Thursday, August 22, 2019

SEMINAR MyGAP WALIT DI PEKAN



Salam hormat,

Saya telah berkesempatan turut serta di dalam seminar berkenaan yang telah di adakan di hotel Casa Pekan Pahang pada 08hb Ogos, 2019 yang lalu. Seminar telah dijadualkan selama sehari, tetapi telah disingkatkan kepada setengah hari memandangkan para peserta bersetuju sedemikian.



                                             Di Dewan Seminar


Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi Tahniah dan Terima Kasih kepada JPV Putra Jaya dan Negeri Pahang di atas penganjuran seminar berkenaan. Seminar ini diberikan secara percuma serta makan dan minum disediakan. Alhamdullilah.

Bagi saya seminar ini telah meningkat ilmu terutamanya berkaitan kedudukan semasa perkembangan industri secara am. Seminar juga telah memberikan satu gambaran hala tuju industri di masa yang akan datang.

Kefahaman saya mengenai prasyarat atau dokumentasi (maklumat) yang perlu dilengkapkan, untuk sesebuah RBW mendapat pengiktirafan MyGAP, mengikut borang yang disediakan terlalu terperinci. Ini memberikan gambaran segala rahsia bidangusaha boleh di akses oleh mana-mana pihak yang tidak berkepentingan bagi tujuan yang tidak baik, dan akhirnya berbalik kepada perkembangan industri. Saya berpendapat,maklumat-maklumat yang perlu ada, seperti yang ternyata di dalam borang, sesuai jika maklumat-maklumat tertentu ada di peringkat-peringkat tertentu sahaja. Bukan semua maklumat misti diberikan kepaada Ibu Pejabat JPV. Misalnya rekod pengeluaran SBW perlu ada, tetapi hanya diperingkat pengusaha sahaja, dan tidak perlu di hantar ke Ibu Pejabat JPV. Kewujudan rekod dan penyelenggaraannya boleh di lakukan semasa lawatan pemeriksaan kelayakan.

Satu perkara saya perhatikan seminar ini amat bermunafaat kepada mereka yang terlibat di dalam khidmat rundingan pembinaan sesebuah RBW yang baharu, banyak perkara yang mereka perlu masukkan di dalam perkhidmatan tersebut. Ini nanti akan memudahkan pengusaha berkenaan untuk mendapat kelulusan status My GAP dan disampaing menjamin perkembangan pengeluaran SBW di masa yang akan datang.

Sayangnya, saya perhatikan juga tidak ramai pengusaha Bumiputra di negeri Pahang yang turut serta, anggaran saya tidak sampai 20%. Gambaran kehadiran kaum Bumiputra di dalam mana-mana majlis ilmu masih tidak banyak berubah. Keadaan ini misti berubah, jika kita mahukan kemajuan yang berterusan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Monday, July 22, 2019

BANYAKNYA TWEETER


Salam hormat,


Berikut adalah gambar di dalam nesting area bagi dua RBW yang berasingan. Pada hemat saya terlalu banyak tweeter di pasang.



                                                  Nesting Area RBW Pertama



                                      Nesting Area RBW Ke Dua



Apa yang pernah saya sarankan mengenai jumlah tweeter di perlukan untuk satu-satu ruang ialah dengan membahagikan luas nesting area dengan 13. Lihat contoh berikut.


              Luas Nesting Area=  20’ X 60’ = 1200 kaki persegi.

              Anggaran Jumlah Tweeter = 1200/13 = 92.3 buah tweeter.


92 buah tweeter kesemuanya, termasuk tweeter suara tarik.

Bagi ke dua-dua kes ini, jumlah tweeter yang begitu banyak tidak pula dipadankan dengan kekuatan atau jumlah Power Amp yang seharusnya digunakan. Selain daripada itu kos kesemua tweeter, pendawaian  dan upah pemasangan telah membebankan penternak.

Untuk makluman anda juga, setelah dipasang begitu banyak tweeter, ke dua-dua RBW ini tidak pula mendapat respon daripada walit seperti yang di harapkan.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Thursday, July 11, 2019

TAKUNGAN-TAKUNGAN BERAIR MAMPU TINGKATKAN KELEMBAPAN DALAM RBW.




