Salam hormat,
Kebelakangan ini saya perhatikan di kalangan pengusaha peternakan burung walit bumiputra banyak mengapplikasikan inovasi di dalam usaha untuk memikat dan meningkatkan produktiviti RBW masing-masing. Usaha yang gigih sebegini memang bagus.
Saya berpendapat kita harus berhati-hati di dalam mengaplikasikan sesuatu inovasi. Tanpa memiliki pengalaman dan pendedahan yang luas dan lama, ramai yang tidak sedar akan kesan sampingan yang pengusaha akan berdepan dengan usaha tersebut. Sebagi contoh, penulisan sebelum ini saya ada menyatakan bahawa jika anda menggunakan kepingan polystreen sebagai sarang tiruan, kesan sampingannya ia boleh mengalakkan lagi pembiakkan lipas. Ini kerana polystreen adalah juga makanan lipas. Jadi bagi pengusaha yang tiada program pemantauan dan kawalan lipas yang baik, usaha tadi boleh menghindarkan walit daripada masuk dan mendiami RBW berkenaan.
Satu lagi contoh inovasi yang saya nak sebutkan kali ini ialah penggunaan keratan tikar dan di lapikkan pada papan sirip. Saya kurang jelas kenapa ini dibuat, selain daripada menambah kos pengurusan.
Papan Sirip Di Lapik Dengan Tikar
Kesan sampingan usaha ini ialah, disebalik lapisan tikar ini hama dan kutu yang terdapat di dalam sesetangah RBW boleh membiak dengan mudah. Hama dan kutu ini boleh menganggu anak-anak walit yang baru menetas. Kegelisahan anak-anak walit ini mungkin akan menyebabkan ia terjatuh ke lantai dan akhirnya mati. Hama yang banyak juga menyulitkan pemungut sarang.
Penggunaan kepingan alluminium menggantikan papan sudut juga mempunyai kesan sampingan kepada bidang usaha.
Di dalam bab inovasi ini juga saya perhatikan RBW milik orang China yang telah berjaya jarang kedengaran atau yang saya jumpa mengapplikasikan inovasi-inovasi yang berkaitan, sedangkan mereka ini lagi lama, berpengalaman dan berduit di dalam perusahaan burung walit.
Mungkin pendekatan "balik kepada asas peternakan walit" lebih baik untuk jangka panjang dan pendapatan anda. Fikir-fikirkan...
Skian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment