Salam hormat,
Cerita RBW ini telah saya paparkan pada penulisan bulan Oktober,2012.
Satu keputusan yang saya buat mengenai RBW ini ialah menukar lagu luar kepada yang baru. Tindakan ini telah saya ambil pada 27Hb September, 2012. Pada 6Hb Oktober, 2012 seterusnya saya membuat keputusan supaya jangan dilakukan sebarang perubahan, selepas melihat beberapa ekor walit berterbangan di dalam RBW ini di tingkat atas, pada tarikh lawatan berkenaan.
Seterusnya, pada 09Hb March, 2013 , saya dimaklumkan oleh pemilik RBW ini tiada suara luar sudah sebulan. Oleh kerana pemilik terpaksa berada di luar kawasan, akhirnya saya berkunjung ke premis seperti dijanjikan pada 24Hb, March 2013, baru lalu.
Pemeriksaan membuktikan tiada suara luar, tetapi suara dalam berbunyi seperti biasa. Apabila saya periksa Amplifier bagi suara dalam mendapati peralatan berfungsi dan berkeadaan normal. Saya offkan amplifier sebentar dan menarik keluar SIMCARD lagu, kemudian menghidupkan semula sistem dan memasang semula simcard lagu. Suara luar berbunyi semula. Setelah beberapa minit ia terhenti semula. Saya ulangi tindakan, dan is berbunyi semula.
Diagnosa saya simcard lagu telah rosak.
Saya meminta anak pemilik RBW membeli simcard baru (kosong) serta menyalin lagu yang terdpat di dalam simcard yang saya percayai mula rosak. Kemudian menggunakan simcard baru pada amplifier. Sistem berjalan dengan baik.
Semasa pemeriksaan ke dalam bangunan, di tingkat atas telah ada 8 buah sarang dan 3 daripada srang tersebut ada burung walit (mungkin ada telor,kerana sekarang musimnya). Di tingkat bawah tiada sarang kelihatan.
Penemuan ini menunjukkan hanya dengan menukar lagu yang betul, walit telah mula mendiami bangunan dan bersarang. Cadangan perubahan lain di tangguhkan ke satu masa yang akan datang. Observation terhadap rumah ini dilanjutkan ke masa yang akan datang.
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
penggunaan suara luar dan dalam yg betul memberi impak keberhasilan sesebuah rbw dan jgn lupa ruangan dalaman rbw yg betul juga menentukan walit terus bersarang,pastikan seperti wiring speaker, lubang masuk luar dan dalam keadaan tempat yg betul... jenis papan atau ketinggian hanya memberi kesan kepada kesempurnaan bentuk sarang cantik atau tidak cantik.... dan juga pastikan tapak rbw tiada gangguan makhluk halus... tempat yg gelap dan pandangan hitam adalah tempat kebiasaan golongan sebegitu bertandang... jgn pandang belakang..hehe
ReplyDelete