Salam hormat,
Sebagai mana yang anda sedia maklum, pendaftaran RBW adalah di bawah bidang kuasa JPV. Baru-baru ini saya berkesempatan mengikuti proses lengkap di lapangan, bagaimana usaha ini dijalankan oleh JPV (dalam kes ini oleh JPV Pahang). Saya dimaklumkan juga sehingga kini kira-kira 1,093 buah RBW telah didaftarkan daripada 8,000 buah keseluruhannya yang ada di negeri Pahang.
Pendaftaran melibatkan pemasangan RFID di premis walit. Ada dua komponen alat pengenalan digunakan, satu dipasang di bangunan, manakala yang satu lagi dipegang oleh pemilik premis. Satu premis, satu nombor pengenalan ( ID NO ). Semasa pendaftaran ini dibuat, bacaan GPS premis turut direkodkan. Kesemua maklumat ini dipindahkan ke sistem data maklumat jabatan.
Komponen RFID
Sebelum dipasanga di bangunan, kedua-dua alatan ini diberikan nombor pengenalan dengan menggunakan alat seperti berikut.
Pemberian No Pengenalan Kpd Komponen bangunan
Pemberian No Pengenalan Kpd Komponen Pemilik Premis
Seterusnya komponen premis di pasang pada dinding bangunan berkenaan. Dengan menggunakan alat penebuk dan gam, dengan mudah ia dipasang seperti berikut.
Lokasi Pemasangan
Gam pelekat RFID
RFID siap di pasang
Itu sahaja prosesnya. Nampak mudah. Jika komponen pengusaha hilang, ia boleh diberikan yang baru dengan melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak JPV.
Semasa proses pemasangan ini, pihak JPV turut melekatkan notis pemberitahuan keperluan pemilik premis mendaftarkan RBW masing-masing.
Pemberitahuan
Saya turut dimaklumkan, harga belian adalah lebih tinggi bagi sarang yang diperolehi daripada premis yang ada nombor pengenalan. Semasa proses ini berjalan, saya turut menyatakan kepada pihak JPV, kebimbangan saya adalah berkaitan dengan kerahsiaan maklumat. Kebocoran maklumat ini boleh menimbulkan rasa kurang senang dan selamat kepada pemilik RBW.
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment