Salam hormat,
Kita semua mengetahui bahawa faktor lagu pemikat menyumbang kira-kira 20 peratus kepada kejayaan propjek peternakan burung walit. Faktor ini ialah satu-satunya stimulus, kepada walit yang terbang di udara sekitaran RBW yang didirikan, untuk turun dan menghampiri RBW khususnya lubang masuk.
Berapa ramaikah di antara para pemilik RBW yang benar-benar membuat ujian pemilihan lagu luar? Mungkin ramai yang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada penasehat atau perunding yang membina bangunan. Mungkin ada yang cuba menguji lagu yang sesuai, tetapi tidak ramai. Saya telah membuat sedikit pemerhatian yang agak lama ( berbulan ) mengenai perkara ini.
Memang saya dapati banyak lagu-lagu yang berada di pasaran tidak menarik minat walit, pada lokasi ujian saya. Saya juga dapati lagu luar yang hebat di lokasi lain gagal menarik minat walit di lokasi pemerhatian saya.
Perkara di atas menunjukkan pentingnya para pengusaha membuat penilian sendiri atau bersama penasehat kesesuaian lagu luar di lokasi masing-masing.
Ciri lagu yang sesuai, kita akan dapati banyak walit datang dan berterbangan sekitaran premis ujian. Lagi hebat lagu berkenaan, ada walit yang cuba atau pun hinggap pada tweeter seperti yang saya rakamkan di bawah.
Walit Hinggap Di Tweeter ( anak panah )
Kadang-kadang kita perhatikan walit hanya datang di sebelah pagi atau petang sahaja. Bagi lagu yang baik, anda akan perhatikan walit senantiasa ada di sebelah pagi, tengah hari dan petang.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment