Salam hormat,
Pada 27hb Oktober yang baru lepas JPV Pahang telah menganjurkan satu kursus mencuci SBW di hotel Mega View Kuantan. Pada mulanya kursus dianjurkan untuk 50 peserta sahaja. Akhirnya, 90 peserta telah hadir dari pelbagai tempat, termasuk dari Terengganu dan Melaka.
Sebahagian daripada peserta kursus
Tenaga Pengajar Daripada FWC
Kaum Tionghwa Turut Serta
Cara Penggunaan Berus Gigi Untuk Mencuci
Kursus ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaiman SBW sepatutnya di cuci dan lebih lagi untuk mengetahui tahap kebersihan SBW di akhir proses serta peralatan yang diperluklan bagi tujuan ini. Dengan kemahiran ini para peserta bukan sahaja boleh meneruskan kepada proses tambah nilai SBW kepada beberapa jinis produk, tetapi juga menyediakan hidangan untuk ahli keluarga nikmati. Produk-produk ini nanti bolehlah mereka jual di pasar-pasar tani untuk menambah pendapatan.
Saya turut mencadangkan kepada JPV Pahang, selepas ini mereka ini akan didedahkan pula kepada beberapa resipi dan memasak SBW cara yang betul. Dengan usaha yang berterusan ini saya berharap beberapa usahawan Bumiputra dalam bidang penghasilan dan pemasaran produk SBW akan dapat dilahirkan. Saya juga berharap mereka ini juga akan memakan hasil masakan SBW ini dari masa ke semasa bagi meningkatkan tahap kesihatan masing-masing. Kita tahu SBW ini banyak khasiatnya, dan orang China di negara China telah begitu lama menggunakan SBW ini untuk menjaga kesihatan mereka.
Skian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment