Tuesday, May 31, 2016

SEBUAH RBW YANG BERPRESTASI RENDAH SERTA BEBERAPA KELEMAHANNYA


Salam hormat,

Saya berkesempatan meninjau sebuah RBW yang berprestasi rendah di Pahang, milik En B (Memadai dengan panggilan itu sahaja).

Sejarah RBW ini seperti berikut:-

1. Didirikan kira-kira dalam tahun 2010,
2. Ukuran RBW ini ialah 20' X 30' dan tiga tingkat,
3. Ada kira-kira 5 biji sarang (semasa lawatan).
4. Gambarannya seperti gambar berikut.




                                    RBW En B Di Dalam Dusun Durian

Di antara kelemahan-kelemahan RBW ini, mengikut pengalaman saya, ialah:-

1. Serangan Burung Hantu (BH),
2. Jumlah tweeter yang kurang,
3. Miasmata (aroma RBW) sudah tiada,
4. Lagu luar hanya dipasang di rooving room (RR), pintu masuk ke nesting room, di ke dua-dua lubang antara lantai (LAL),
5. Satu sahaja poweramp untuk suara dalam,
6. Suara dalam tidak kuat bunyinya (ukuran dB tidak dilakukan semasa lwatan)
7. Alat pengabut udara di tiga-tiga lantai tidak berfungsi,
8. Kurangya sudut, disebabkan saiz kotak nesting yang terlalu luas (panjang), 
9. Terdapat chicak di dalam bangunan, dan
10. Di dinding sebelah luar, tidak dilapik dengan kepingan alluminium.

KEKANGAN UTAMA kepada penambahan walit di dalam RBW ini ialah masalah BH. Selain daripada kaedah pencegahannya yang tidak diadakan, ia juga ada kaitan dengan kekerapan pemantuan RBW ini oleh pemiliknya. Masaalah ini perlu diselesaikan dahulu, barulah pembetulan atau penambahbaikan yang lain-lain itu akan memberikan kesan kepada usaha untuk memikat walit-walit muda terutamanya, untuk mendiami RBW ini di masa-masa yang akan datang.

Saya akan huraikan satu persatu perkara di atas, serta cadangan saya untuk penambahbaikannya di halam-halaman berikutnya.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, April 28, 2016

PINDAAN TARIKH TRANSFORMASI MINDA SESSI KE DUA

Salam hormat,

Post sebelum ini saya telah menjadualkan satu program transformasi minda sessi ke dua dijadualkan pada 13hb May, 2016.

Oleh sebab perkara yang tidak dapat saya elakkan, maka pembentangan tersebut di tunda sehari, dan dijadualkan pada tarikh 14hb May,2016. lain-lain tidak berubah. Harap maklum.



Sekian, Terima Kasih.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Thursday, April 21, 2016

CERAMAH PETERNAKAN BURUNG WALIT

Salam sejahtera,

Sebagai usaha saya untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk desa, terutamanya di kampung saya sendiri, program Transformasi Minda siri ke dua akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-





Sessi ini terbuka kepada sesiapa yang berminat, terutamanya yang berdekatan dengan lokasi pembentangan.



Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Tuesday, April 5, 2016

WALIT MUDA MEMANG AKAN BUAT SARANG DISUDUT

Salam hormat,


Dari sudut biologi walit, apabila sesekor walit mencapai tahap kematangan, kira setahun umurmya, akan berkahwin. Perkahwinan hanya berlaku apabila walit betina mempunyai kelebihan tenaga atau dengan lain perkataan apabila makanan cukup dan berlebihan. Setelah berkahwin kedua-dua waalit akan membuat sarang untuk menempatkan telor walit betina tadi.

Jika diperhatikan tulisan saya di atas, faktor penentu sama ada walit akan membuat sarang atau pun tidak hanyalah faktor makanan. Ransangan lain TIDAK akan merubah kedudukan tenaga yang diperiolehi walit, khususnya walit betina. Maknanya ransangan lain, termasuk penggunaan "hormon", tidak akan meransang walit untuk membuat sarang.


                        Bunyi Lagu Yang Diminati Boleh Mempengaruhi


Di rumah walit manakah yang ia pilih untuk membuat sarang pertamanya? Ini akan ditentukan oleh mikrohabitat dan keselamatan yang terdapat di dalam sesebuah rumah walit SERTA kedudukan rumah tersebut (lokasi). Faktor asas penentu kejayaan sesebuah RBW memainkan peranan disini. Simple and straight forward.

Akan tetapi, apabila kesemua keperluan dipenuhi, jangan pula ada gangguan di sudut-sudut sirip dimana walit muda ini hendak mendirikan sarang pertamanya.

Ada satu kes dimana pemilik premis meletakkan kayu bruti di sudut-sudut sirip di dalam premis ini, berkesudahan tiada walit yang menghuni bangunan. Lihat gambar berikut.

                              Perhatikan Kayu Bruti Di Sudut-Sudut


Di satu kes yang lain, memberikan gangguna dalam bentuk penggunaan rantai plastik tidak menghalang walit muda mendirikan sarang pertamanya. Cuma sarang akan pecah dan hancur apabila dituai kelak. Sepatutnya dapat sarang gred C, langsung dapat serpihan sarang atau gred D. Pembelian dan pemasangan rantai juga merupakan kos. Rugilah pengusaha.


                             Rantai Plastik Diletakkan Di Sudut-Sudut


Jika kedudukan rumah tidak strategik, dalam kes di atas, kemungklinan besar walit tidak akan mendiami rumah berkenaan.

Kemungkinan juga si pengusaha beranggapan bahawa dengan berbuat demikian walit muda akan bersarang di bahagian sirip lain dan kualiti sarang boleh meningkat ke gred A. Kita kena ingat dari sudut biologinya walit muda, seperti juga ternakan lain, menghasilkan kuantiti air lior (sarang) yang sedikit pada permulaan bertelor dan akan meningkat mengikut umur ( sejajar dengan umur RBW) dan jumlah kali ia bertelor. Tiada jalan pintas dalam bab ini.




Sekian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, April 2, 2016

eBOOK PENGURUSAN AM RUMAH BURUNG WALIT

Salam hormat,


eBOOK yang bertajuk PENGURUSAN AM RUMAH BURUNG WALIT telah siap untuk dipasarkan kepada sesiapa yang berminat. Versi eBOOK ini adalah mengantikan versi CD sebelum ini. Karangan setebal 85 muka ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya semdiri menguruskan sebuah RBW sehingga kini dan daripada pelbagai sumber lain, termasuk daripada Indonesia dan Selatan Thailand.



Sesuai untuk rujukan mereka yang baru ingin bermula menternak burung walit. Banyak asas-asas perternakan dimuatkan, supaya diperingkat kemudian tidak memerlukan pindaan yang besar atau kos pengubahsuaian yang tinggi dalam usaha menjayakan projek.


Daftar isi buku ini adalah seperti berikut:-




Banyak gambar-gambar digunakan untuk menerangkan aktiviti-aktiviti pengurusan yang perlu dilakukan oleh pemilik RBW untuk berjaya.







Saya turut merakamkan beberapa aktiviti penguruan serta tertibnya untuk panduan para pengusaha, seperti gambar berikut.








eBOOK ini dijual dengan harga RM60.00 (Ringgit Malaysia: Enam puloh sahaja). Sesiapa yang berminat hubungi saya di talian 016-9227341.




Sekian, untuk makluman semua.



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, March 30, 2016

PETANDA WALIT BERMINAT KEPADA LAGU LUAR YANG DIMAINKAN

Salam hormat,

Kita semua mengetahui bahawa faktor lagu pemikat menyumbang kira-kira 20 peratus kepada kejayaan propjek peternakan burung walit. Faktor ini ialah satu-satunya stimulus, kepada walit yang terbang di udara sekitaran RBW yang didirikan, untuk turun dan menghampiri RBW khususnya lubang masuk.

Berapa ramaikah di antara para pemilik RBW yang benar-benar membuat ujian pemilihan lagu luar? Mungkin ramai yang menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada penasehat atau perunding yang membina bangunan. Mungkin ada yang cuba menguji lagu yang sesuai, tetapi tidak ramai. Saya telah membuat sedikit pemerhatian yang agak lama ( berbulan ) mengenai perkara ini.

Memang saya dapati banyak lagu-lagu yang berada di pasaran tidak menarik minat walit, pada lokasi ujian saya. Saya juga dapati lagu luar yang hebat di lokasi lain gagal menarik minat walit di lokasi pemerhatian saya.

Perkara di atas menunjukkan pentingnya para pengusaha membuat penilian sendiri atau bersama penasehat kesesuaian lagu luar di lokasi masing-masing.

Ciri lagu yang sesuai, kita akan dapati banyak walit datang dan berterbangan sekitaran premis ujian. Lagi hebat lagu berkenaan, ada walit yang cuba atau pun hinggap pada tweeter seperti yang saya rakamkan di bawah.




                          Walit Hinggap Di Tweeter ( anak panah )

Kadang-kadang kita perhatikan walit hanya datang di sebelah pagi atau petang sahaja. Bagi lagu yang baik, anda akan perhatikan walit senantiasa ada di sebelah pagi, tengah hari dan petang.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, March 23, 2016

SUHU DINDING DAN SILING RBW YANG PRODUKTIF

Salam hormat,

Sebuah RBW berukuran 20'X40' dan 9' tinggi antara sirip dan lantai, setingkat sahaja, kini telah menghasilkan secara purata 2 Kg SBW mentah sebulan. Kualiti sarang juga dari gred AA atau AB. Umur RBW ini ialah 4 tahun. Saya menganggap RBW ini berjaya.

Berkedudukan dicelah antara dua bangunan kediaman. Lihat gambar-gambar berikut.






Pada kira-kira jam 3 petang, suhu di dalam RBW ini ialah 27 selsius dan kelembapan 78%.  Bacaan ini pada ketika musim panas melampau sekarang. Bagi menunjukkan suhu pada dinding dan siling bangunan saya ketengahkan rajah-rajah berikut.



                                      Lay-Out Bangunan

Berikut pula adalah bacaan suhu pada dinding di beberapa lokasi di dalam bangunan dan suhu siling pada jam 3 petang.



                                     Suhu Bahagian Dinding



                                    Suhu Bahagian Siling

Saya menggunakan alat leaser thermometer bagi tujuan pengukuran suhu dinding dan siling RBW ini. Daripada gambar pertama dan kedua anda sendiri nampak jinis bata yang digunakan. Di atas siling bangunan ini ada diletakkan kepingan polystreen setebal 4". Manakala lubang masuk walit adalah secara terjun melalui lubang sebesar 6'X4'.

RBW ini menggunakan 3 PA, dua untuk suara dalam yang digilir-gilirkan. Miasmata walit yang original digunakan. Tiada pemakaian sebarang "homon" atau "pewangi".

Satu aspek pengurusan RBW ini yang sesuai saya ketengahkan ialah, pengusaha ini akan membasahkan lantai RBW ini setiap 3 hari. Aktiviti ini dibuat selepas tinja walit yang ada dikaut ketepi.


Sekian, untuk renungan anda semua.


Dr Azizol bin Mohd Sharun