Thursday, May 16, 2019

SEKATAN DALAM RBW. BOLEH MENGHALANG LALUAN TERBANG WALIT


Salam hormat,


Bentuk sekatan adalah seperti di dalam gambar-gambar berikut. Ke tiga-tiga contoh dan RBW ini tidak dihuni walit dan bertaraf ICU. Pada hemat saya sekatan-sekatan tersebut sebenarnya menghalang kelancaran walit untuk terbang di dalam ruang-ruang bersarang (nesting area) berkenaan. Diperhatikan juga dalam keadaan sebegini susunan serta arah tweeters pula menjadi tidak betul. RBW yang ke dua, nasehat saya supaya dibuka semula semua sekatan-sekatan serta beberapa perubahan lain yang turut dicadangkan.



                                                                       RBW 01



                                                    RBW 02


                                                    RBW 03



Petak-petak yang terjadi akibah sekatan-sekatan yang seperti di dalam gambar-gambar di atas adalah berlainan dengan bilik-bilik yang dibuat khas, atau ditambah kemudian, untuk menambah populasi walit.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Monday, May 6, 2019

KESAN MEMBASAHKAN LANTAI RBW.



Salam hormat dan Selamat Berpuasa,


Penulisan saya pada 01hb March, 2019 telah menerangkan pergerakan suhu dan kelembapan di dalam sebuah RBW yang berprestasi tinggi.

Salah satu aktiviti (pengurusan) bagi RBW ini semasa hendak mengutip sarang ialah meningatkan kelembapan di dalam RBW ini 2 ke 3 hari sebelum mengutip sarang. Menurut beliau sarang lebih mudah ditanggalkan daripada papan sirip dan sarang tidak pecah.


                                                      Lantai Di basahkan Dengan Air


Apa yang saya hendak kongsi ialah bagaimana hanya dengan mebasahkan lantai RBW ini kadar kelembapan di dalam sesebuah RBW mampu di tingkatkan dengan mudah dan murah. Lihat geraf berikut.




Daripada geraf di atas kita dapat saksikan kelembapan meningkat daripada purata 70% kepada hampir 90%.


Sekian, untuk renungan kita bersama.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Monday, April 15, 2019

LAWATAN TERANCANG DAN BERJADUAL (LTJ) KE PREMIS WALIT DAN PENGUSAHANYA ADALAH PERLU



Salam hormat,


Kebelakangan ini saya berpeluang meninjau ke beberapa premis walit yang bermasaalah. Satu perkara penting yang saya temui ialah kurangnya kesedaran pengusaha terhadap perlunya pemantauan dan pengurusan yang berkala terhadap premis walit mereka. Keaalpaan mereka telah menimbulkan keadaan TIDAK AMAN di dalam rumah-rumah tersebut. Keadaan ini adalah merupakan salah satu punca utama kenaapa populasi walit tidak berkembang dari tahun ke setahun.

Dengan lain perkataan RBW yang bermasaalah adalah kesan daripada “pengusahanya yang bermasaalah” dalam hal ini. Itulah punca sebenar. Apa yang kita lihat pada RBW ini adalah merupakan kesan atau simptom kepada “masaalah” pada pemiliknya.

Ekoran daripada tinjauan ini, saya berpendapat LTJ perlu dilakukan oleh kakitangan JPV Daerah dari bidang berkenaan. Pengusaha yang mempunyai kewangan yang kukuh boleh melantik mana-mana perunding bagi tujuan yang sama.

Saya sedar akan kelemahan yang ada di peringkat jabatan, khususnya dari segi pengalaman serta ilmu kakitangan berkaitan dalam bidang ini. Tetapi itu pada hemat saya tidak seharusnya menjadi penghalang besar kepada perlaksanaan program ini. Mereka boleh meminta pandangan daripada perunding industri walit bagai mana sesuatu masaalah pokok itu dapat diselesaikan.

Satu lagi hal yang tidak kurang jua pentingnya ialah kurangnya keyakinan para pengusaha kepada cakap-cakap atau cadangan pihak perunding, khususnya perunding yang tiada memiliki RBW sendiri. Tambahan pula sebelum itu telah beberapa orang perunding melakukan penambahbaikan tetapi gagal juga.

Saya dapati kes-kes sebegini dapat diselesaikan dengan mendedahkan mereka, secara terus, kepada beberapa premis RBW yang berjaya. Di samping menyuntik semangat, mereka juga akan dapat rakan walit yang baharu di mana mereka boleh merujuk apabila timbul sesuatu masaaalah.




                    Lawatan : Pengusaha KEJORA di Kota Gelangi Jerantut


Dari sudut pengusaha yang mana kepakaran dan RBW mereka jadi bahan rujukan, dalam sessi pendedahan ini amat sessuai diberikan sedikit imbuhan. Ini bagi menghargai masa dan ilmu yang mereka curahkan kepada pengusaha-pengusaha yang bermasaalah tadi. Buatlah satu keputusan dasar akan kadar yang sesuai. Kerja sama sebegini adalah merupakan satu usaha untuk sama-sama berjaya.

Di samping program LTJ ini, amat sesuai jika pihak berwajib mempertingkatkan program KURSUS PETERNAKAN BURUNG WALIT kepada semua pengusaha walit. Pengusaha yang bermasaalah adalah pengusaha yang kurang berilmu dalam bidang ini. Pecahkan program kepada ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT dan KURSUS LANJUTAN yang mana memberikan fokus kepada bahagian-bahagian peternakan yang lebih khusus.

Usaha seperti ini dan jika dilaksanakan secara berterusan saya yakin akan dapat membantu ramai pengusaha walit untuk terus berjaya, khususnya dari kalangan orang Melayu.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Monday, April 8, 2019

PEMASANGAN SARANG TIRUAN ( SARTI ) YANG BETUL



Salam hormat,

Sebagaimana yang anda telah maklum, SARTI adalah merupakan pemikat atau pengalak yang anda boleh gunakan untuk memikat walit-walit muda menginap dan membuat sarang di dalam RBW anda.

Sememangnya ada di pasarkan beberapa jenis SARTI. Anda tida perlu membeli dan menggunakan SARTI berkenaan, memadai dengan mengunakan bahan tepakai seperti polystreen bekas perkakas elektrik yang kita beli.

Kerat polystreen berkenaan kepada 0.5” X 2” X 4” atau 1” X 2” X 4” pun boleh. Tiada saiz yang khas bagi tujuan ini.

Lokasi dan kaedah pemasangnnya yang di sarankan adalah seperti di dalam gambar berikut. Ini tidak bermakna di sirip yang tiada tweeter tidak boleh diletakkan kepingan polystreen tadi.



                                         SARTI Di atas tweeter


                                SARTI telah digunakan oleh walit


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Monday, April 1, 2019

MEMPERINGATI SEMULA ISU SEMUT SEBAGAI MUSUH WLIT

Salam hormat,

Saya telah pernah menulis beberapa kali masaalah ini di dalam blog saya terdahulu. Kali ini saya ingin meningatkan semula pentingnya masaalah semut ini di tangani pengusaha, supaya ia tidak menjejaskan perkembangan populasi walit.

Pada 19hb March,2019  saya berkesempatan melawat sebuah RBW di Batu Pahat, Johor. Satu daripada masaalah kenapa sukar untuk walit terus berkembang di premis ini, pada pendapat saya, ialah gangguan semut.

Sekarang ( penghujung bulan March ) adalah masa anak-anak walit yang berada di dalam SBW terus membesar dan akan terbang keluar tidak berapa lama lagi. Apa yang saya dapati di dalam premis ini ialah beberapa anak walit yang diganggu (diketik) semut (gambar 01-03), ada yang sampai terjatuh daripada sarangnya. Ada yang mati di dalam sarang akibah gigitan semut-semut ini. Ada juga yang gelisah dan tak boleh diam disebabkan gigitan berkenaan. Lihat beberaapa gambar berikut.




                                               Gambar 01



                                                  Gambar 02


                                                 Gambar 03


                         Anak walit mati dalam sarang digigit semut


Penilaian saya tentang masaalah ini berpunca daripada kurangnya perhatain kepada RBW ini di atas sebab-sebab tertentu. Ekoran daripada kurangnya pemantauwan, seterusnya kurangnya aktiviti pengurusan yang berkaitan maka masaalah ini berterusan di dalam RBW ini tanpa disedari pengusaha sendiri.

Saya dapati longkang di sekeliling bangunan sememangnya ada, tetaapi tidak berair. Sepatutnya longkang senantiasa  berair dan ia adalah merupakan salah satu kaedah menghalang semut untuk naik dan memasuki bangunan.



                                                Longkang sekkeliling RBW kering


Satu perkara lagi, saya perhatikan RBW ini berkedudukan di dalam lingkungan sawah padi. Dari sudut lokasi rumah adalah sesuai. Tetapi di musim hujan dan apabila air sawah naik, saya percaya banyak semut-semut yang berada di dalam sawaah ini akan merayap dan mencari lokasi yang tinggi, yang mana salah satu yang di dapatinya ialah premis walit ini.Semut-semut ini akan cuba menaiki bangunan.


