Salam hormat,
Amnya, di dalam era kegawatan harga SBW mentah sekarang, pertumbuhan industri hampir terhenti. Sektor pembinaan RBW baharu terhenti terus bagi orang Melayu. Bahkan banyak juga RBW yang berprestasi rendah di abaikan terus oleh pengusaha.
Bagi orang China, petunjuk bahawa keyakinan terhadap sektor ini telah mula timbul semula. Kini kelihatan beberapa RBW baharu sedang dibina dan ada yang baharu sahaja beroperasi. Berikut adalah rakaman yang sempat saya lakukan pada 21hb September, 2013 dan ia hanya disekitaran jalan-jalan yang saya lalui sahaja.
Pertama, disekitaran Gambang, Kuantan. Gambar-gambar berikut di ambil bersebelahan sekolah memandu di persimpangan Gambang ke Muadzam Shah. Kelihatan bahagian atas SMI (Bengkel) ini telah diubahsuai untuk dijadikan RBW. Saya perhatikan ada sekurangnya 4 buah dan 3 daripadanya telah mula memikat walit.
Berikut RBW yang baru sahaja siap pembinaanya (tingkat atas). Saya difahamkan sistem dalaman masih belum siap. Gambar ini di rakan di jalan masuk ke gugusan FELDA Mendi, Triang Pahang. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks kedai hardware.
Gambar berikut pula di rakamkan di jalan antara Simpang Durian ke Simpang Pertang, Jelebu, Negeri Sembilan. Rumah ini sedang dalam pembinaan, seperti yang anda lihat.
Terakhir, gambar sebuah RBW yang baru beroperasi (dalam 2 bulan memanggil walit) dan saya lihat sudah ada respon walit. Ia terletak di jalan yang menghubungkan Air Hitam ke Serting, Jempol Negeri Sembilan.
Skian
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Saya menyediakan khidmat rundingcara untuk membina rumah walit baru, ubahsuai dan baikpulih rumah walit yang bermasaalah. Khidmat kursus ala digital peternakan burung walit juga disediakan.
Friday, September 27, 2013
Monday, September 23, 2013
SUASANA DIGEMARI BURUNG HANTU
Salam hormat,
Baru-baru ini saya dijemput untuk melihat sebuah RBW di Kuala
Rompin, Pahang (Kira-kira 6Km arah ke Endau). Tuan pemilik RBW
ini menyatakan kepada kami, RBW ini telah berumur lebih kurang
3 tahun, tetapi hanya ada kira-kira 15 buah sarang sahaja.
Saya beranggapan kawasan ini adalah lubuk burung walit.
Prestasi yang dinyatakan agak jauh rendah daripada biasa.
Dua perkara yang jelas, mengapa tidak banyak walit mendiami
rumah ini. Pertama, didapati tingkat atas yang agak terang sehingga
ke tingkat 2. Kedua, pemeriksaan ke dalam kotak junam mendapati
ada tanda-tanda bahawa burung hantu telah tingal di dalam ruang
ini buat beberapa lama.
Terdapat 3 keadaan atau situasi yang menggalakkan burung hantu
tingal di dalam kawasan kotak junam ini. Pertamanya, tiada pagar
elektrik di pasang di sekeliling tembok kotak junam. Kedua, tiada
lampu dipasang di mana-mana lokasi di atas tembok kotak junam
ini. Ke Tiga, terdapat struktur tangga diletakkan di dalam kawasan
kotan junam ini dan telah menjadi tempat burung hantu bertenggek.
Tangga ini telah memudahkan burung hantu
Bila dilihat sekitaran tangga ini, di dapati bulu burung hantu dan juga
tinja burung hantu di atas lantai.
Bulu burung hantu
Sebagai tindakan susulan, tangga ini telah diminta supaya dikeluarkan
daripada kotak junam ini. Seterusnya, lampu dipasang di atas tembok
kotak junam beserta dengan pagar elektrik.
Skian
Dr Azizol bin Mohd Sharun( DVM, MAgrS).