Tuesday, April 3, 2012

NEGARA CHINA TARIK BALIK LARANGAN IMPOT SARANG BURUNG WALIT MALAYSIA

TERIMA KASIH KEPADA YAB PERDANA MENTERI


Akhbar Berita Harian, bertarikh 2hb April, 2012 telah melaporkan bahawa negara China telah menarik balik larangan impot sarang walit Malaysia. Surat kelulusan mengenainya telah ada, cuma beberapa perkara yg perlu diperhalusi dan tarikh kuatkuasa belum ditetapkan.Melalui kelulusan tersebut, hanya SBW yang telah dibersihkan sahaja dibenar untuk memasuki negara berkenaan dan kandungan nitrate tidak melebihi 30 ppm. Pengumumman ini dibuat ekoran lawatan YAB ke negara berkenaan pada 01hb April,2012.




Keputusan tersebut memang telah saya jangkakan.


Ekoran keputusan berkenaan, saya menyeru orang Melayu supaya segera mengambil bahagian di dalam industri ini. Ini juga berkaitan dengan kesesuaian tanah-tanah milik orang Melayu yang sememangnya sesuai untuk pembinaan rumah walit.


Tindakan pertama mungkin menghadiri kursus tertentu dan kemudianya mendirikan rumah walit, tidak perlu besar, skala sederhana sudah memadai. Rumah ini jika perlu boleh dibesarkan kemudian. Rumah yang saya maksudkan berharga RM100,000 dan ke bawah.


Apa tunggu lagi..ayuh


Skian.




Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, March 25, 2012

SARANG BURUNG WALIT BEBAS DARIPADA KUMAN HPAI DAN ND

Satu survey terhadap sarang burung walit berwarna putih (A. fuciphagus) dan yang berwarna hitam (A. maximus) telah dilakukan oleh JPV & Industri Ternakan antara tahun 2004 dan 2011 (Jun). Sebanyak 137 contoh telah diambil. Contoh diperolehi daripada empat premis dan dua daripadanya adalah daripada gua. Lokasi persampelan adalah Tawau, Kunak, Sandakan dan Penampang.


Kesemua contoh didapati negatif terhadap kuman H5N1 (HPAI) dan Newcastle Disease.


Sumber: Malaysian Journal Of Veterinary Research, Vol 3, No1 Januari, 2012.

Saturday, March 24, 2012

KESAN AMAL MEMAKAN SARANG BURUNG WALIT SELAMA 40 TAHUN

Cerita lebih lengkap dan terperinci akan saya muatkan kemudian.


Ceritanya begini, pada 21hb March 2012 yang lepas, saya kebetulan pergi melawat Pengkalan Bird Sanctuary  di Alor Gajah, Melaka. Sewaktu sibuk memerhatikan burung-burung yang ada di sanctuary ini datang lah sebuah kembara, dan dipandu oleh seorang Makcik. Biasalahkan kita melihat kembara dipandu oleh seorang Makcik. Beliau ini rupanya saudara kepada tuan rumah (Abg Mat) dari tapak rumahnya kami memerhatikan burung-burung disitu.


Saya, sambil memerhatikan burung-burung disitu, terdengar dia menasehatkan saudaranya supaya memakan sarang burung walit. Mungkin antara ahli keluarga mereka ada yang menghadapi masalah kesihatan agaknya. Setelah mereka selesai, saya pun bertanya kepada Makcik berkenaan, tentang apa yang diperkatanya sebentar tadi.


Secara ringkasnya, beliau telah memakan sarang burung walit ini semenjak tahun 1970 lagi sehingga sekarang. Beliau juga memakan anggur DAN BIJINYA sekali (kenyataan lengkap akan saya dapatkan kemudian). Beliau dalam tempoh tersebut tidak pernah sakit-sakit, sehinggalah ke hari ini. Umur beliau sekarang sudah mencecah 72 tahun.


Rumusan ringkas saya, beliau mendapat sumber protin (protin bernilai biologi yg tinggi daripada sarang burung walit, sarang burung walit mengandungi 30 ke 50% protin), bekalan kalsium yang cukup (sarang burung walit mengandungi kalsium dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam susu ) dan bekalan antioxidant setiap hari daripada biji anggur yang beliau makan. Grape seed extract adalah merupakan pembekal antioxidant yang paling tinggi dan bahan ini ada dijual di pharmacy tempatan. Saya sempat merakamkan beberapa gambar Makcik (nama pun tak sempat nak tanya) tersebut.






Hebatkan Makcik ni....

KURSUS WALIT BULAN INI

MAKLUMAT KURSUS
Kami di AG Walit Training Centre mengadakan kursus asas perusahaan burung walit, setiap bulan. Bagi bulan ini, makluman kursus adalah seperti berikut:-




SATU-SATUNYA TEMPAT BERKURSUS YANG MEMBERI PELUANG KEPADA PESERTANYA MEMASUKI DAN MENGALAMI SENDIRI SUASANA DI DALAM SESEBUAH RUMAH BURUNG WLAIT.


Beberapa siri gambar berikut akan menerangkan lagi maksud di atas, dalam usaha syarikat untuk memberikan kefahaman yang mendalam kepada semua peserta kursus kami.


                                          Sessi Kuliah/Ceramah




                           Lawatan Ke Dalam RBW: Peserta Siap Sedia


                         Lawatan ke dalam RBW: Praktikal sistem Audio


                Lawatan ke dalam RBW: Peserta melihat suasana sebenar


            Lawatan ke dalam RBW: Peserta mengalami suasana sebenar


       Lawatan ke dalam RBW: Peserta melihat dan mengalaminya sendiri


   PRAKTIKAL MEMBUAT PEWANGI RBW.


   PRAKTIKAL PENGURUSAN RBW DAN BAHAN BINAAN.


   PRAKTIKAL MENCUCI SBW


  SESSI LAWATAN KE PROJEK WALIT SEKITAR ALOR GAJAH




Thursday, February 23, 2012

Harga SBW Jatuh Ke Paras Terendah: Apa strategi dan tindakan kita?

EDISI 25.03.12


Komoditi yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa, ada ketikanya harga akan jatuh dan ada ketikanya pula naik. Sebagai contoh, komoditi minyak sawit dan getah asli. Saya percaya SBW juga tidak terkecuali daripada tekanan dan gangguan pasaran, yang mana akhirnya memberikan kesan kepada harga komoditi ini di Malaysia.


Pada tahun 1980, SBW mentah pernah diperdagangkan pada harga RM320.50 sekilogram. Mana kala pada tahun 1990, ia diperdagangkan dengan harga RM900.00 untuk sekilogram.


Apakah kita patut memberhentikan niat kita untuk terlibat dengan bidang usaha walit ini? Jawapan saya TIDAK bahkan inilah masa yang paling sesuai untuk kita memulakan projek rumah walit. Ikuti pendapat saya seterusnya:-


1. Jika masih ada pembeli dan berterusan, pada harga RM1,000 sekilogram, pelaburan untuk pembinaan RBW adalah merupakan satu pelaburan yang baik.


Sebagai contoh: Jika anda membuat pelaburan sebanyak RM100,000.00 untuk sebuah RBW. Rumah ini dianggarkan berskala 20'X40' dan dua tingkat. Pada tahun ke dua, rumah ini mampu menghasilkan sebanyak 1Kg sarang sebulan (bahkan lebih daripada itu). Sebagi pengiraan mudah, dalam SETAHUN anda akan mendapat pulangan sebanyak RM12,000.00. Secara kasarnya kadar pulangan kepada pelaburan anda (ROI) ialah 12% pada tahun ke dua. Pada tahun berikutnya, dengan kadar penghasilan yg sama ROI anda ialah 13.6%. Ada juga tahu penghasilan sarang akan naik dari tahun ke setahun.


Kalau anda perhatikan ROI 12% pun, ASB pun tidak mampu memberikan kadar dividen setinggi itu. Apatah kalau ia meningkat ke tahap 15% pada tahun yg ke 4. Apakah ia maisih tidak menguntungkan?


2. Sebagai perbandingan, barangan apa atau komoditi apa yang boleh memberikan harga setinggi RM1,000 sekilogram, dan tanpa kos? Saya tak nampak...Semalam (23hb.Februari,2012) sebuah kedai China di Kuantan menyatakan kepada saya, kalau gred AB, mereka sangup beli dengan harga RM1,700.00 sekilogram.


3. Jika dahulu, misalnya RBW kita menghasilkan 1 kg mentah (Tahun 2010) dan anda mendapat pendapatan RM4,000.00 sebulan. Pada harga RM1,000.00 sekilogram, untulk mendapat RM4,000.00 sebulan anda perlu ada kira-kira 4 kilogram sarang. Anda masih boleh mendapat RM4,000.00 sebulan apabila umur rumah walit telah mencapai 4 atau lima tahun. Maknanya, anda hanya perlukan masa sahaja, tanpa apa-apa tambahan kos yang baru. Dalam tempoh memberikan masa itu, kebarangkalian harga melonjak naik masih ada.


4. Masa di mana harga SBW rendah, adalah merupakan masa yang paling sesuai untuk kita memulakan projek. Kerana apa?


4.1. Kerana penghasilan SBW akan hanya bermula 2 tahun daripada sekarang. Pada hemat saya 2 tahun terhadapan ini, harga SBW akan pulih beransur-ansur. Ini juga bermakna, apa sahaja harga dalam tempoh ini, tidak akan menjejaskan anda, mungkin kebimbangan anda sahaja.


4.2. Saya telah difahamkan, kejatuhan harga SBW di pasaran pada hari ini, telah memberikan kesan kepada barangan untuk binaan RBW. Misalnya dahulu harga papan sirip Meranti merah (gred A) ialah RM2,800 untuk setan. Sekarang ia telah turun kepada RM 2,400.00 setan. Demikian juga halnya kepada bahan binaan yang lain. Maknanya sekarang kita boleh memperolehi sebuah RBW dengan kos yang lebih murah daripada sebelum ini. Bukan kah ini satu peluang?


4.3. Hasil jualan SBW, sesuai terus dilaburkan dengan membeli emas atau pun menyimpah ke dalam akaun emas di bank-bank tempatan. Pendekatan ini bagi tempoh jangka sederhana dan jangka panjang membolehkan wang kita terus berkembang sama dengan keadaan pasaran sekarang di mana harga sekilo serendah RM1,000.00


5. Pelaburan dengan membina RBW dengan kos sederhana, misalnya RM75,000.00, pada pendapat saya adalah merupakan satu pelaburan yang baik untuk memberikan pasive income (net) RM2,000.00 sebulan.


Fikir-Fikirkan...


Skian.

Sunday, January 15, 2012

PROJEK RUMAH BURUNG WALIT YANG SAYA BERIKAN KHIDMAT RUNDINGCARA

Saya mula memberikan khidmat runding cara dalam pembinaan Rumah Burung Walit (RBW) pada pertengahan tahun 2011, setelah hampir setahun saya bersara daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Khidmat ini mula saya berikan setelah terlibat aktif hampir selama 3 tahun di dalam industri walit dan apa yang lebih penting lagi ialah RBW yang saya bina dan uruskan pada waktu itu telah menampakkan prestasi yang amat memberansangkan.


Semenjak dari tarikh tersebut, saya telah memberikan khidmat rundingcara pembinaan rumah walit yang baru, sebanyak 14 buah projek yang terletak di Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Sebanyak 6 projek ubahsuai dan baikpulih projek walit yang tidak didiami walit yang terletak di Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.


Berikut dipaparkan beberapa projek contoh yang mana saya adalah perunding projek-projek berkenaan.


 
Lokasi: Termerloh (20' x 40') Dua Tingkat

                                       Lokasi: Rembau (30' x 60') Tiga Tingkat

                             Lokasi: Maran ( Rumah Kediaman Yang Diubahsuai)


Sesiapa yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat rundingcara ini, perhatikan kadar khidmat tersebut di dalam paparan berikut, kemudian jika setuju dengan kadar berkenaan , sila hubungi saya.




Saya menunggu sms atau e-mail dari anda.

Saturday, January 7, 2012

KIRA-KIRA 90% PREMIS WALIT SELURUH NEGARA MILIK ORANG CHINA

Kini terdapat kira-kira 70,000 premis walit di seluruh negara.


Statistik tahun 2008, dan berkemungkinan juga sekarang, menunjukkan penglibatan masyarakat Bumiputra dalam bidang usaha ini hanyalah sekitaran 8%. Kenapa demikian? Situasi ini wujud mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, di antaranya ialah:-


1. Masyarakat Bumiputra tidak mendapat maklumat sebenar mengenai industri dan bidang usaha ini,
2. Berkaitan dengan hal yang sama, mereka berkemungkinan juga tidak jelas tentang potensi bidang usaha ini tehadap pendapatan mereka, dan
3. Kemungkinan juga, mereka yang ingin terlibat, tetapi tidak meneruskan niat tersebut disebabkan gambaran, yang dipamirkan oleh orang China, untuk terlibat di dalam sesuatu projek RBW ini memerlukan belanja yanga amat besar, sekitaran RM300,000.00 dan ke atas.


Walhal, YAB Perdana Menteri pada tahun 2009 lagi telah menyatakan bahawa industri burung walit (atau layang-layang gua) ini mampu mengtransformasikan ekonomi Malaysia dan Bumiputra.





Kenapa perkataan Bumiputra digandingkan dengan transformasi ekonomi Malaysia, dalam hal ini? Ini adalah disebabkan majoriti tanah-tanah pertanian dimiliki oleh masyarakat Bumiputra. Kawasan di desa-desa ini adalah merupakan lokasi yang terbaik untuk didirikan rumah walit. Walit memburu makanannya di kawasan perkampungan. Tetapi masih ramai di antara mereka yang memiliki tanah ini masih tidak sedar bahawa mereka berada di lokasi "rezeki daripada langit" terdapat dengan banyak sekali.


Anda semua mungkin masih ingat sejarah industri getah negara. Sungguh pun estet getah yang besar-besar dimiliki oleh orang-orang China, tetapi 70% penghasilan getah negara datangnya daripada para pekebun kecil getah. Kita mamapu mewujudkan situasi yang sama dengan industri sarang burung walit. Jika masyarakat Bumiputra tidak dilibatkan secara besar-besaran, berkemungkinan transformasi ekonomi Malaysia (melalui bidangusaha penghasilan sarang burung walit) mungkin sukar untuk berlaku.


Bagi membantu orang Melayu untuk mendapatkan maklumat serta informasi industri burung walit yang tepat dan terkini, saya mengajak tuan-tuan supaya menyertai mana-mana kursus, sama ada oleh JPV atau pun anjuran syarikat-syarikat lain yang berwibawa dalam industri ini. Syarikat kami yang berpengkalan di Alor Gajah Melaka turut mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan industri ini SETIAP BULAN di sepanjang tahun 2012 ini. Lihat iklan berikut,