Thursday, December 5, 2013

RUMAH BURUNG WALIT (RBW) BERTUKAR MENJADI PENGELUAR CENDAWAN TIRAM

Salam hormat,

Di masa kehebatan industri walit kita semua sedar sekitaran 70% bangunan yang dibina tidak di anggap berjaya. Tambahan di dalam kedudukan industri sekarang semakin banyak RBW yang terbengkalai dan tuan-tuan pemiliknya tidak tahu hendak buat apa. Bagi mereka yang meminjam dengan bank dalam masa pembinaan, semestinya tercari-cari jalan bagaimana pinjaman itu boleh dilangsaikan sungguh pun pengstrukturan semula bayaran pinjaman telah dibuat.

Berikut saya paparkan satu idea dimana sebuah RBW yang tidak berjaya telah diubah suai dan dijadikan premis penghasilan cendawan tiram yang berjaya.

Dahulu RBW yang sebesar 16'x100' dan empat tingkat ini dibina dengan harga lebihkurang RM200,000 . Kini dipenuhi dengan bungkah-bungkah tiram. Bangunan ini boleh memuatkan sehingga 25,000 bungkah cendawan pada satu-satu masa. Mengikut Mr Chong iaitu pemilik premis ini bangunan sebegini tidak menghadapi masaalah untuk memenuhi keperluan mikroklimatik cendawan tiram dan pasaran tiada masaalah baginya, bahkan tidak mencukupi buat masa kini.




Jika ada di antara anda yang terfikir ke arah ini, pastikan dahulu ada pasaran yang akan membeli cendawan tersebut. Juga pelaburan tambahan untuk mengadakan rak-rak, pembelian bungkah yang telah disuntik dan tenaga kerja yang diperlukan. Saya difahamkan En Chong sebelum ini telah membeli bungkah cendawan ini dengan harga RM1.20 setiap satu. Bermakna beliau telah melabur sebanyak RM30,000 untuk bungkah sahaja. Sekarang beliau menghasilkan bungkahnya sendiri dan dengan kos yang lebih murah.




Jika anda perhatikan semula gambar teratas terdapat lubang besar di setiap lantai dan di kedua-dua belah bangunan di setiap lantai. Lubang ini telah dibuat bagi penambah baikan mikroklimatik di dalam bangunan. Pada ketika ini En Chong sedang mengeksperimen untuk meningkatkan kelembapan dan kesejukan dalam bangunan ini dengan memasang "tirai air penyejuk dan ditarik dengan kipas" dan konsep ini sama dengan sistem penyejukan yang terdapat pada reban ayam jinis rumah tertutup.

Saya juga perhatikan beberapa lubang kecil dibuat disekeliling bangunan bagi meningkatkan ventilasi.




Menurut En Chong lagi, jika ramai pihak yang berminat beliau sedia untuk berbincang, terutamanya mengenai penghasilan bungkah dan juga pasaran tiram. Kursus sehari juga boleh diadakan dengan menggunakan premis ini jika terdapat permintaan.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment