Salam hormat,
Saya perhatikan bidangusaha peternakan walit dan sukan polo bolih bersama dan mampu mewujudkan satu konsep Agro-Pelancungan yang unik. Berikut adalah beberapa gambar yang saya rakam baru-baru ini di Jerangau, Dungun Terengganu.
Kompleks ini, saya difahamkan dimiliki oleh seorang ternama dan hartawan iaitu Dato Gulam. Dipremis ini terdapat kira-kira 13 unit RBW yang telah beroperasi. Saya perhatikan daripada luar, hampir kesemua rumah ada walit mendiaminya.
Di kompleks ini juga disediakan tempat/kemudahan untuk menonton permainan polo dan jika anda dahaga atau pun lapar juga disediakan beberapa buah gerai makan. Sesuai untuk membawa keluarga berrehat di petang hari sambil menonton sukan berkuda ini.
Skian.
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment