Di dalam blog ini, paparan bulan Mei, 2012, saya ada menulis perihal burung hantu ini yang bertajuk Burung Hantu Pemangsa Walit. Kali ini saya ingin membuat sedikit lagi penambahan mengenai maklumat yang ada.
Berikut saya paparkan beberapa gambar, yang menandakan adanya burung hantu di pintu masuk walit ke dalam bangunan RBW yang kita ada. Dengan lain perkataan, burung hantu telah berada di situ dan mengganggu walit. Salah satu daripada gambar-gambar ini menunjukkan bulu burung hantu itu sendiri (anak panah).
Pemilik RBW perlulah segera mengambil tindakan pencegahan. Seterusnya membersihkan kotoran burung hantu ini dengan air dan akhir sekali di cuci dengan menggunakan air tanah (seperti kita menyamak kotoran anjing). InsyaAllah bau kotoran burung hantu akan hilang. Dalam kes di atas, pembersihan memadai dengan menukar tikar getah yang telah tercemar.
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment