Thursday, May 3, 2018

PRU 14 DAN INDUSTRI SBW

Salam hormat,

Saya difahamkan ada sesetangah pihak di kalangan parti lawan kerajaan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan sedia ada terhadap negara China. Kononya kerajaan sedia ada telah mengadaikan maruah negara kepada kuasa ekonomi dunia tersebut. Ini dikaitkan dengan beberapa pelaburan projek mega yang dijalankan oleh kerajaan sedia ada yang melibatkan negara tersebut termasuk juga rakan kongsi PROTON.

Dalam banyak hal, saya pernah menyatakan bahawa Malaysia atau mana-mana negara sekali pun di dunia ini tidak akan dapat mengenepikan hakikat bahawa kesan kuasa ekonomi baharu ini tetap ada kepada semua negara. Apa yang mustahak pada hemat saya, kita perlu terus berwaspada dan mengetahui akan buruk dan baiknya sesuatu dasar yang digubal.


Kita semua sedar satu ketika dahulu negara China telah menyekat kemasukan SBW ke negara tersebut kerana kandungan Nitrite yang tinggi di dalam SBW yang negara kita hasilkan. Kesannya, ramai pengusaha SBW tanpa mengira kaum, telah terjejas beberapa tahun pendapatan dan perniagaan mereka. Seterusnya kerajaan sedia ada telah berusaha bersunguh-sunguh untuk mendapatkan semula kebenaran mengekspot SBW ( walaupun dalam bentuk raw cleaned) ke China dan berterusan sehingga sekarang. Baru-baru ini kita telah dimaklumkan satu dasar baru dalam pegekspotan SBW mentah (raw uncleaned) ke negara tersebut. Jika ini berjaya nanti, itu pun jika kerajaan sedia ada masih memerintah negara, lebih ramai pengusaha kecilan terutamanya akan mendapat faedahnya. Sehubungan dengan perkara yang sama, saya ingin mengajak semua yang terlibat dengan industri ini supaya berfikir sebaiknya akan sebarang kesan PRU ke 14 ini nanti. Jika kita tersilap memberikan sokongan, kebimbangan saya ramai di antara kita akan menemui satu masaalah baru, yang mungkin berpanjangan, iaitu ekspot SBW kita ke China akan di batalkan oleh negera tersebut.

Lebih serius lagi, berkaitan hal yang sama, ialah kesan negatif yang akan menimpa industri minyak sawit negara. Pengekspotan hasil durian Malaysia ke China juga akan mengalami nasib yang serupa.

Masa masih belum terlewat, fikirlah sebaik mungkin hal ini. PRU 14 ini juga pada hemat saya adalah merupakan satu tanggungjawab kita, secara tidak langsung, untuk memastikan hasil SBW kita akan terus dapat menikmati taraf ekspot yang berterusan, harga stabil dan yang baik. Gunakanlah kuasa kita untuk menentukan masa depan kita sendiri yang lebih baik.

Pepatah Melayu pernah mengungkapkan " janganlah curahkan pasir kedalam periuk nasi kita sendiri"


Semoga segala usaha kita dipermudahkan Allah SWT. Aminnn.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).

No comments:

Post a Comment