Salam hormat,
Baru-baru ini saya berkesempatan berkunjung ke premis milik Walit Timur Enterprise di kawasaan perindustrian Gong Badak, Kuala Terengganu. Mungkin ramai yang mengetahui bahawa premis ini, salah satu daripada bangunan milik syarikat, adalah merupakan RBW yang berhasil.
Melihat kepada pasaran SBW mentah yang tidak menentu dan berharga rendah ketika ini, syarikat mula menjalankan aktiviti nilai tambah kepada SBW yang ada. Produk utama ketika ini ialah minuman SBW, yang dibungkus kedalam botol berkapasiti 250ml (seperti yang kelihatan di dalam gambar berikut).
Bergula (Gula batu)
Produk ini di bungkus di dalam dua campuran, satu daripadanya tanpa kandungan gula di dalamnya.
Tanpa Gula
Saya dimaklumkan pada ketika ini permintaan terhadap ke dua-dua produk ini amat menggalakkan. Kedua-dua produk ini, buat masa ini dipasarkan di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja. Produk ini dijual dengan harga RM25.00 sebotol.
Buat masa kini syarikat hanya ada 3 orang pencuci sepenuh masa. Namun demikian masih tidak dapat memenuhi permintaan.
Sarang milik pelanggan yang telah siap dicuci
Juga yang siap dicuci
Disamping itu, syarikat juga menjual sarang yang telah dicuci untuk pengguna tempatan, yang memerlukan beberapa keping sarang untuk kegunaan persendirian.
3 keping dengan harga RM110.00
Saya berharap lebih ramai langi pengusaha RBW atau individu lain yang akan terlibat di dalam sektor nilai tambah ini dengan demikian nanti akan dapat bersama-sama meningkatkan penggunaan tempatan SBW.
Skian
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment