Monday, February 25, 2019

PEWALIT MISTI JAGA KESIHATAN DIRI MASING-MASING


Salam sejahtera,


Kali ini saya ingin mengajak semua pewalit…moh kite jaga kesihatan..

RBW satu-satunya perkara yang kita semua selalu buat pemantauan. Buatlah pemantauan yang sama tehadap kesihatan diri masing-masing. Tidak ada maknanya jika kita ada banyak wang tetapai badan serta minda tidak sihat.

Seperti yang tuan-tuan sedia maklum penting sekali anda memantau kandungan gula di dalam darah masing-masing secara berkala. Jika bacaan gula di dalam darah anda, dalam keadaan berpuasa, melebihi 7 mMol/Liter, eloklah segera mendapat nasehat para doktor masing-masing. Seterusnya juga amat mustahak memastikan tekanan darah kita dalam lingkungan 120/80. Bila umur para pewalit meningkat, misalnya apabila melebihi 55 tahun tekanan darah juga akan meningkat. Sesuailah dalam keadaan tersebut kita semua mendapatkan nasehat doktor masing-masing.

SBW memang sesuatu hasil yang mahal. Bagi saya KESIHATAN diri kita jauh lebih mahal daripada itu untuk kita abaikan.

Saya turut mengajak anda supaya senantiasa perhatikan apa yang kita makan. Kurangkan produk-produk makanan yang mengandungi garam yang tinggi. Kuarngkan makan makanan yang mengandungi daging merah (red meat). Banyakkan memakan sayuran, buah-buahan dan meminum air. Bila hasil walit banyak di perolehi, laburkan sedikit kepada diri tuanya dengan membeli bahan makanan yang berkhasiat.

Mengamalkan memakan makanan tambahan (supplement) juga sesuai dilakukan. Jangan lupa memakan SBW atau produknya dari masa ke semasa. Heran saya kenapa para pewalit tidak memakan makanan yang hebat ini. Ayuh…apa lagi.

Akhir sekali saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan senaman atau exsersis. Jadikan ia sebagai amalan harian kita jika boleh dan sesuai. Kita digalakkan setiap hari berjalan sejauh 10,000 langkah. Susah? Tiada masa? Pengalaman saya tidaklah sesuah sebelum melakukannya.

Saya beli dan menggunakan alat pemantaau jumlah langkah saya setiap hari. Lihat gambar-gambar berikut.





Jumlah langkah saya sehingga jam 12.10 tgh hari ialah 5,889 langkah



                                   Jenama alat yang saya pakai





Kini di zaman teknologi yang canggih ini pelbagai peralatan ada bagi tujuan pemanatauan ini. Talifon bimbit anda juga beruapaya melakakukan pemantauan tersebut.

Apa yang saya telah lalakukan dan in-sha-Allah akan menjadi gaya hidup saya, iaitu setiap pagi saya akan berjalan kakai selama kira-kira 55 minit. Dalam tempoh masa tersebut sahaja, setelah menggunakan alatan tadi, saya telah merekodkan jumlah 5,500 langkah (minimum). Setengah daripada sasaran telah dicapai. Kira-kira jam 11.00 pagi hingga ke jam 1.00 tengah hari saya buat kerja-kerja kebun (yang ringan-ringan sahaja). Kerja-kerja ini saya ulangi sekalai lagi selpas jam 5.00 petang. Mengikut pengalaman saya semua ini telah merekaodkan jumlah langkah sehari melebihi 10,000.

Para pewalit juga saya mengajak anda semua supaya berusaha mencapai tahap 10,000 langkah ini setiap hari. Lakukan ia secara bertahap, perlahan, perlahan…sehinggalah anda sapai ketahap AKTIF sepanjang hari. Jika jumlah langkah anda sehari kurang daripada 5,000, saya mengangkap anda KURANG AKTIF. Keadaan yang kurang aktif ini , bila berterusan, boleh menimbulkan perlbagai masaaalah kesihatan akhirnya. Ini penting sekali untuk difikirkan oleh semua pewalit yang telah melewati umur 55 tahun!

Alat yang saya gunakan itu tidaklah semahal sekilogram SBW. Beli sacara online hanya berharga RM120.00 saahaja.

Ayuh..mari kita lebih AKTIF setiap hari para pewait semua.



Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Tuesday, January 29, 2019

KURSUS ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT SECARA DIGITAL DAN ON-LINE


Salam hormat,


Di tahun-tahun sebelum ini, saya kerap juga didatangi peminat industri peternakan burung walit melalui WhatsApp. Pertanyaan yang sering ditanyakan kepada saya ialah “ Dr. Bila lagi nak di adakan kursus peternakan burung walit?”

Sukar saya hendak menjawabnya. Anda semua tahu untuk mengadakan kursus Asas Peternakan Burung Walit ini memerlukan satu jumlah penyertaan yang sesuai, baharulah boleh dianjurkan. Bila saya buat bancaian mengenainya tidaklah begitu ramai yang menyatakan minat untuk menyertainya pada satu-satu masa.

Bagi memenuhi permintaan kes-kes terpencil ini, saya telah berusaha menyediakan satu pakej pembelajaran berkaitan Asas Peternakan Burung Walit ini dalam bentuk video (mp4). Sebanyak 8 Modul kursus telah disediakan yang merangkumi aspek-aspek seperti di dalam promo page berikut.





Sebagai tambahan kepada 8 modul tersebut, saya juga menyertakan secara PERCUMA 3 rakaman lagu/suara burung walit ( suara/lagu luar RBW, suara/lagu dalam RBW dan suara/lagu untuk ujian kesesuaian tapak pembinaan RBW) DAN satu video lawatan ke sebuah RBW.

Saya belum dapat menyediakan kursus ini secara on-line sepenuhnya buat masa kini. Bagi membolehkan rakan-rakan kita segera mengikuti kursus asas ini, saya akan menghantar (PERCUMA) ke semua kandungan pakej yang telah saya nyatakan tersebut melalui satu pen drive (16GB). Apabila anda membukan pen drive ini nanti akan terdapat folder-folder seperti di rajah berikut.





Bukalah folder-folder tersebut dan teruskan pembelajaran anda. Apa yang anda akan dapat daripada modul-modul ini adalah SAMA dengan kursus Asas Peternakan Burung Walit yang telah saya anjurkan selama ini untuk kursus sehari.

HARGA PAKEJ ini ialah RM 250.00 sahaja. Sesiapa yang berminat dan juga sebarang pertanyaan boleh WhatsApp saya di 016-922 7341.

Pakej ini juga amat sesuai bagi mereka yang tingal juah di pendalaman (Sabah, Sarawak dan Semenanjung) dan sukar untuk ke lokasi kursus yang terdekat atau pun kesempitan masa untuk hadir di kursus-kursus berkaitan.

Bagi mereka-mereka yang telah menghadairi kursus ini daripada pihak lain juga sesuai menjadikan pakej ini sebagai tambahan ilmu dan koleksi “buku” anda dalam bidang berkaitan.




Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).

Thursday, December 20, 2018

KHAS UNTUK PESERTA RANCANGAN TANAH FELDA


Salam hormat,


Tahun 2018 akan menutup tirainya tidak berapa lama lagi. Khususnya bagi peserta rancangan tanah FELDA saya ingin bertanya, di sepanjang tahun 2018 ( yang Allah telah kurniakan kepada kita semua ) apakan bidang atau bidang-bidang yang telah mengerakkan tahap ekonomi masing-masing ke hadapan?

Tak boleh nak jawab, tak pengapa.

Saya ingin mengajak saudara-saudari semua memikirkan semula potensi bidang usaha peternakan burung walit. Peserta rancangan tanak FELDA berkongsi pengalamannya (dan juga beberapa rakan yang lain ) di sepanjang tahun 2018 ini bersama saya baharu-baharu ini. Berikut adalah kenyataan mereka berkaitan pulangan bidang usaha:-


    14 ekar perladangan sawit memberikan :    RM 50,000.00

    Peternakan burung walit                       :    RM 90,000.00

    Peternakan lembu pedaging                  :    RM 60,000.00


Saiz RBW yang dimaksudkan di atas ialah 20’X60’ dan setingkat. Manakala peternakan lembu pedaging pula berasaskan 100 ekor (purata).


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM,MAgrS).

Tuesday, November 27, 2018

MEMIKAT WALIT MUDA: SUDUT-SUDUT TEMPAT BERSARANG DIPERLUKAN


Salam hormat,


Kita semua mengetahui bahawa walit muda, yang tidak lagi mampu menghasilkan banyak rembesan untuk membena sarang, memerlukan sudut-sudut yang dibena melalui kekotak tempat bersarang bagi menempatkan sarang pertamanya. Lihat gambar berikut.



                               Wali muda buat sarang di sudut-sudut


Jika kita sengaja membena kawasan yang disediakan untuk walit membuat sarang dengan mempunyai sudut yang sedikit, maka keadaan ini tidak akan menarik ramai walit muda untuk memasuki dan menduduki rumah walit yang dibena. Setelah setahun beroperasi kita saksikan amat kurang walit yang mendiami rumah berkenaan. Gambar berikut.


