut percaturan ekonomi, keadaan ini mewujudkan harga pasaran yang senantiasa tinggi. Pengeluar utama ialah Indonesia. bakinya dikongsi oleh Malaysia dan Selatan Thai.

Nilai ekspot SBW negara ketika ini ialah sebanyak RM1 billion. maklumat dari rakan-rakan sewalitan pula menyatakan nilai ekspot kita telah menjangkau nilai RM5 billion. Bagi Malaysia, 90% hasil RBW kita diekspot ke negara China. Apa pun nilai ekspot sebenar, ia adalah merupakan satu nilai yang tidak boleh dipandang remeh. Orang Melayu khususnya perlu terlibat secara aktif.

Walit bersarang putih hanya terdapat di Asia Tenggara, yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Selatan Myanmar,Vietnam, Pulau Palawan dan Brunei (dalam kawasan garis bertitik peta diatas ).

Dalam kawasan ini terdapat tidak kurang daripada 200 juta umat Islam. Nampak gaya Tuhan hendak memberikan rezeki daripada langit ini kepaada umat Islam. Ini berasaskan Surah Al-zariat ayat 22 dan doa sunat duha yang kita baca...

Surah Az-Zariyat ( Angin yang menerbangkan ) ayat 22 "...dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezeki mu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu..."

Doa Sunat Duha " Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktumu, kecantikkannya adalah kecantikkanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekekuasaanmu, dan perlindungan itu perlindunganmu, Ya Allah, jika ada rezeki ku masih di langit, turunkanlah dan jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram suchikanlah dan jika jauh dekatkanlah.."

Rezeki daripada langit biasanya kita kaitkan dengan air hujan. Air hujan yang lebat boleh jadi tidak terkawal dan mengakibahkan banjir besar serta malapetaka yang berkaitan. Tetapi bila kita BUAT empangan, kita dapat mengelakkan banjir daripada berlaku(satu rahmat) dan yang lebih penting lagi kita boleh menjana kuasa elktrik (satu nikmat) dan juga bekalan air untuk pengairan sawah padi. Bila kita BUAT sawah padi mengikut tertibnya kita akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, tambahan pula kita boleh menanam padi dua kali dalam setahun apabila bekalan air mencukupi daripada empangan tadi.

Ini memberi makna, jika kita berkehendakkan rezeki daripada langit (dalam kes ini SBW), kita kena BINA rumah burung walit barulah kita boleh mengecapi rezeki tersebut. Jika kita tidak berbuat sessuatu, hanya dengan berdoa semata-mata, sampai ke akhir zaman pun kita tidak akan mendapat nikmatnya. Renung-renungkanlah...jom kita buat RBW.

Daripada peta yang sama, satu lagi perkara penting yang boleh kita ambil perhatian. Di Malaysia kita amat suka dengan undang-undang sehinggakan seolah mengekang industri ini untuk terus maju dan memberikan sumbangan kepada rakyat negara kita. Undang-undang yang lama dan tidak lagi menymbang kepada kemajuan perlu difikirkan untuk dipinda atau ditambah nilai, supaya akhirnya rakyat maju. KIta jangan semudah itu mencontohi apa yang telah berlaku di negara lain. Kita ada acuan pembangunan kita sendiri dan lebih penting kita boleh berbuat sesuatu yang jauh lebih baik. Undang-undang ini juga perlu berlandaskan syarak.

Jadi bagi mereka yang ada modal, dan rumit untuk membangunkan industri ini di Malaysia, anda berpeluang luas untuk membuat pelaburan dan berhijrah ke negara-negara yang terdapat di dalam lingkungan kawasan terdapatnya walit bersarang putih. Fikirkan lah..

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV) PENERAJU USAHA PEMBANGUNAN INDUSTRI WALIT NEGARA

Ini bermakna segala urusan berkaitan dengan industri walit adalah menjadi tanggungjawab JPV di setiap negeri. Misalnya, jika tuan-tuan memerlukan perkhidmatan ujian kesesuaian tapak, tuan-tuan boleh merujuk kepada JPV yang berhampiran dan memohon bantuan mereka untuk melakukan ujian tersebut. Jika RBW anda bermasalah, anda juga boleh merujuk masalah berkenaan dengan JPV.


Sehubungan dengan perkara ini juga, apabila RBW anda siap dan beroperasi, adalah digalakkan supaya anda mendaftarkan premis berkenaan dengan JPV.


Bagi anda yang ingin terlibat dengan pengeksportan hasil walit ke luar negara, anda perlu berdaftar dengan JPV selain daripada keperluan eksport itu sendiri, seperti premis pemprosesan SBW yang memiliki VHM logo. Maka wajarlah anda terus berdampingan dengan JPV di sepanjang masa, selagi anda terlibat di dalam bidang usaha ini.


Untuk keterangan lanjut anda bolehlah merujuk ke halan web JPV serta untuk mengetahui perkembangan industri dari masa ke semasa.




HALAMAN LAIN YANG BERKAITAN ; www.jombuatwalit.blogspot.com