Monday, September 23, 2013

SUASANA DIGEMARI BURUNG HANTU

Salam hormat,

Baru-baru ini saya dijemput untuk melihat sebuah RBW di Kuala 
Rompin, Pahang (Kira-kira 6Km arah ke Endau). Tuan pemilik RBW 
ini menyatakan kepada kami, RBW ini telah berumur lebih kurang 
3 tahun, tetapi hanya ada kira-kira 15 buah sarang sahaja.

Saya beranggapan kawasan ini adalah lubuk burung walit. 
Prestasi yang dinyatakan agak jauh rendah daripada biasa.

Dua perkara yang jelas, mengapa tidak banyak walit mendiami 
rumah ini. Pertama, didapati tingkat atas yang agak terang sehingga 
ke tingkat 2. Kedua, pemeriksaan ke dalam kotak junam mendapati 
ada tanda-tanda bahawa burung hantu telah tingal di dalam ruang 
ini buat beberapa lama.

Terdapat 3 keadaan atau situasi yang menggalakkan burung hantu 
tingal di dalam kawasan kotak junam ini. Pertamanya, tiada pagar 
elektrik di pasang di sekeliling tembok kotak junam. Kedua, tiada 
lampu dipasang di mana-mana lokasi di atas tembok kotak junam 
ini. Ke Tiga, terdapat struktur tangga diletakkan di dalam kawasan 
kotan junam ini dan telah menjadi tempat burung hantu bertenggek.


                         Tangga ini telah memudahkan burung hantu


Bila dilihat sekitaran tangga ini, di dapati bulu burung hantu dan juga 
tinja burung hantu di atas lantai.


                                          Bulu burung hantu

Sebagai tindakan susulan, tangga ini telah diminta supaya dikeluarkan 
daripada kotak junam ini. Seterusnya, lampu dipasang di atas tembok 
kotak junam beserta dengan pagar elektrik.

Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun( DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment