Sunday, June 19, 2016

BAHAGIAN KE 3: GANGGUAN PEMANGSA (BH) DAN CADANGAN MENGATASINYA


Salam hormat,

Pada penelitian saya mendapati masaalah utama yang dihadapi oleh RBW milik En B ini dan kenapa ia berprestasi rendah ialah gangguan burung hantu. Masaalah ini perlu diselesaikan dahulu, berbanding dengan beberapa masaalah yang lain.

Semua pengusaha RBW kena senantiasa ingat, apabila RBW didirikan di kawasan kampung atau di luar bandar, keberangkalian kedatangan musuh seperti BH adalah tinggi. Kerana apa? Kerana burung walit adalah salah satu daripada makananya. Samalah seperti burung helang dengan ternakan ayam.

Satu daripada tanda masalah gangguan BH pada sesebuah RBW ialah jumlah sarang atau walit yang mendiami RBW tidak berkembang sama seperti di dalam kes ini. Semasa lawatan pemantauan kita akan dapati, di struktur-struktur di dalam RBW dimana BH boleh bertenggek, beberapa tompok-tompok putih dan kekuningan sama ada di atas tempat BH bertenggek dan juga di lantai di bawahnya. Jika banyak burung walit telah dimakannya, akan terdapat juga bebola excreta BH bertaburan di lokasi tersebut. Lihat contoh berikut.



                                                     Excreta Burung Hantu

Saya kemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini, seperti berikut:-

1. Pemasangan beberapa set spikes di sekitaran luar bangunan. Ikhtiar ini adalah merupakan usaha kita untuk mengelakkan BH daripada mendekati LMW. Lihat cadangan berikut.


                                           Beberapa Set Spikes Di sekitaran RBW

Turut dicadangkan ialah pemasangan beberapa jerat BH, seperti gambar berikut.


                                                        Jerat BH

Dari prespektif bangunan, kedudukan jerat dan spikes (berpendukan gambar berikut) ialah:-

1.1. Spikes di posisi A, B dan C
1.2. Jerat di posisi D




2. Di dalam bangunan pula beberapa perkara turut dicadangkan. Pertama, di pintu masuk walit digandingkan dengan pemasangan kawat berduri, seperti gambar berikut.



Pengalaman rakan saya yang lebih lama berkecimpung dengan usaha pembaikkan RBW yang bermasaalah, penggunaan curved spikes seperti di dalam gambar berikut adalah tidak berkesan untuk mengekang kemasukan BH ke dalam premis walit.



                                                        Curved Spikes

Segala struktur atau tempat dimana BH boleh bertenggek perlu dihapuskan atau dibuang. Misalnya penghujung paip pengudaraan (elbow) di dalam ruang legar. lihat gambar berikut.


                                            Elbow Paip dalam ruang legar

Sebenarnya struktur paip pengudaraan ini tidak diperlukan di dalm rooving area, kerana ia tidak berfungsi apa-apa.

Seterusnya, di dalam kes ini, tempat hinggap BH di tepi lubang untuk naik ke atap bangunan perlu dihapuskan dengan menutup (secara tidak kekal) dengan kepingan asbestos atau plywood.


                                     Pintu untuk naik ke atas atap RBW

Di dalam roovong room ini juga digalakkan supaya dipasang alat penrangkap BH yang sesuai. Pemilik kenalah ikhtiar untuk mencari perangkap yang diketahui berkesan bagi tujuan ini.

Struktur pengadang LAL ini juga menjadi tempat BH bertengek untuk menangkap mangsanya. Pada hemat saya struktur ini amat penting bagi keselamatan tuan pemilik bangunan. Jadi saya tidak mencadangkan supaya ianya ditanggalkan.


                                                         Pengadang LAL

3. Sebagai ikhtiar terakhir ialah dengan menggunakan senjata api untuk menghapuskan BH yang didapati mengganggu premis. Pemerhatian perlu dibuat dahulu untuk menentukan masa yang sesuai bagi tujuan ini.

4. Terakhir, saya mencadangkan supaya pemilik membuat pemantauan secara berkala ke premis walit beliau. Gandingan usaha ini dengan beberapa kaedah yang dicadangkan sebelum ini (di atas), insyaAllah akan menampakkan kesannya. Pemantaua ke dalam premsis di cadangkan sekali dalam tempoh 2 minggu manakala pemantauan di LMW, daripada luar, lebih kerap daripada itu.

Pemilik jangan juga lupa untuk meneliti respon walit dari masa ke semasa bagi melihat kesan semua usaha yang dijalankan. Pertambahan walit memasuki bangunan disenja hari, menunjukkan satu kesan yang positif kepada usaha anda dalam hal ini. Pertambahan tompok tinja walit yang baru di dalam premis juga menggambarkan perkembangan yang positif. Selpas itu berikan masa.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment