Friday, March 31, 2017

TAHUN MELAWAT NEGERI TERENGGANU DAN NEGERI PAHANG TAHUN 2017

Salam hormat,

Semua kita mengetahui bahawa tahun 2017 ini ada dua negeri, iaitu negeri Pahang dan juga Terengganu, sedang melaksanakan TAHUN MELAWAT PAHANG DAN TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2017. Seingat saya tiada satu pun usaha dibuat di kedua-dua negeri ini, sama ada oleh pihak kerajaan mahu pun oleh syarikat yang terlibat secara langsung di dalam industri peternakan burung walit, untuk mewujudkan satu produk pelancungan yang berasaskan bidang usaha peternakan burung walit atau pemprosesan produk tambah nilai.

Sebagai contoh,di Tanjung Sepat di Negeri Selangor, sebuah syarikat Kuan Wellness Ecopark telah dibangunkan pada tahun 2010 sebagai satu konsep perniagaan yang memberi tumpuan kepada eco-pelancungan sebagai satu produk utama.


KUAN WELLNESS ECOPARK


Dibangunkan di atas sekeping tanah seluas 5 ekar, yang mengandungi sebuah RBW setinggi 3 setengah tingkat sebagai bangunan utama. Turut disediakan satu premis khas untuk para pelancung dan pengunjung yang lain. Di dalam premis ini juga terletak sebuah makmal memcuci SBW yang mana boleh dilihat oleh para pengunjung. Selain daripada itu, di dalam kawasan 5 ekar ini juga di gandingkan dengan dusun buahan tropika.



Para pelancung turut berpeluang untuk melihat sendiri ke dalam nesting area dan melihat sendiri burung walit beterbangan di dalamnya.



Saya mencadangkan dan berharap pemain industri ini di Terengganu dan juga Pahang supaya memikirkan konsep ini dan terus membangunkan satu integrated bisnis walit yang berteraskan eco-pelancungan, di mana saya yakin konsep ini mampu memberikan peluang peningkatan pendapatan yang besar di sepanjang tahun. Ia juga akan mewujudkan peluang pekerjaan baru.

Apabila ia dibangunkan di Pantai Timur, maka para pelancung daripada negara China akan mudah untuk datang ke zon Pantai Timur, disampaing membuat lawatan, kemungkinan mereka juga akan berminat untuk membuat pelaburan di dalam industri ini. Para pemain industri kena sedar bahawa jumlah pelancung terbesar yang datang melawat Malaysia dan terus meningkat jumlahnya ialah pelancung daripada negara China. Spin-off daripada projek ini, dari sudut ekonominya adalah juga besar.


Fikir-fikirkan....sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun


Wednesday, March 15, 2017

SELSEMA BURUNG ( AVIAN FLU ) DAN INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALIT

Salam hormat,

H5N1 adalah sejenis virus dan sub-type kepada virus Avian Influenza A yang lebih dikenali sebagai selsema burung (Avian flu). Oleh kerana virus H5N1 ini amat bisa, boleh dikatakan cepat merebak, dan membunuh di kalangan ternakan ayam, oleh itu ia juga dikenali sebagai HPAI (Highly Pathogenic Avian Influenza).

Kes jangkitan di kalangan ternakan ayam, khususnya ayam kampung, yang sedang berlaku di Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Putih bukanlan yang pertama berlaku di Kelantan. Ia merupakan kejadian yang ke dua. Pertama pada tahun 2004. Setakat hari ini JPV telah melakukan aktiviti pengawalan, pencegahan dan pembasmian  wabak ini dengan berkesan. Tahniah kepada pihak JPV.

Bila kita memperkatakan gulongan unggas, ia merangkumi juga burung walit. Kita semua mengetahui burung walit tidak menjejakkan kakinya ke bumi, khususnya dalam aktiviti pemburuan makanannya. Jadi kita boleh merasa lega dengan cara tersebut, dan burung walit sukar untuk dijangkini HPAI ini. Akan tetapi pemain industri walit perlu senantiasa waspada dan terus bekerja sama rapat dengan pihak JPV. Sebarang kematian walit yang banyak dan tiba-tiba, seperti yang pernah berlaku di Chiku, Gua Musang yang lepas, perlu dilaporkan segera kepada pihak JPV untuk tindakan serta merta mereka. Jika tidak industri akan bverdepan dengan masa depan yang sukar.