Maka amat perlu peningkatan pemantauwan premis di masa-masa tersebut.




Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Thursday, March 21, 2019

RBW KEJORA USAHA PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN


Salam hormat.


Berikut adalah usaha penambahbaikan yang penting dan telah di lakaukan terhadap RBW Kg Singapura, Kuala Sedeli, Kota Tinggi, Johor.

PENEMUAN : Suhu dan Kelembapan dalam RBW Kg Singapura, Kuala Sedeli.

Setelah dinding RBW ini dilitupi dengan jaringan plastik hitam dan dipasang mengikut cara yang betul, saya dapati suhu dan dan kelembapan di dalam RBW ini telah berada di tahap yang lebih baik. Suhu telah beredar antara 27 hingga ke 30.3 selsius. Bacaan spontan semasa lawatan saya yang terawal, pada jam 9.30 pagi, suhu berada di tahap 30.3 selsius. Pada geraf yang baharu dan pada waktu yang sama, suhu berada di tahap 27.1 selsius. Lihat geraf di bawah.



                                     Keadaan Asal Di Luara RBW



                         RBW Setelah Di Pasang Netting Plastik Hitam


              Perbandingan suhu sebelum dan selepas penambahbaikan


Pergerakan suhu dalam RBW Kg Singapuran seterusnya dibandingkan dengan RBW Ungul. Lihat geraf berikut.


                      Pergerakan Suhu RBW Kg Singapura lebih rendah


               Pergerakan Kelembapan RBW Kg Singapura Lebih Tinggi



GAMBAR AKTIVITI




                           Penilian Pergerakan Suhu Dan Kelambapan


                    Perbincangan Diteruskan Semasa Makan Tengah Hari
                         Di Perkampungan Nelayan Tg Sedeli Besar



Sekian,



Dr. Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
www.walitkewalet.blogspot.com

Monday, March 11, 2019

FELDA DILAPORKAN AKAN MELIBATKAN DIRI DI DALAM BIDANG PETERNAKAN BURUNG WALIT


Salam hormat,

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ILAHI, akhirnya FELDA secara terus terang dijangkakan akan melibatkan diri di dalam bidang peternakan burung walit. Kalau kita lihat secara dekat memang telah ramai juga di kalangan peserta rancangan tanah persekutuan ini telah pun melibatkan diri di dalam bidang usaha ini. Ada yang berjaya dan ada juga yang belum berjaya. Bagi saya pengalaman mereka ini amat berharga bagi membantu FELDA mereliasasikan hasrat tersebut.

Hasrat ini diluahkan sendiri oleh Pengarah Besar FELDA, Ybhg Dato Dr Othman Omar dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 25hb Februari, 2019 baru-baru ini.


                                            Berita Harian 25hb Februari, 2019





Seterusnya saya juga berharap JPV telah bersedia untuk membantu dan memacu industri ini ke tahap yang diharapkan. Pihak JPV juga boleh mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak yang mereka sendiri boleh tauliahkan sebagai orang yang berkemampuan untuk membantu di dalam proses pembangunan industri ini nanti.

Jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab terlibat, kebimbangan saya usaha ini akan tercemar dan menampakkan banyak kegagalan sebenarnya di dalam bidangusaha ini. Memang tidak dinafikan dan kita semua ketahui, sebilangan besar RBW yang telah dibena sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Saya percaya jika rumah-rumah tersebut dibangunan mengikut pakarnya dan mereka yang amat berpengalaman di dalam bidang ini, saya percaya ia dapat di kecilkan saiz kegagalannya.

Pada penulisan saya di dalam blog ini ( bulan Disember, 2018) telah menunjukkan dengan jelas pengalaman peserta FELDA bahawa peternakan burung walit memang mampu, setelah beberapa tahun beroperasi, memberikan pendapatan paling tinggi berbanding dengan perladangan sawit.

Dengan pendapatan sedemikian, saya yakin ramai para peserta rancangan tanah ini tidak akan berhutang dan juga ramai yang mampu mebayar balik hutang mereka. Masaalah yang dihadapi oleh FELDA hari ini (menurut akhbar tersebur) adalah masalah ketiadan tunai untuk menenruskan operasi mereka dan ini berpunca daripada hutang yang dibuat oleh para peserta sendiri sekian lama.

Ekoran daripada usaha untuk menambah pendapatan ini, saya berharap Pengarah Besar FELDA akan mengeluarkan satu kenyataan dasar kepaada semua pengurus di semua rancangan tanah bagi membolehkan mereka mengorak langkah untuk mereliasasikan hasrat yang baik ini.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd sharun (DVM, MAgrS).