Tuesday, October 4, 2016

KETAHUILAH LOKASI DAN SETERUSNYA POTENSI RBW ANDA

Salam hormat,

Pemerhatian saya mendapati masih ramai pengusaha RBW tidak mempunyai ilmu asas peternakan burung walit. RBW yang didirikan atau yang dibeli daripada pihak lain tidak disedari sama ada lokasinya sesuai atau pun tidak. Tetapi kebanayakkan pemilik RBW ini mengharapkan jumlah sarang yang banyak dalam masa atau tempoh tertentu. Sedangkan lokasi RBW berkenaan tidak berada di lokasi yang berpotensi untuk berkembang, dengan lain perkataan lokasinya tidak sesuai. Tentunya di lokasi-lokasi seperti ini memerlukan masa yang lama, 7 ke 10 tahun, untuk berlakuknya peningkatan jumlah burung yang mendiami RBW berkenaan. Ini juga bergantung kepada sejauh mana RBW berkenaan terus ditadbir urus dengan baik.

Terdapat 3 lokasi yang berpotensi untuk didirikan RBW.

1. LUBUK burung walit,
2. LALUAN utama burung walit, dan
3. Kawasan pemburuan makanan walit.

Diluar 3 lokasi yang tersebut di atas, sememangnya ada terdapat burung walit (ujian suara Dures), tetapi memerlukan tempoh masa ( tahun ) yang lama, bukan sahaja untuk walit mula menduduki premis baru ini, bahkan juga untuk meningkatkan jumlah populasi walit di dalam premis sedia ada.

Kadangkala kita perhatikan pelbagai usaha telah dibuat termasuklah menambah baik iklim persekitaran dalam RBW serta tarikan-tarikan yang sesuai (sarang tiruan), tetapi tidak juga berkesan untuk meningkatkan jumlah walit yang mendiami premis berkenaan. Pemilik RBW seperti ini jangan mudah kecewa, tetapi bersabar dan terus menguruskan RBW tersebut dan berikan masa, walau pun bertahun lamanya.

Berbanding dengan kawasan atau LUBUK walit, yang mana kebiasaanya di bandar-bandar dan persekitarannya, seperti Kuala Rompin (Pahang), Kuala Berang (Hulu Terengganu), Gua Musang (Kelantan), Kota Tinggi (Johor), Mukah (Sarawak) dan Sitiawan (Perak), masa yang diambil untuk walit mula mendiamai premis yang baru ini adalah singkat. Pengalaman saya di kawasan seperti ini, pemanggilan walit di hari pertama telah ada beberapa ekeor walit yang mendiami premis yang baru siap. Bagi kawasan-kawasan seperti ini potensi untuk meningkatkan populasi walit yang mendiami sesebuah RBW, yang akhirnya produktiviti sarang yang banyak adalah tinggi.

RBW yang gagal dan berada di kawasan LUBUK burung ini hanya berpunca daripada ketidak tepatan iklim persekitaran di dalam bangunan, pengurusan yang lemah, serta gangguan musuh walit. Apabila isu-isu tersebut diatasi satu persatu, akan berlaku peningkatan populasi yang mendiami premis berkenaan dan terus berkembang.

Demikian jugalah bagi RBW yang didirikan di kawasan LALUAN burung walit yang menghubungkan LUBUK burung walit (di atas tadi) dengan kawasan pemburuan makanannya.

Kita semua mengetahui bahawa walit terbang jauh, beratus kilometer, untuk ke tempat pemburuan makanannya. Ini juga bermakna di satu-satu kawasan pemburuan makanan ini terlalu banyak walit yang datangnya daripada berbagai LUBUK walit yang berhampiran. Seterusnya, keadaan ini menjadikan kawasan pemburuan makanan walit ini (bukan semuanya) jauh lebih tinggi potensinya berbanding dengan satu-satu LUBUK walit. Kejayayaan di lokasi pemburuan ini apabila didirikan RBW boleh mencapai 80% kejayaan.

Bagi RBW yang berada di 3 lokasi utama (di atas), pemilik boleh melakukan beberapa perkara tambahan untuk terus meningkatkan populasi walit yang mendiami sesuatu premis. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh tuan-tuan ambil;

1. Pengurusan RBW: Pastikan terutamanya iklim persekitaran di dalam RBW senantiasa baik dan mengikut piawaian yang sepatutnya, misalnya suhu di dalam premis antara 28 ke 29 Selsius dan kelembapan antara 80 ke 90%. Jangan lupa kawal musuh termasuk semut,

2. Bagi RBW yang telah lama ( 5 tahun ke atas) dan selama ini mengamalkan sistem terbuka (di dalam premis walit) sesuai dilakukan perubahan dengan mendirikan beberapa kamar atau bilik. Saiz bilik jangan kurang daripada 12 kaki panjang dan 12 kaki lebar (144 kaki persegi). Pastikan kedudukan bilik ini sesuai serta mengikut tataruangnya dan tidak menyulitkan walit masuk-keluar,

3. Tambahkan lantai untuk menambah ruang untuk bersarang. Tambahan lantai ini hanya boleh dibuat kepada RBW yang tinggi sirip ke lantai setinggi sekitaran 12 kaki. Jika rendah daripada itu adalah kurang sesuai. 


                                     Tambah lantai Untuk Nesting Area

4. Anda juga boleh menambah ruang untuk bersarang (nesting area) di bawah tangga (ke tingkat atas ) yang diperbuat daripada simen/konkrit.


                                   Nesting Area Di Bawah Tangga

5. Dinding sedia ada, 6 kaki dan ke atas, di dalam RBW juga boleh dijadikan tempat bersarang yang baru dengan sedikit kreativiti dari segi rekabentuknya. (Contoh gambar akan saya masukkan kemudian),


                               Tambaha Sirip Di Bawah Nesting Plank

5. Bagi RBW yang sudah berbilik, boleh diubah suai nesting planks biasa kepada yang jinis pyramid. Ubahlah secara beransur-ansur dari bilik ke bilik,


                               Tukar Sirip Biasa Ke Jinis Pyramid

6. Bagi kekotak bersarang walit yang besar, sesuai ditambah dengan papan sirip lagi asalkan jarak antara sirip tidak kurang daripada 12 inci.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment