Salam hormat,
Kita semua mengetahui bahawa faktor lagu pemikat menyumbang kira-kira 20 peratus kepada kejayaan propjek peternakan burung walit. Faktor ini ialah satu-satunya stimulus, kepada walit yang terbang di udara sekitaran RBW yang didirikan, untuk turun dan menghampiri RBW khususnya lubang masuk.
Berapa ramaikah di antara para pemilik RBW yang benar-benar membuat ujian pemilihan lagu luar? Mungkin ramai yang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada penasehat atau perunding yang membina bangunan. Mungkin ada yang cuba menguji lagu yang sesuai, tetapi tidak ramai. Saya telah membuat sedikit pemerhatian yang agak lama ( berbulan ) mengenai perkara ini.
Memang saya dapati banyak lagu-lagu yang berada di pasaran tidak menarik minat walit, pada lokasi ujian saya. Saya juga dapati lagu luar yang hebat di lokasi lain gagal menarik minat walit di lokasi pemerhatian saya.
Perkara di atas menunjukkan pentingnya para pengusaha membuat penilian sendiri atau bersama penasehat kesesuaian lagu luar di lokasi masing-masing.
Ciri lagu yang sesuai, kita akan dapati banyak walit datang dan berterbangan sekitaran premis ujian. Lagi hebat lagu berkenaan, ada walit yang cuba atau pun hinggap pada tweeter seperti yang saya rakamkan di bawah.
Walit Hinggap Di Tweeter ( anak panah )
Kadang-kadang kita perhatikan walit hanya datang di sebelah pagi atau petang sahaja. Bagi lagu yang baik, anda akan perhatikan walit senantiasa ada di sebelah pagi, tengah hari dan petang.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Saya menyediakan khidmat rundingcara untuk membina rumah walit baru, ubahsuai dan baikpulih rumah walit yang bermasaalah. Khidmat kursus ala digital peternakan burung walit juga disediakan.
Wednesday, March 30, 2016
Wednesday, March 23, 2016
SUHU DINDING DAN SILING RBW YANG PRODUKTIF
Salam hormat,
Sebuah RBW berukuran 20'X40' dan 9' tinggi antara sirip dan lantai, setingkat sahaja, kini telah menghasilkan secara purata 2 Kg SBW mentah sebulan. Kualiti sarang juga dari gred AA atau AB. Umur RBW ini ialah 4 tahun. Saya menganggap RBW ini berjaya.
Berkedudukan dicelah antara dua bangunan kediaman. Lihat gambar-gambar berikut.
Pada kira-kira jam 3 petang, suhu di dalam RBW ini ialah 27 selsius dan kelembapan 78%. Bacaan ini pada ketika musim panas melampau sekarang. Bagi menunjukkan suhu pada dinding dan siling bangunan saya ketengahkan rajah-rajah berikut.
Lay-Out Bangunan
Berikut pula adalah bacaan suhu pada dinding di beberapa lokasi di dalam bangunan dan suhu siling pada jam 3 petang.
Suhu Bahagian Dinding
Suhu Bahagian Siling
Saya menggunakan alat leaser thermometer bagi tujuan pengukuran suhu dinding dan siling RBW ini. Daripada gambar pertama dan kedua anda sendiri nampak jinis bata yang digunakan. Di atas siling bangunan ini ada diletakkan kepingan polystreen setebal 4". Manakala lubang masuk walit adalah secara terjun melalui lubang sebesar 6'X4'.
RBW ini menggunakan 3 PA, dua untuk suara dalam yang digilir-gilirkan. Miasmata walit yang original digunakan. Tiada pemakaian sebarang "homon" atau "pewangi".
Satu aspek pengurusan RBW ini yang sesuai saya ketengahkan ialah, pengusaha ini akan membasahkan lantai RBW ini setiap 3 hari. Aktiviti ini dibuat selepas tinja walit yang ada dikaut ketepi.
Sekian, untuk renungan anda semua.

Friday, March 18, 2016
MENGETAH BURUNG HANTU
Salam hormat,
Mengetah burung hantu juga merupakan satu teknik yang berkesan untuk mengekang kacauganggu burung hantu kepada sesebuah RBW.
Gam tikus yang tidak berbau dan berwarna jernih digunakan bagi tujuan mengetah burung hantu.
Gam Tikus
Bagi satu-satu unit mengetah diperlukan kira 6 ke lapan lidi daun kelapa sawit. Pada lidi-lidi ini dilumurkan dengan gam tikus secukupnya. Kemudian ambil sebatang kayu bruti, atau yang bersesuaian, sebesar 1" x 2" X 2 kaki panjang. Pada kayu ini ditebuk 6 lubang (bergantung kepada jumlah lidi yang hendak digunakan) seperi rajah berikut.
Lidi-lidi yang telah siap dilumuri gam tikus dicucukkan ke dalam lubang yang telah disediakan. Lihat gambar berikut.
Sebelum dicucukan lidi-lidi bergam ini, bruti tersebut di pakukan ke sebatang tiang buluh yang setinggi 40 ke 50 kaki panjangnya. Setelah dicucukkan lidi-lidi bergam ini, tiang berkenaan ditegakkan di sekitaran premis walit anda. Tiada sebarang lokasi khas ditetapkan.
Tiang buluh (anak panah)
Burung hantu ini kebiasaanya akan hinggap di mana-mana struktur atau dahan pokok disekitaran RBW sebelum memasuki sesebuah RBW. Sifat ini digunakan untuk mengetah burung hantu dengan jayanya.
Apabila burung hantu hinggap di atas kayu bruti tadi lidi-lidi yang bergam ini akan melekat pada bulu-bulu burung hantu. Akhirnya burung hantu tersebut tidak boleh terbang kerana banyak bulu-bulu kepaknya melekat antara satu dengan yang lain. Anda akan dapati burung hantu terjatuh ke tanah. Akhirnya ia akan mati kelaparan jika anda tidak datang membuat pemantauan.
Kesan bulu burung hantu pada lidi
Apabila anda membuat pemantauan, jika anda lihat jumlah lidi pada bruti telah berkurangan, bermakna sudah ada burung hantu yang telah terkena gam (tikus). Cuba anda cari sekitaran bangunan kemungkinan ada burung hantu berkenaan sama ada masih hidup atau pun sudah mati.
Anda perlulah menurunkan tiang dan bruti berkenaan untuk ditambah semula lidi-lidi yang telah tiada. Biasamya gam tikus ini boleh bertahan selama 2 bulan.
Apabila amalan ini senantiasa di buat, maka berkuranglah masalaah burung hatu di premis walit anda.
Selamat mencuba...
Sekian
Dr Azizol bin Mohd Sharun