Salam hormat,
Berikut adalah rentetan proses perkhidmatan saya kepada seorang pengusaha peternakan burung walit.
Pada mulanya saya menerima WhatsApp daripada pengusaha berkenaan, seperti di dalam gambar berikut.
Sebelum saya ke premis beliau, saya memikirkan ada beberapa kemungkinan telah berlaku yang boleh menyebabkan ke dua-dua set tweeter suara luar berkenaan tidak berfungsi. Di antaranya:-
1. Tweeter rosak,
2. Power Amp rosak,
3. Pendrive yang digunakan telah rosak, atau
4. Kombinasi antara perkara-perkara di atas.
Jadi saya ke premis, seperti tarikh dan masa yang dijanjikan, dengan membawa satu pendrive lagu luar, satu set tweeter, dan sebuah power amp (yang telah diuji berfungsi). Saya turut membawa test-pen dan alatan pendawaian yang berkaitan.
Setibanya di premis, di dalam ruang audio, saya perhatikan semua power amp kelihatan berfungsi seperti biasa. Saya turut meletakkan tapak tanya ke atas power amp yang membekal suara luar tersebut, untuk mengetahui sama ada panas daripada biasa atau pun tidak. Nampaknya juga normal.
Berikutnya saya menukar pendrive yang digunakan dengan yang saya bawa. Namum tidak juga berbunyi tweeter terbabit. Kadang kala ada pendrive yang tidak compatible dengan power amp tertentu.
Seterusnya saya sambungkan set tweeter yang saya bawa, untuk mengetahui sama ada power amp yang kelihatan elok ini bermasaalah. Tweeter ini juga tidak berbunyi. Maknanya walaupun nampaknya power amp berfungsi seperti biasa, rupanya ada sedikit kerosakan di dalamnya.
Tweeter Ujian Power Amp
Akhir sekali, saya tukar power amp yang dipakai dengan power amp yang saya bawa, tweeter suara luar di L.M.W dan astro berbunyi semula. Terbuktilah sudah yang power amp berkenaan telah rosak.
Saya terus meningalkan power amp yang saya bawa untuk digunakan sementara oleh pengusaha, sehinggalah beliau dapat membaiki alat tersebut atau membeli yang baharu dan mengantinya.
Akhir sekali, saya suka menyarankan agar pengusaha senantiasa ada power amp gantian (spare) bagi menampung kes emergency seperti yang saya terangkan di atas. Kebetulan kes berlaku pada hujung minggu di mana kedai elektrik rata-rata tutup.
Sekian.
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
No comments:
Post a Comment