Wednesday, March 15, 2017

SELSEMA BURUNG ( AVIAN FLU ) DAN INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALIT

Salam hormat,

H5N1 adalah sejenis virus dan sub-type kepada virus Avian Influenza A yang lebih dikenali sebagai selsema burung (Avian flu). Oleh kerana virus H5N1 ini amat bisa, boleh dikatakan cepat merebak, dan membunuh di kalangan ternakan ayam, oleh itu ia juga dikenali sebagai HPAI (Highly Pathogenic Avian Influenza).

Kes jangkitan di kalangan ternakan ayam, khususnya ayam kampung, yang sedang berlaku di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Putih bukanlan yang pertama berlaku di Kelantan. Ia merupakan kejadian yang ke dua. Pertama pada tahun 2004. Setakat hari ini JPV telah melakukan aktiviti pengawalan, pencegahan dan pembasmian  wabak ini dengan berkesan. Tahniah kepada pihak JPV.

Bila kita memperkatakan gulongan unggas, ia merangkumi juga burung walit. Kita semua mengetahui burung walit tidak menjejakkan kakinya ke bumi, khususnya dalam aktiviti pemburuan makanannya. Jadi kita boleh merasa lega dengan cara tersebut, dan burung walit sukar untuk dijangkini HPAI ini. Akan tetapi pemain industri walit perlu senantiasa waspada dan terus bekerja sama rapat dengan pihak JPV. Sebarang kematian walit yang banyak dan tiba-tiba, seperti yang pernah berlaku di Chiku, Gua Musang yang lepas, perlu dilaporkan segera kepada pihak JPV untuk tindakan serta merta mereka. Jika tidak industri akan bverdepan dengan masa depan yang sukar.

Ini juga bermakna, tuan-tuan kenalah memasuki RBW masing-masing secara berkala, serta meneliti sebarang kejadian kematian walit (jika berlaku). Sebarang keraguan perlu dirujuk kepada pihak JPV dengan segera.

Sepekara lagi, kita juga perlu sedar beberapa spesis unggas lain, seperti itik liar dan burung merpati boleh dijangkiti HPAI. Saya amat bimbang apabila melihat gelagat sekumpulan burung merpati, saperti gambar berikut, yang sempat saya rakan di bandar Kuantan tidak berapa lama dahulu. LMW ini di tingkat 3 bangunan.

                                               Merpati Di LMW


Ketika itu juga saya perhatikan, ada beberap ekor merpati yang turun ke dalam ruang legar RBW berkenaan. Kemudian ada juga yang turun ke tanah mencari makan dan naik semula ke LMW.

Jika kita perhatikan gambar di atas, memang kehadiran merpati di kawasan LMW tidak mengganggu masuk-keluar walit, akan tetapi risikonya.

                                Merpati Turun Ke Tanah Mencari Makan


Seterusnya, jangkitan HPAI antara unggas boleh berlaku secara air-borne. Maknanya melaui habuk yang yang diterbangkan angin. Sehubungan dengan hal ini juga, pada hemat saya penggunaan pengabut udara serta lain-lain kaedah yang boleh mengelakkan habuk beterbangan di dalam RBW juga merupakan satu aktiviti yang wajar, bukan sahaja sebagai salah satu kaedah standard pengurusan RBW. Saya menggalakkan supaya tuan-tuan pemilik RBW selalu melembabkan lantai rumah burung masing-masing dari masa ke semasa. Aktiviti ini juga akan membantu menurunkan suhu di dalam RBW berkenaan, tambahan pula cuaca luar yang mulai panas sekarang.

AWAS: Apabila memasuki RBW anda digalakkan supaya senantiasa memakai penutup hidung (face mask) yang sesuai sebagai satu SOP pengurusan.

                                     Pakai Penutup Hidung Yang Sesuai


Kebimbangan saya seterusnya mengenai berlakunya wabak HPAI di negeri Kelantan ini, jual-beli SBW boleh terjejas. Harga SBW mentah boleh dipermainkan oleh peniaga yang kurang beretika. Lebih penting kita sama-sama berdoa, supaya negara China tidak mengenakan sebarang sekatan kepada pengekspotan SBW ke negara mereka. Oleh kerana kepentingan HPAI ini kepada pengguna ( manusia amnya), mereka boleh mengenakan sekatan. Samalah seperti JPV Pahang yang menghentikan (tidak membenarkan) kemasukan unggas dan produk unggas dari Negeri Kelantan ke Negeri Pahang baru-baru ini.


Sekian


Dr Azizol bin Mohd Sharun



No comments:

Post a Comment