Saturday, January 7, 2012

KIRA-KIRA 90% PREMIS WALIT SELURUH NEGARA MILIK ORANG CHINA

Kini terdapat kira-kira 70,000 premis walit di seluruh negara.


Statistik tahun 2008, dan berkemungkinan juga sekarang, menunjukkan penglibatan masyarakat Bumiputra dalam bidang usaha ini hanyalah sekitaran 8%. Kenapa demikian? Situasi ini wujud mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah:-


1. Masyarakat Bumiputra tidak mendapat maklumat sebenar mengenai industri dan bidang usaha ini,
2. Berkaitan dengan hal yang sama, mereka berkemungkinan juga tidak jelas tentang potensi bidang usaha ini tehadap pendapatan mereka, dan
3. Kemungkinan juga, mereka yang ingin terlibat, tetapi tidak meneruskan niat tersebut disebabkan gambaran, yang dipamirkan oleh orang China, untuk terlibat di dalam sesuatu projek RBW ini memerlukan belanja yanga amat besar, sekitaran RM300,000.00 dan ke atas.


Walhal, YAB Perdana Menteri pada tahun 2009 lagi telah menyatakan bahawa industri burung walit (atau layang-layang gua) ini mampu mengtransformasikan ekonomi Malaysia dan Bumiputra.





Kenapa perkataan Bumiputra digandingkan dengan transformasi ekonomi Malaysia, dalam hal ini? Ini adalah disebabkan majoriti tanah-tanah pertanian dimiliki oleh masyarakat Bumiputra. Kawasan di desa-desa ini adalah merupakan lokasi yang terbaik untuk didirikan rumah walit. Walit memburu makanannya di kawasan perkampungan. Tetapi masih ramai di antara mereka yang memiliki tanah ini masih tidak sedar bahawa mereka berada di lokasi "rezeki daripada langit" terdapat dengan banyak sekali.


Anda semua mungkin masih ingat sejarah industri getah negara. Sungguh pun estet getah yang besar-besar dimiliki oleh orang-orang China, tetapi 70% penghasilan getah negara datangnya daripada para pekebun kecil getah. Kita mamapu mewujudkan situasi yang sama dengan industri sarang burung walit. Jika masyarakat Bumiputra tidak dilibatkan secara besar-besaran, berkemungkinan transformasi ekonomi Malaysia (melalui bidangusaha penghasilan sarang burung walit) mungkin sukar untuk berlaku.


Bagi membantu orang Melayu untuk mendapatkan maklumat serta informasi industri burung walit yang tepat dan terkini, saya mengajak tuan-tuan supaya menyertai mana-mana kursus, sama ada oleh JPV atau pun anjuran syarikat-syarikat lain yang berwibawa dalam industri ini. Syarikat kami yang berpengkalan di Alor Gajah Melaka turut mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri ini SETIAP BULAN di sepanjang tahun 2012 ini. Lihat iklan berikut,






No comments:

Post a Comment