Salam hormat,
Kita semua tahu bahawa di dalam SBW mentah mengandungi air. Air ini boleh berpunca daripada sarang itu sendiri, punca air yang kita spray semasa memungut sarang, kelembapan daripada alat pengabut udara dan punca lain seperti kebocoran atap rumah walit dan sebagainya.
Bagi pembeli dan pemproses SBW (bagi kes ini) mereka meletakkan 15% kandungan air sebagai tahap moisture yang diterima. Bermakna pembeli tidak akan menolak dari berat asal sarang, jika tahap kelembapan sarang disekitaran 15%. Jika bacaan dibuat menunjukkan 18%, iaitu 3% lebih daripada tahap yang dikehendaki, bermakna pembeli akan meminta persetujuan anda untuk menolak 3% kandungan air daripada berat asal sarang.
Misalanya,
Berat sarang gred A = 0.987 Kg
Lebihan kandungan air = 0.03 peratus
Berat sarang yang dibayar = 0.987 X 0.97
= 0.95739 Kg
Jika harga belian bagai Gred A = RM1,800
Pendapatan anda ialah = RM ( 1,800 X 0.95739)
= RM 1,723.30
Rupa alat berkenaan, mungkin ada pelbagai jenis atau brand di pasaran, yang ditunjukkan kepada saya adalah seperti berikut:-
Penggunaanya pula seperti berikut,
Dua terminal ( atau pin ) yang terdapat pada alat pengesan dikenakan ke sarang dan di biarkan bacaanya stabil dalam 30 saat lebih kurang, maka itulah kadar kelembapanya. Bagi satu satu proses pembelian, pembeli akan mengunji sekitaran 5 ke 10 sarang bagi mendapatkan purata kandungan air konsignment berkenaan.
Skian dahulu,
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment