Tuesday, May 11, 2021

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI 1 SYAWAL 1442

 Salam Hormat,


Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri serta Maaf Zahir dan Batin, kepada semua yang terlibat dengan industri perwaalitan ini.




Mari kita sama-sama berusaha mengelakkan diri kita serta ahli kelurga daripada dijangkiti penyakit kovid-19. Asingkan diri dan elakkan kita dari bertemu dengan orang yang kita tidak kenali (potensi pembawa kuman kovid-19) di mana jua. Kerap menccuci tangan dengan sabun. Jika terpaksaa keluar, pakaiah face mask yang sepaatutnya dan sebetul mungkin. Jangan alpa. In sha Allah kita dilindungiNYA.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, December 30, 2020

SELAMAT TAHUN BAHARU 2021

 Salam Hormat,


ALHAMDULLILAH dipanjatkan syukur kepada Allah SWT di atas limpahnya maka dapat kita bersama sekali lagi menjelangnya tahun 2021.

Saya seperti mana biasa mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua rakan sewalitan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha baik yang kita semua akan lakukan di sepanjang tahun itu nanti.

Di sepanjang tahun 2020, saya tidak banyak menjalankan aktiviti berkaitan industri peternakan burung walit termasuk berkongsi pengalaman perkara yang sama. Satu daripada punca utama ialah berlakunya pandemik covid-19. Ekoran daripada tindakan kerajaan mengadakan PKP dan bagi mematuhi perintah berkenaan tidak banyak perjalanan yang boleh dibuat.

Namun demikian saya perhatikan ramai rakan-rakan sewalitan terus bergiat di dalam penghasilan SBW ini. Syabas. Saya percaya industri ini tidak akan mundur ke belakang, bahkan terus berkembang berdasarkan beberapa pengamatan yang sempat saya lakukan pada tahun 2020 ini. Pasaran yang terus mantap memastikan industri terus berjalan dengan sihat sepanjang tahun ini.

Pada tahun 2021, In sha Allah saya masih ingin berusaha membantu mereka yang ingin bergiat di dalam bidangusaha ini, untuk menambah pendapatan dan kesejahteraan mereka. Peternakan ini kita ketahui tidak banyak bergantung kepada faktor luaran di dalam usaha menghasilkan SBW, sepertimana bidangusaha pertanian yang lain yang terus tergaggu oleh keadaan pendemik covid-19. In sha Allah.

Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Friday, October 9, 2020

ALAT PEMUNGUT SBW VERSI BAHARU

Salam hormat,


JPV Terengganu telah menganjurkan satu kursus asas peternakan burung walit untuk kakitangannya, yang telah di adakan di Institiut Veterinar Wilayah Timur, Jerangau pada 29 dan 30hb September, 2020.

Dalam sesi lawatan ke premis walit (gambar) yang merupakan Makmal Walit Dr Azizol yang terletak di dalam ladang IVWT, saya telah didedahkan kepada satu alat pemungut sarang walit versi baharu (gambar).

 

                                                           Makmal Walit Dr Azizol

 

                                   Sdr Sharif Menunjukkan Alat Tersebut


Menurut Sdr Sharif (dalam gambar yang memegang alat tersebut) alat ini yang berbeza daripada yang sebelumnya, adalah lebih memudahkan pengmbilan sarang terutamanya apabila kita terpaksa mengutip banyak sarang pada satu-satu masa. Mata depannya yang runcing membantu mempermudah sarang di tanggalkan daripada papan sirip. Bagi menjamin kebersihan, alat ini diperbuat daripada stainless steel. Panjang alat ini adalah kira-kira sekaki.


Sekian,

 

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Thursday, September 3, 2020

ADA PERUBAHAN POSITIF SELEPAS PKP

 Salam hormat,

 

30hb Ogos, 2020: Lendu, Mesjid Tanah Melaka. Sekalai lagi saya dijemput untuk melihat dan membantu memantau perubahan RBW milik seorang rakan lama saya.

 

                                                              RBW Sdr Sastra


Dari sudut sejarahnya, RBW ini telah lama didirikan. Prestasinya tidak memuaskan. Saya telah mencadangkan sedikit perubahan berkaitan kedudukan lubang masuk burung (LMB), yang mana telah dilakukan oleh pemilik premis. Ini menjadikan burung walit masuk ke dalam bangunan cara membelok ke kenan ( clockwise turn ). Kedudukan beberapa tweeter juga telah diubahsuai, mengikit kedudukan LMB yang baharu. Hampir 8 bulan RBW ini tidak dipantau di bahagian dalamnya, sehinggalah ke hari ini.

Semasa mendekati bangunan, saya dapati suara luar RBW ini berbunyi dengan baik. Masuk ke dalam bilik audio, diperhatikan 3 daripada 4  power amps, nampaknya berfungsi. Tetapi apabila masuk ke dalam RBW di tingkat bawah, didapati suara dalam hanya beroperasi di satu lokasi sahaja di tingkat atas. Maknanya ada power amps yang mungkin telah rosak atau sistem pendawaian suara termasuk beberapa tweeter yang turut rosak.

Setelah memantau dikedua tingkat, kami dapati sarang telah banyak bertambah daripada lawatan saya yang akhir. Terdapat di dalam sarang-sarang banyak anak-anak walit pada tahap porcupine stage. Ada juga sarang yang telah kosong dan ditinggalkan. Saya merasakan di tingkat atas, dimana sarang terdapat lebih banyak, suhu agak panas ( saya tidak bawa bersama alat sukat suhu semasa lawatan kali ini ). Jadi kebanyakkan sarang agak kering dan merekah.

Diperhatikan juga banyak cicak di dalam premis, sekitaran papan-papan sirip. Berikutan keadaan ini tidak heranlah kenapa ada terdapat telor-telor walit yang dikuis ibu walit dan jatuh ke lantai.

 

Saya menasehatkan pemilik premis supaya mengambil tindakan-tindakan berikut (susulan lawatan):-

 

1. Pungut semua sayang, selepas beberapa minggu sarang itu nanti akan dikosongkan,

2. Periksa dan bersihkan semua lubang/paip pengudaraan,

3. Buat di luar bangunan, beberapa perangkap cicak,

4. Perbetulkan sistem suara dan ganti Power Amps dan tweeter yang tidak berfungsi.

5. Bersihkan tinja walit yang banyak dibeberapa lokasi, di dalam RBW.

 

Saya yakin, dengan memberikan masa lagi dan dilakukan pemantauwan RBW ini akan beransur pulih dan boleh memberikan pulangan kepada pemiliknya yang sehingga kini terpaksa membayar ansuran pinjaman bank pertanian.

 

Sekian,

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Sunday, July 19, 2020

Tenaga Suria Sebagai Sumber Tenaga Untuk RBW


Salam Hormat,

Beberapa hari sebelum Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada bulan March lepas, saya sempat menghadiri kursus PENGENALAN SISTEM SOLAR FOTOVOLTAN di UNIKL Kampus Gombak. Kursus diadakan selama 2 hari. Sebenarnya saya telah lama sebelum itu mendaftar untuk menjadi peserta kursus. Alhamdullilah, saya selesai menjalani kursus tersebut sehingga tamat. Saya bermalam di Selesa Hills Homes Janda Baik bagi tujuan menghadiri kursus tersebut.


                                                          SIJIL PENYERTAAN

Dalam kumpulan kali ini, nampaknya saya adalah merupakan peserta yang paling veteran menyertainya. Terdapat beberapa perkara juga yang sukar bagi saya untuk memahaminya, almaklumlah saya kurang sedikit dalam bab mathematik ni sejak dulu lagi.


                   Atas bumbung bangunan bergambar dgn peserta lain


Tujuan saya untuk menyertai kursus ini adalah untuk memberikan saya asas kefahaman yang lebih luas mengenai tenaga solar secara amnya dan khususnya bagaimana nanti ia boleh dimunafaatkan untuk memberi tenaga kepada sesebuah RBW, khususnya yang jauh daripada punca bekalan letrik TNB. Sebelum ini RBW yang saya kendalikan di PLV Cermin Kiri Jerangau telah pun mengunakan tenaga solar bagi sistem suara RBW ini. Demikian juga dirumah saya sendiri di kampung telah mula saya lengkapi dengan lampu luar yang menggunakan tenaga solar.


                                                    Mathematik tak berapa pandai


                                                  Praktikal


Jadi, kursus ini adalah merupakan pelengkap dan memantapkan lagi asas kefahaman saya akan penggunaannya di masa-masa yang akan datang.

Saya juga amat menyarankan, terutamanya kepada anak-anak muda supaya menjalani kursus asas ini dan lanjutannya. Tenaga diperbaharui ini adalah merupakan tenaga masa depan dan merupakan peluang perniagaan yang besar yang boleh diceburi. Berkaitan dengan perkara ini juga, saya sedang menjalankan beberapa permerhatian dan penelitian bagaimana keperluan tenaga sesebuah rumah boleh dikurangkan dengan penggunaan tenaga solar dan seterusnya mampu mengurang kos elektrik setiap bulan.


Sekian, fikirkan.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Tuesday, May 19, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI



Salam Hormat dan Selamat Berpuasa,

Di era PKP ini saya tidak dapat secara berterusan berkongsi maklumat atau ilmu dan juga pengalaman berkaaitan bidangusaha dan industri peternaakan burung walit. Halangan pergerakan telah menyulitkan saya ke lapangan untuk mencari bahan yang boleh dikongsi di halaman ini.

Selepas kawalan pergerakan ditamatkan nanti (in sha Allah satu ketika nanti), saya percara beberapa bidang aktiviti bidangusaha ini akan berubah. Misalnya, kursus bidangusaha tidak akan dapat dijalankan sama caranya seperti sebelum PKP. Kemungkinan besar kursus-kursus peternakan burung walit secara online akan di jalankan oleh pihak-pihak yang terlibat. Konsultasi bidangusaha juga mungkin akan beralih ke platform online. Saya sedang melihat bagaimana konsultasi secara online ini boleh saya berikan bagi membantu mereka dan rakan yang memerlukan. Saya akan maklumkan perkembangnya di halaman ini bila sampai ketikanya nanti, in sha Allah.

Melalui media sosial FB baru-baru ini saya dimaklumkan proses jual-beli SBW masih berjalan di sesetengah lokasi. Saya turut dimaklumkan pada sesssi jualan yang terakhir seorang pengusaha memaklumkan beliau dapat harga RM3,150/Kg.

Akhir sekali sempena menjelangnya Hari Raya  yang akan tiba hanya beberapa hari sahaja lagi, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri, serta maaf zahir dan batin jua kepada semua rakan-rakan. Jangan lupa jaga keselamatan diri masing-masing.





Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Saturday, April 11, 2020

COVID-19 : INDUSTRI PETERNAKAN BURUNG WALET TURUT TERJEJAS


Salam sejahtera,


Hampir semua aktiviti ekonomi terhenti di seluruh dunia, termasuk bisnis dan urusniaga SBW. Oleh kerana negara China merupakan penguna utama SBW dunia, kawalan pergeraakan di negara tersebut telah menjejaskan permintaan SBW. Sekarang negera berkenaan telah mula membuka semula aktiviti perniagaan mereka. Sama-sama kita lihat dan sesuaikan rantaian bekalan SBW apabila keadaan dibolehkan kelak.

Aktiviti jual-beli SBW dalam negara turut terhenti seketika. Antara sebabnya para pembeli tidak dapat datang ke lokasi di mana biasanya mereka mengadakan urusan. Ini termasuk juga para pengusaha yang menjual SBW mentah yang biasanya datang merentasi daerah dan negeri tidak dapat bergerak.

Aktiviti pemprossesan SBW di kilang-kilang yang ada di Malaysia turut berhenti. Ia merupakan aktiviti kurang berkepentingan.

Cara urusniaga SBW di Malaysia di masa hadapan turut tidak menentu. Tempoh kawalan pergerakan mungkin akan berpanjangan. Saya berpandangan, berpandukan kepada apa yang berlaku di negara kita dalam usaha mencegah penularan wabak covid-19 ini, usaha kawalan ini tidak akan berhenti dalam tempoh beberapa bulan mendatang. Saya percaya kaedah lama kita berurusniaga mungkin terpaksa diubah, bagi membantu mengurangkan penularan penyakit Covid-19. Mungkin kita terpaksa menjual SBW kepada pembeli secara terus, dan tidak melibatkan ramai orang. Mungkin pihak persatuan-persatuan yang ada perlu memainkan kepimpinan masing-masing dalam merangka satu pelan tindakan, bagaimana kedudukan industri ini dapat di perbaiki dari masa ke semasa di sepanjang usaha pengawalan penyakit ini berjalan.

Pengurusan RBW saya nampak juga turut terjejas, kecuali RBW yang terletak berhampiran dengan kediaman pemiliknya. Namun begitu jika penambahbaikan diperlukan, ia masih tidak dapat dilaksanakan sekaarang. RBW yang diluar kawasan pula, jika pemilik ingin melawatnya, memerlukan permit pergerakan untuk ke lokasi premis. Bagi yang berkenaan, mungkin masa dan kesempatan yang ada dapat memberi peluang kepada pemilik RBW yang kurang produktif selama ini untuk terus memperbaiki keadaan RBW masing-masing supaya penghasilan sarang dapat ditingkatkan. Saya percaya juga RBW yang tidak diselia buat beberapa lama akan timbul masaalah, seperti serangan musuh walit dan kecurian.

Akhir sekali, kursus-kursus peternakan seperti sebelum PKP sudah pasti tidak boleh dijalankan. Kerana setiap kursus melibatkan ramai bakal dan pengusaha dari pelbagai daerah dan negeri. Berkumpul atau berhimpun secara beramai-ramai sebegini telah tidak dibenarkan dan akan memburukkan keadaan. Perjalanan kursus secaraa on-line mungkin sesuai difikir dan dilaksanakan bagi mereka yang terlibat. Kekurangan kemudahan hardware mungkin berlaku diperingkat awal ini, lama kelamaan saya percaya masaalah tersebut akan dapat di atasi. Kedudukan ekonomi, terutamanya yang melibatkan pendapatan individu, berada di dalam keadaan yang paling tidak kondusif untuk meransang permintaan kepada sesuatu kursus.



Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)