Friday, September 30, 2016

SATU LAGI CONTOH RBW YANG BERMASAALAH

Salam hormat,

Pada bulan Ogos lepas saya diminta untuk menjalankan penilaian dan membuat cadangan penambahbaikan terhadap sebuah RBW yang sekian lama tidak berhasil, di Negeri Pahang. Berikut saya kongsikan penemuan-penemuan serta cadangan penambahbaikan saya terhadap RBW ini. Ikuti Laporan Pemeriksaan RBW berikut (sama seperi Laporan yang telah saya kemukakan kepada pemilik RBW ini).


                                    LAPORAN PEMERIKSAAN RBW

TARIKH LAWATAN: 30.08.16
PEMILIK : Tuan Hj Rosli

WAKTU PEMERIKSAAN: 1.15 - 2.30 Ptg
KEADAAN CUACA : Mendung

SAIZ BANGUNAN : 20' x 60' DAN 2 Tingkat
JAJARAN BANGUNAN : Timur-Barat
UMUR PREMIS : 4 Tahun



                                 RBW Yang Di Maksudkan
SARANG

Ada beberapa sarang sahaja dditingkat atas dan bawah serta kelihatan sudah lama (kering, kekuningan dan ada yang berlapis ). Hampir tiada sarang baru.

KESESUAIAN LOKASI

Sesuai. Waktu lawatan sekitaran 20 ekor walit berlegar dan masuk-keluar bangunan melalui lubang terjun. Ujian tapak diperingkat awal pembinaan juga menunjukkan sesuai untuk didirikan rumah walit.

ENVIRONMENT DALAM BANGUNAN

Tingkat Bawah;

1. Miasmata walit: Tiada,
2. Suhu dalam bangunan : 29 darjah celsius,
3. Susu 4 dinding dan siling : Antara 26.6 - 27.9 Celsius,
4. Kelembapan : Tidak diukur,
5. Kegelapan : tidak diukur, (daripada pengalaman ) saya anggap terang sedikit,

Ringkat Atas;

1. Miasmata walit: Tiada,
2. Suhu dalam bangunan : 29 darjah celsius,
3. Suhu 4 dinding dan siling: 26.8 - 27.6 Celsius,
4. Kelembapan: Tidak diukur,
5. Kegelapan: tidak diukur, (daripada pengalaman ) saya anggap agak terang.

RUANG BERSARANG (NESYTING AREA )

1. Sekitaran 90% sudut tepat, tempat bersarang di kedua tingkat. Kira 10% sahaja papansudut digunakan.
2. Jumlah pemikat walit (sarang tiruan daripada polystreen), pada hemat saya amat sedikit digunakan di kedua-dua tingkat.



                                  Sedikit Sangat Sarang Tiruan


SISTEM SUARA DAN AUDIO

1. Power Amps: Hanya 3 buah digunakan, 2 buah untuk suara dalam dan satu untuk suara luar. Dua PA untuk suara dalam digunakan secara bergilir,
2. Pendawaian Lagu Luar: OK,
3. Suara Dalam yang sedia ada: Kurang kuat,
4. Di anggarkan 700 kaki persegi kawasan nesting di tingkat bawah tiada suara (tweeter rosak/ masaalah pendawaaian),
5. Dianggarkan seluas 200 kaki persegi kawasan nesting di tingkat atas tiada suara ( tweeter rosak/masaalah pendawaian ),
6. Tweeter : Jumlah di kedua-dua tingkat mencukupi,
7. Lagu Dalam: Tidak sesuai, dan seperti satu suara luar juga,
8. Suara Luar: OK


GANGGUAN  & MUSUH

1. Excreta ( tinja) burung hantu (BH) kelihatan dibeberapa lokasi di tingkat bawah, tingkat atas dan dalam rooving area,
2. Satu keping polystreen yang digunakan sebagai sarang tiruan di tingkat bawah kelihatan di makan musuh walit. Tekaan saya dimakan lipas, walau pun saya cuba cari tanda, kesan dan lipas tidak kelihatan.


            TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH PEMILIK RBW


1. Cegah BH Daripada Memasuki Bangunan.

    Gangguan BH adalah merupakan masaalah utama RBW ini. Adalah dicadangkan pemilik memasang perangkap BH,seperti yang telah ditunjukkan contoh alat dan cara mengendalikannya. Turut dicadangkan lokasi yang sesuai untuk ditempatkan perengkap berkenaan. Sambungan paip pengudaraan yang terdapat dalam dan disebelahan bilik terjun perlu dibuang. Tutup lubang tersebut dengan menggunakan penutup yang sesuai.





    Laian-lain tempat di dalam RBW di mana BH boleh bertenggek perlu dibuat sesuatu, supaya ia tidak lagi digemari BH.

    Ini juga bermakna tuan kena datang secara berkala (misalnya setiap 3 hari sekali) untuk melihat kesan pemasangan perangkap itu tadi dan lain-lain perkara yang beroperasi di dalam RBW ini.


2. Ujudkan miasmata( aroma ) gua di dalam RBW

    Ketiadaan bau seperti di dalam gua dimana walit tinggal, merupakan kecacatan mikro-environment yang ketara di dalam RBW ini. Saya mencadangkan di setiap tingkat sebanyak 2 kekotak (4' x 5' , misalnya) yang diisi dengan tinja walit di tempat yang telah dicadangkan. isikan ke dalam kekotak-kekotak ini sebanyak 2 guni tinja walit atau yang bersesuaian. Letakkan antaranya dengan jarak yang sesuai ( atau seperti yang telah ditunjukkan). Pengoperasiannya, selang 3 hari amat digalakkan supaya tompok tinja ini dilembapkan dengan itu nanti aroma gua akan terus wujud di dalam RVW ini.






                                        Kekotak Tinja Walit


Dapatkan tinja walit daripada pengusaha RBW yang berhampiran atau daripada pemilik RBW lain yang sesuai.

Setelah beberapa lama nanti aroma akan hiang walau pun dilembapkan. Pada ketika itu perlulah dibuat topping-up atau ditambah dengan tinja yang baru.


3. Pastikan kelembapan dalam RBW senantiasa tinggi.

    Gunakan 2 pengabut udara di setiap lantai.  Letakkan pengabut tersebut pada kedudukan yang sesuai (seperti yang telah ditunjukkan) supaya semua nesting area mendapat kelembapan yang dikehendaki. Digalakkan supaya pengabut udara ini diletakkan di bawah meja, supaya tidak memberikan kesan tumpuan kelembapan pada sirip di atasnya sehingga boleh menimbulkan kulat pada papan sirip. Saya mencadangkan supaya pengabut udara ini berfungsi antara jam 12.00 tengah hari hingga ke jam 3 .00 petang sahaja. Dari masa ke semasa kira jam 3.00 petang pantau kelembapan di dalam RBW. Jika kelembapan melebihi 80%, teruskan setting berkenaan. Adjustlah seting ini supaya peralatan ini dapat meningkatkan kelembapan sepanjang masa di dalam RBW.




    Sistem yang saya cadangkan memerlukan pendawaian semula letrik ke lokasi-lokasi di mana alat-alat tersebut akan ditempatkan.

    Selain daripada itu dicadangkan juga satu tangki air serta bekalan luar digunakan bagi memastikan alat berfungsi sepanjang masa, terutamanya apabila bekalan air terputus.

    Sebagai alternatif, tetapi memerlukan guna tenaga yang banyak,ialah dengan cara melembapkan lantai di dalam RBW secara manual. Usaha ini boleh dibuat selang 2 ke 3 hari sekali. bagi lantai tingkat satu, pastikan lantai berkenaan sesuai dibasahkan dabn tidak bocor ke tingkat bawah.


4. Ganti/re-wiring Tweeter yang telah rosak/tidak berbunyi


  Kesemua tweeter yang tidak berfingsi diganti dengan yang baru. Semak semula kekeuatan PA yang digunakan. Kemungkinan PA kurang upaya untuk membawa suara ke tweeter-tweeter berkenaan.


5. Perbetulkan susra (lagu) dalam.

   Mengikut pengalaman saya, suara dalam yang digunakan sekarang lurang sesuai, lebih mirip kepada suara luar. Dapatkan daripada rakan-rakan lain atau diperolehi daripada mana-mana perunding yang diyakini satu suara dalam yang baru.

   Suara dalam perlu kuat, sekitaran 62dB atau bila kita dengar hampir sakit telinga.


6. Tingkatkan usaha memikat walit untuk tinggal di dalam RBW

    Perbanyakkan sedikit lagi sarang tiruan yang digunakan di setiap lantai.



                         Contoh Sarang Tirun Yang Boleh Digunakan

Setelah kesemua pembetulan ini dibuat, kira jumlah sarang yang ada atau jumlah tompok tinja walit yang ada. Berikan tempoh selama 8 bulan berikutnya. Kemudian pantau perkembangan ke dua-dua petunjuk tersebut bagi menentukan keberkesanan usaha penambahbaikan ini.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, August 19, 2016

MAKLUMAT RFID BOLEH JEJASKAN INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALIT


Salam Hormat,

Dalam satu sessi perbincangan dengan beberapa pengusaha peternakan burung walit baru-baru ini, saya dikejutkan dengan paparan maklumat premis burung walit yang berdaftar dengan JPV. Identiti pemilik dan premis boleh dimuat-turun melalui Google dengan mudah. Lihat contoh berikut.



                                      Contoh Maklumat Yg Di Muat-Turun

Kebimbangan saya di antaranya:-

1. Dengan tersebarnya paparan seperti ini, pengusaha baru akan berfikir banyak kali untuk bekerja sama dengan JPV untuk pendaftaran dan pemasangan RFID di premis mereka,

2. Keselamatan premis walit menjadi tidak terjamin. Pihak yang hendak mencuri sarang walit dengan mudah boleh mengetahui di lokasi-lokasi mana RBW terdapat hanya dengan mengaksesnya melalui google sahaja,

3. Pendedahan maklumat ini, pengusaha industri akan terdedah kepada elemen-elemen negatif lain yang tidak menjurus kepada pembangunan positif industri,

4. Dengan pendedahan ini, pihak JPV boleh dianggap tidak peka dan sensitif kepada rahsia perniagaan dan bidangusaha ( seperti no akauan bank) yang selalunya di jaga dan dilindungi

Jika berlaku sesuatu kecurian terhadap sesebuah premis walit yang produktif, jika pemilik premis membawa kes ini ke Mahkamah dan menuntut ganti rugi dengan pihak JPV/Kerajaan, kemungkinan sukar bagi JPV untuk mempertahankannya.

5. Implikasi politik boleh berlaku berpunca daripada kebocoran maklumat ini.


Gesaan saya kepada pihak berwajib, kaji semula perkara ini. Pastikan maklumat pemilik bidangusaha tidak boleh diakses atau dihadkan maklumat yang boleh dilihat kepada tahap minima sahaja.

Saya juga berpendapat iatu pemasangan alat RFID setakat hari ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada kemajuan industri dan para pengusaha


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, August 15, 2016

SATU LAGI RBW YANG UNIK DAN BERPRESTASI TINGGI


Salam hormat,

Paparan kali ini melibatkan sebuah RBW milik Bumiputra, pada penilaian saya amat unik dan perlu diberikan perhatian atau perbandingan, khususnya bagi RBW yang bermasaalah.

Berikut saya tunjukkan kedudukan atau prespektif view RBW yang saya maksudkan.


                                      Kedudukan RBW

RBW ini sepatutnya menjadi sebuah rumah kediaman milik En D, anak kepada ibu-bapa yang rumah disebelah kiri dan berdepan dengan jalan raya. Untuk lebih jelas, saya sempat merakamkan gambar berikut.



                                  Lubang Masuk Walit (Anak Panah)

Semasa En D hendak menyaipan rumahnya yang berukuran 30' X 32' (sekarang menjadi RBW), pada ketika itu beliau menyaipan bilik ( di mana pintu masuk walit di tempatkan) sambil memainkan lagu (suara) burung walit yang dipinjam daripada seorang rakannya. Beliau dapati burung walit datang dan berlegar di dalam bilik yang mana tingkap nakonya belum siap. Akhirnya En D merubah fikiran dan terus membangunkan bilik tersebut dan dua bilik lagi untuk menjadi sebahagian daripada RBW beliau.


                        Lubang Masuk Walit Dan Lubang Pengudaraan

Saiz lubang masuk walit, yang dicat hitam, ialah 1' X 1.5' sahaja dan hanya menggunakan satu speaker (tweeter) untuk suara luar (lihat gambar di atas).
Kekuatan suara pada jarak 15 kaki dari lubang masuk hanyalah 27 -28dB. Pada lawatan pertama saya suara luar hanya boleh didengar apabila berdiri betul-betul di depan lubang masuk walit. Hebat burung walit ni..masih boleh dengar suara luar yang begitu perlahan.

Suara luar yang terlalu perlahan ini pun boleh memikat walit. Itu sebabnya saya mengatakan walit ada kekuatan deria pendengaran, terutamanya dalam mengesan serangga yang menjadi makanaannya semasa terbang di udara. Perlu alat seperti bazoka? Perhatikan tweeter yang digunakan untuk suara luar. Fikirkan...

Pemeriksaan saya juga mendapati lubang masuk walit ini menghala ke selatan. Jika anda menggunakan kompas bacaan arah lubang masuk walit ialah 150 darjah, atau Selatan 30 darjah ke timur. Ini juga bermakna jajaran bangunan hampir tepat TIMUR-BARAT.

Tatacara dan perkakasan di dalam bilik-bilik walit ini sama seperti RBW yang lain juga. Cuma saya difahamkan, bilik ke tiga menggunakan konsep piramid untuk walit bersarang. Satu pengabut udara digunakan di dalam rumah ini. Aroma walit diwujudkan dengan menggunakan tinja walit sahaja. En D menggunakan 2 power Amp bagi rumah ini, seperti yang di dalam gambar berikut.



                                   Dua Power Amp Di Gunakan


                                   4 Buah Timer Digunakan

Oleh kerana rumah yang sepatutnya didiami oleh keluarga En D telah menjadi rumah walit, beliau dan keluarga hari ini tingal di dalam sebuah kabin, yang ditempatkan bersebelahan rumah ibu-bapanya.



                  Kabin Di mana Keluarga EN D Terus Tinggal

Pada masa lawatan saya terdahulu, masa itu hanya satu bilik sahaja yang siap sebagai RBW, hasil sekitaran 300 gm semusim. Setelah diperbesarkan berperingkat-peringkat kepada 3 bilik kediaman, kini En D menarik nafas lega kerana nilai pendapatan RBW beliau mencecah RM10K semusim. Keseluruhan operasi kini sudah mencapai umur 5 tahun.

Jadinya saya mengajak mereka-mereka yang mempunyai RBW yang bermasaalah, perhati dan fikir-fikirkan apa yang saya ketengahkan kali ini. Moga mendapat ikhtibar, insyaAllah.


Sekian,



Dr Azizol Mohd Sharun


Tuesday, August 2, 2016

LAWATAN PEMERIKSAAN STATUS R.B.W


Salam hormat,

Bagi mereka yang memerlukan dan dalam kesulitan, saya berikan satu package alternatif.




Sekian.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, July 28, 2016

EBNIC 2016


Salam,

Dipanjangkan maklumat EBNIC 2016 untuk makluman semua yang berminat.




Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, July 14, 2016

CECAIR D121 PENCUCI ORGANIK SBW YANG PERTAMA DI DUNIA


Salam hormat,

Saya dipertemukan dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Sdr Wilson dari Petaling Jaya. Beliau dapat menghubungi saya setelah melayari blog ini. Berikutnya satu pertemuan dan perbincangan telah dapat di adakan berkaitan produk D121. Beliau telah menerangkan dengan panjang lebar perkara ini, khususnya bagaiman produk ini boleh membantu industri SBW dan para pengusaha RBW amnya.




Proses menggunakan bahan ini untuk membersihkan SBW adalah seperti yang saya gariskan di dalam slide di atas.

Berpandukan pengalaman mencuci SBW dengan menggunakan teknik sedia ada, kaedah terbaru ini (menggunakan D121) nampaknya lebih mudah dan cepat. Dengan teknik lama, seorang pencuci SBW hanya mampu mencuci sehingga 5 keping sarang sehari. Tetapi dengan menggunakan kaedah terbaru ini, saya yakin pencuci berkenaan mampu mencuci 2 ke 3 kali ganda jumlah sarang dalam tempoh yang sama.

Bermakna penggunaan bahan D121 ini produktiviti pencuci SBW boleh ditingkatkan tanpa menggunakan kos yang tinggi. Ini juga bererti syarikat yang mnemproses SBW tidak perlu mengaji jumlah pekerja asing yang ramai pada satu-satu masa.

Di peringkat pengusaha pula, dengan menjalankan kegiatan mencuci SBW yang terlalu kotor, kualiti sarang berkenaan dapat di pertingkatkan. Misalnya, sekeping sarang berbentuk dan saiz gred A tetapi kerana terlalu kotor ia jatuh ke gred C. Mencuci sarang berkenaan dengan menggunakan cecair D121, ia boleh menaikan semula gred sarang tersebut ke gred A. Dengan sedikit usaha tambahan ini dan dengan tidak memerlukan kos yang tinggi, para pengusaha RBW mampu meningkatkan lagi pendapatan masing-masing.

Mungkin untuk lebih meyakinkan, saya dan Sdr Wilson perlu melakukan beberapa program demonstrasi mencuci SBW dengan menggunakan cecair D121 ini di beberapa lokasi di masa yang akan datang. Di amasa yang sama costing mencuci SBW dan kadar kenaikan produktiviti juga boleh dianalisa pada bengkel berkenaan. InsyaAllah.


Sekian,


Dr azizol bin Mohd Sharun


Monday, July 4, 2016

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Salam sejahtera,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, serta maaf zahir dan batin.




Sukacita saya sampaikan satu kenyataan yang diberikan kepada saya oleh ahli Persatuan Walit Bumiputra Terengganu bahawa harga sarang walit gred A dijangka akan terus meningkat dan boleh mencecah RM4,000/Kg menjelang hujung tahun ini.

Bagi mereka yang mengadakan perjalanan jauh sempena HRaya, rancang perjalanan anda. Pastikan kereta anda telah diservis. Pastikan tayar pengganti (spare ) diisi angin secukupnya. Jangan lupa supaya anda mendapat tidur secukupnya, sebelum perjalanan dibuat. Moga selamat sampai ke distinasi.

Mari kita tunaikan zakat fitrah sebelum berhari raya, jangan lupa tu..

Bila beraya tu, jangan banyak sangat memakan daging atau makanan berdaging dan juga minuman yang bergas. Kurangkan gula dalam semua makanan dan minuman. Makanlah setakat anda masih rasa selesa. Mari kita sama-sama elakkan pembaziran.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun