Salam hormat,
Kursus tersebut telah diadakan pada 20hb JUN, 2019 bertempat di Santai Di Sawah Homestay Sungai Buaya Muar Johor. Seramai 25 peserta telah menghadiri sessi berkenaan.
Home Stay Santai D' Sawah
Peserta Kursus
Kursus ini di adakan khas bagi menangani permasaalahan yang dihadapi oleh peternak burung walit di negeri JOHOR. Saya, selaku penceramah tungal dalam kursus ini, telah membuat sedikit kajian dan tinjauwan ke beberapa premis burung walit di daerah Kota Tinggi, Labis, Segamat, Muar dan Batu Pahat yang dikatakan bermasaalah sebelum tarikh kursus di jadualkan.
Bahan-bahan yang diperolehi daripada kajian dan pemerhatian tersebut dibentang dan dibincang di dalam kursus sehari ini.
Pada sebelah malam sebelum hari kursus, saya telah mengambil sedikit masa, kira 2 jam, memberikan sedikit ceramah motivasi (ala santai) kepada peserta yang telah sampai, sebagai usaha mengisi masa yang ada.
Meraikan rakan-rakan yang berbuka puasa 6
Santai bersama Dr Azizol
Tajuk-tajuk perbincangan di sessi sehari tersebut termasuklah:-
1. LOKASI RBW,
2. REKABENTUK RBW,
3. KEPERLUAN LAIN DI LUAR RBW,
4. PENGURUSAN RBW (dengan tumpuan kepada pencegahan Burung Hantu),
5. SISTEM AUDIO,
6. CARA SAYA MENILAI DAN MENELITI PERMASAALAHAN R.B.W DAN BEBERAPA KAEDAH SERTA PENDEKATAN PENAMBAHBAIKAN YANG SAYA AMALKAN..
Berikut adalah beberapa gambar disepanjang kursus sehari tersebut.
Saya berharap kursus tersebut telah dapat menambah ilmu serta kefahaman peserta terhadap masaalah RBW mereka dan mampu mengorak langkah ke hadapan untuk mengatasinya.
Terima kasih kepada JPV Johor, khususnya kepada En Nizam yang telah mengaturkan kursus ini dan telah berjalan dengan jayanya. Terima Kasih juga kepaada Tuan HJ Khamis yang telah menyediakan tempat penginapan dan sessi ceramah yang begitu cantik dan selesa sekali.
Sekian.
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Assalammualaikum..bila dr akan adakan kursus lagi di johor..
ReplyDelete