              
                              Papan sirip membujur fly path walit


Kedaan menjadi lebih tidak condusif kepada walit muda untuk mendiami rumah sebegini, apabila jajaran sirip membujur kepada fly path walit. Jika papan sirip dipasang melintang fly path walit, kemungkinan kedaan tidaklah begitu tidak sesuai. Tetapi sudut-sudut yang diperlukan oleh walit muda masih terlalu sedikit.

Bagi RBW yang baharu, saya masih mencadangkan supaya papan sirip di pasang melintang arah terbang walit dan mempunyai banyak kekotak dan sudut untuk memikat walit muda.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, November 7, 2018

SERANGGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU MEMIKAT WALIT MUDA KE RBW YANG BAHARU


Salam hormat,


Satu ketika dahulu saya teringat seorang rakan saya yang baharu mendirikan sebuah RBW, telah menggunakan kaedah ini, di sampaing pemasangan lagu luar (lagu pemikat) yang sesuai, untuk menarik minat burung walit muda datang dan seterusnya mendiami rumah tersebut.

Beliau menyediakan satu lantai ( platform ) kecil di hadapan pintu masuk ke RBWnya, seperti gambar berikut.


                                  Gambar 1: Platform di depan pintu masuk walit


Beliau meletakkan seberapa banyak hirisan nenas, yang mana setelah mulai reput nanti akan membiakkan serangga. Serangga inilah merupakan tarikan tambahan selain daripada suara luar yang sesuai. Lihat gambar berikut.


                     Gambar 2 : Sisa nenas di letakkan di atas platform


Hari ini RBW beliau telah berjaya dan berhasil. Ikhtiar sebegini mungkin sesuai difikirkan bagi RBW baharu dan yang masih bermasaalah sehingga ke hari ini.


Sekian, selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Tuesday, October 16, 2018

JAJARAN BANGUNAN RUMAH BURUNG WALIT MEMPENGARUHI SUHU DAN KELEMBAPAN DI DALAMNYA

Salam hormat,



Selain daripada paip pengudaraan, jajaran RBW boleh mempengaruhi suhu dan seterusnya kelembapan di dalamnya.

Saya mencadangkan, bagi mereka yang akan mendirikan sebuah RBW yang berdiri sendirian, lebih baik jika jajaran bangunan benar-benar mengikut arah Timur-Barat. Gunakan kompas bagi tujuan ini.

Jika jajaran RBW benar-benar mengikut Timur-Barat, maka kita akan dapati hanya dua permukaan RBW sahaja yang terkena sinaran mataharai selain daripada bumbung bangunan. Dinding arah timur dan arah barat, semasa matahari turun, akan terkena sinaran. Dengan membuat sesuatu penambahan atau penambahbaikan di kedua permukan ini, suhu di dalam bangunan akan lebih rendah dan terkawal.


                             Gambar 1: Jajaran tepat Timur-Barat


Perubahan sedikit daripada ketepatan jajaran Timur-Barat ini akan meluaskan permukaan bangunan yang terkena sinaran matahari, yang sedang naik dan semasa matahari sedang turun. Lihat gambar berikut.



                  Gambar 2: Jajaran bangunan kurang tepat Timur-Barat


Jika jajaran tepat, hanya permukaan di kawasan dalam garisan putus-putus berwarna hitam ( Timur) dan permukaan yang sama di sebelah barat terkena sinaran matahari. Perubahan daripada jajaran ini telah menambah permukaan dalam garisan putus-putus berwarna merah turut terkena sinaran matahari ketika matahari naik. Demikan juga disebelah petang di permukan di sebelah Barat. Bermakna lebih luas permukaan bangunan terkena sinaran. Akibahnya suhu di dalam RBW ini agak tinggi. Bagi kes di atas bacaan suhu pada jam 9.30 pagi ialah 31 darjah selsius.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, August 22, 2018

KUCHING BOLEH MEMBANTU MENGAWAL MUSUH DI RUMAH BURUNG WALIT



Salam hormat,


Salah satu musuh utama yang terdapat di sesebuah RBW ialah tikus. Masaalah boleh menjadi serius terutamanya apabila kedudukan RBW tersebut berhampiran dengan kebun atau hutan belukar. Masaalah ini boleh ditambah rumitkan lagi apabila sesebuah RBW itu tidak menggunakan longkang berair atau kolam di sekeliling RBW berkenaan.

Satu penyelesaian yang agak mudah dan berkesan ialah dengan memelihara beberapa ekor kucing di premis atau berdekatan dengan premis walit.





Bagi pengusaha yang memelihara kucing di premis walit, salah satu aktiviti tambahan pengurusan ialah, setiap harai atau selang dua hari sekali, kena pastikan kucing ini sehat dan senantiasa ada bekalan makanan dan air minuman yang bersih di sangkarnya.





Sekian,





Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).