Ini juga bermakna, tuan-tuan kenalah memasuki RBW masing-masing secara berkala, serta meneliti sebarang kejadian kematian walit (jika berlaku). Sebarang keraguan perlu dirujuk kepada pihak JPV dengan segera.

Sepekara lagi, kita juga perlu sedar beberapa spesis unggas lain, seperti itik liar dan burung merpati boleh dijangkiti HPAI. Saya amat bimbang apabila melihat gelagat sekumpulan burung merpati, saperti gambar berikut, yang sempat saya rakan di bandar Kuantan tidak berapa lama dahulu. LMW ini di tingkat 3 bangunan.

                                               Merpati Di LMW


Ketika itu juga saya perhatikan, ada beberap ekor merpati yang turun ke dalam ruang legar RBW berkenaan. Kemudian ada juga yang turun ke tanah mencari makan dan naik semula ke LMW.

Jika kita perhatikan gambar di atas, memang kehadiran merpati di kawasan LMW tidak mengganggu masuk-keluar walit, akan tetapi risikonya.

                                Merpati Turun Ke Tanah Mencari Makan


Seterusnya, jangkitan HPAI antara unggas boleh berlaku secara air-borne. Maknanya melaui habuk yang yang diterbangkan angin. Sehubungan dengan hal ini juga, pada hemat saya penggunaan pengabut udara serta lain-lain kaedah yang boleh mengelakkan habuk beterbangan di dalam RBW juga merupakan satu aktiviti yang wajar, bukan sahaja sebagai salah satu kaedah standard pengurusan RBW. Saya menggalakkan supaya tuan-tuan pemilik RBW selalu melembabkan lantai rumah burung masing-masing dari masa ke semasa. Aktiviti ini juga akan membantu menurunkan suhu di dalam RBW berkenaan, tambahan pula cuaca luar yang mulai panas sekarang.

AWAS: Apabila memasuki RBW anda digalakkan supaya senantiasa memakai penutup hidung (face mask) yang sesuai sebagai satu SOP pengurusan.

                                     Pakai Penutup Hidung Yang Sesuai


Kebimbangan saya seterusnya mengenai berlakunya wabak HPAI di negeri Kelantan ini, jual-beli SBW boleh terjejas. Harga SBW mentah boleh dipermainkan oleh peniaga yang kurang beretika. Lebih penting kita sama-sama berdoa, supaya negara China tidak mengenakan sebarang sekatan kepada pengekspotan SBW ke negara mereka. Oleh kerana kepentingan HPAI ini kepada pengguna ( manusia amnya), mereka boleh mengenakan sekatan. Samalah seperti JPV Pahang yang menghentikan (tidak membenarkan) kemasukan unggas dan produk unggas dari Negeri Kelantan ke Negeri Pahang baru-baru ini.


Sekian


Dr Azizol bin Mohd Sharun



Saturday, March 11, 2017

KALAU NAK BUAT GARAZ KERETA TAMBAH SEDIKIT MODAL UNTUK BUAT RBW

Salam hormat,

Sesiapa yang baru hendak mendirikan sebuah tempat meletak kereta di perkarangan rumah masing-masing, renungkan testimoni berikut.

1. Saiz rumah walit: 18' x 20' dan tinggi 8'
2. RBW satu lantai ini dibena di atas garaz kereta
3. Kos bangunan : RM 20,000.00
4. Komposisi dinding: Bahagian luar guna cement board, didalamnya sekeping plystreen 4" dan bahagian dalam dilapik dengn siling asbestos.
5. RBW ini telah berumur 4 tahun (semasa lwatan dibuat)
6.Hasil semasa: Untuk sebulan, ia mampu membayar finance kereta Proton Persona (tiada dalam gambar) dan berbaki sedikit lagi.
7. SBW: Kelihatan bersih, cuma kekurangan kelembapan (sarang ada yang berkerepot) dan ada yang layak GRED A.
8. LMW: secara top entry, melalui serombong ( 3' x 4') untuk ke ruang bersarang.

Lihat gambar-gambar berikut:-










Kata tuan pemilik konsep ini kepada saya " setiap bulan ia merasa lega, kerana ansuran keretanya sudah ada pembiaya iaitu RBW"


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun