Salah
satu kegiatan yang disaran, dalam usaha memikat walit supaya memasuki
rumah yang telah dibina, ialah dengan menyediakan makanan walit
khususnya berhadapan dengan LMW. Salah satu serangga yang menjadi
makanan walit ialah bebari.
Bebari
akan datang dan berkembang biak pada pereputan buah nenas, nangka dan
pisang. Terbaharu saya mendapati juga bebari suka kepada buah mangga
yang telah mulai rosak atau pun sisa buah mangga. Jadi kepada
rakan-rakan kita yang telah mendirikan RBW yang baharu, mungkin
sesuai di tambah sisa buah mangga, selain daripada sisa buah pisang,
nangka dan nenas serta diletakkan di atas satu meja di hadapan LMW
bagi tujuan memikat walit supaya datang dan masuk ke dalam RBW.
Bebari Pada Buah Pisang
Bebari Pada Sisa Dan Pereputan Mangga
Sekian,
selamat mencuba.
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).
No comments:
Post a Comment