Salam hormat,
Pada 12hb Ogos yang lalu, saya berkesempatan ke suatu majlis di Beruas, Perak. Saya mengambil perjalanan tepi pantai Selangor dan Perak untuk terus ke Beruas. Harapan saya, sepanjang perjalanan tersebut mungkin saya dapat saksikan semula perkembangan peternakan burung walit, khususnya di Tanjung Karang, Setiawan dan Telok Intan, kerana saya sudah tidak melalui jalan-jalan terbabit kira-kira 10 tahun.
Secara ringkanya, di sepanjang laluan Meru ke T Intan, tidak ada perbahan yang ketara yang membabitkan RBW yang baharu. Di Tanjung Karang hanya kelihatan RBW yang agak lama di kawasan persawahan seperti dahulu.
Saya bermalam di Telok Intan. Dalam masa berjalan-jalan disekitaran hotel tempat saya menginap di sebelah malam, tiada kelihatan RBW yang banyak, hanya ada sebuah dua sahaja. Itu pun apabila saya terdengar suara panggilan walit, walau pun hari telah lewat malam.
Keesokkan harinya kelihatan sebuah RBW di atas bangunan bersebelahan hotel saya menginap dan saya rakamkan RBW tersebut seperti di dalam gambar-gambar berikut.
Daripada Titi Gantung ke pekan Beruas pula ada kelihatan RBW yang agak besar di beberapa lokasi. Cumanya saya perhatikan di pekan Beruas sendiri, di tingkat atas di sebelah belakang deretan rumah-rumah kedai di sini kelihatan banyak RBW yang dinampakkan oleh lubag-lubang masuk walit serta bunyi suara panggilan yang banyak kedengaran.
Demikianlah permerhatian saya dalam perjalanan tersebut.
Sekian,
(Dr Azizol Bin Mohd Sharun, DVM, MAgrS).
No comments:
Post a Comment