Salam hormat,
Untuk
membolehkan seseorang itu berjaya, di dalam apa jua bidang pekerjaan
atau kegiatan, kesihatan diri yang baik adalah merupakan salah satu
faktor penting yang mesti diberikan perhatian. Kepentingan ini tidak
terkecuali bagi seseorang penternak burung walit.
Kebelakangan
ini saya dengar beberapa kes kematian penternak burung walit, yang
saya taksir mereka ini masih “muda”. Memang ajal-maut itu telah
ditentukan oleh tuhan. Bagi aktiviti peternakan burung walit yang
berkumpulan, atau berkongsi modal dalam pembinaan dan pengurusan
sesebuah RBW, mungkin perjalanan bidang usaha ini tidak banyak menjadi masalah
dan boleh berjalan seperti mana biasa jika salah seorang daripada
mereka meninggal dunia atau ditimpa musibah.
Bagi
penternak individu, sebarang kes kematian atau pun sebarang
kehilangan upaya, misalnay disebabkan stroke
akan membantutkan perjalanan dan pengurusan aktiviti peternakan
mereka. Keadaan ini juga tidak terkecuali akibah kesan kemalangan di
jalan-jalan raya.
Apa yang saya lihat dalam banyak kes, akhirnya aktiviti peternakan dan RBW mereka terbengkalai. Ini amat merugikan kita orang Melayu bagi tempoh jarak panjang.
Dalam
bab ini, saya suka mengingatkan semua yang berkaitan, sesama kita
senantiasa menjaga kesihatan diri masing-masing. Bagi mereka yang
telah melewati umur 50 tahun WAJIB membuat pemantauan berkala tentang
tekanan darah dan status gula di dalam darah masing-masing. Kurangkan
sedikit memakan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, serta
kurangkan sedikit nasi yang di makan. Kandungan garam di dalam
masakan juga sesuai di kurangkan dan banyakkan meminum air masak.
Berkaitan hal yang sama juga, marilah kita lakukan senaman yang
ringan dan sesuai buat diri masing-masing secara berkala dan
berterusan.
Apabila
kita berada di atas jalan raya, ikut peraturan yang sedia ada.
Elakkan memandu laju melebihi dari yang dibenarkan. Rancang setiap
perjalanan dan pastikan kenderaan kita senantiasa berada di tahap
yang sepatutnya.
Patuhi peraturan ketika di jalan raya
Akhir
sekali, dan ada juga kaitan dengan tajuk yang saya bincangan di atas,
saya juga ingin menekankan pentingnya setiap penternak burung walit
ada PEWARIS daripada sekarang. Jika tiada, sesuailah dibuat sesuatu.
Anak-anak muda hari ini saya perhatikan tidak ramai yang mahu
mengikuti jejak langkah ayah masing-masing, sungguh pun aktiviti
peternakan burung walit yang dilakukan oleh ayah mereka jelas memberi
pendapatan yang jauh lebih baik daripada pekerjaan masing-masing.
Pendedahan dan pembelajaran perlu dijalankan seawal mungkin.
Penerapan minat serta kefahaman dalam bab ini memerlukan masa yang
panjang dan berterusan.
Fikir-fikirkan.
Sekian,
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).
No comments:
Post a Comment