Salam hormat,


Suhu didalam RBW yang rendah, antara 26 ke 30 darjah selsius, biasanya akan menghasilkan tahap kelembapan yang sesuai bagi ruang walit bersarang, antara 80 ke 85%.

Pendekatan yang sesuai diambil oleh pengusaha ialah mendapatkan dahulu data asas (base data) bagi suhu dan kelembapan di dalam setiap ruang bersarang. Jika suhu di dalam premis sudah berada di lingkungan 26 ke 30 darjah selsius tetapi tahap kelembapan masih rendah, anda bolehlah meletkkan beberapa tanungan air di atas lantai ruang walit bersarang (Nesting Area) bagi meningkatkan kelembapan, seperti di dalam gambar berikut. Setelah diletakkan takungan-takungan tersebut, sesuai diukur sekali lagi tahap kelembapannya, sama ada telah memadai atau pun tidak.



                                                   Kotak-Kotak Takungan Berair


Lakukan pengbahsuai jumlah takungan, sehingga kelembapan berada di tahap yang dikehendaki.

Bagi kes RBW Tuan Hj Khamis (data dan pemerhatian dalam kes ini), dengan jumlah takungan air yang banyak, telah meningkatkan kelembapan di dalam ruang walit bersarang ke tahap yang agak tinggi, melepasi keperluan untuk walit. Pada tahap ini biasanya tiada memberikan permasaalahan kepada walit. Tetapi ia akan mengalakkan pertumbuhan kulat di papan-papan sirip. Jadi kurangkan jumlah takungan air tersebut dan ukur sekali lagi kelembapan, sehinggalah sampai ke tahap kelembapan yang diperlukan.




                                  Kesan Kulat Pada Sirip Di RBW Tuan HJ Khamis




Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Sunday, June 23, 2019

KURSUS PETERNAKAN BURUNG WALIT ANJURAN JPV JOHOR

Salam hormat,

Kursus tersebut telah diadakan pada 20hb JUN, 2019 bertempat di Santai Di Sawah Homestay Sungai Buaya Muar Johor. Seramai 25 peserta telah menghadiri sessi berkenaan.


                                  Home Stay Santai D' Sawah


                                             Peserta Kursus


Kursus ini di adakan khas bagi menangani permasaalahan yang dihadapi oleh peternak burung walit di negeri JOHOR. Saya, selaku penceramah tungal dalam kursus ini, telah membuat sedikit kajian dan tinjauwan ke beberapa premis burung walit di daerah Kota Tinggi, Labis, Segamat, Muar dan Batu Pahat yang dikatakan bermasaalah sebelum tarikh kursus di jadualkan.

Bahan-bahan yang diperolehi daripada kajian dan pemerhatian tersebut dibentang dan dibincang di dalam kursus sehari ini.

Pada sebelah malam sebelum hari kursus, saya telah mengambil sedikit masa, kira 2 jam, memberikan sedikit ceramah motivasi (ala santai) kepada peserta yang telah sampai, sebagai usaha mengisi masa yang ada.


                           Meraikan rakan-rakan yang berbuka puasa 6

                                    Santai bersama Dr Azizol


Tajuk-tajuk perbincangan di sessi sehari tersebut termasuklah:-

1. LOKASI RBW,
2. REKABENTUK RBW,
3. KEPERLUAN LAIN DI LUAR RBW,
4. PENGURUSAN RBW (dengan tumpuan kepada pencegahan Burung Hantu),
5. SISTEM AUDIO,
6. CARA SAYA MENILAI DAN MENELITI PERMASAALAHAN R.B.W DAN BEBERAPA KAEDAH SERTA PENDEKATAN PENAMBAHBAIKAN YANG SAYA AMALKAN..


Berikut adalah beberapa gambar disepanjang kursus sehari tersebut.













Saya berharap kursus tersebut telah dapat menambah ilmu serta kefahaman peserta terhadap masaalah RBW mereka dan mampu mengorak langkah ke hadapan untuk mengatasinya.

Terima kasih kepada JPV Johor, khususnya kepada En Nizam yang telah mengaturkan kursus ini dan telah berjalan dengan jayanya. Terima Kasih juga kepaada Tuan HJ Khamis yang telah menyediakan tempat penginapan dan sessi ceramah yang begitu cantik dan selesa sekali.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Thursday, May 16, 2019

SEKATAN DALAM RBW. BOLEH MENGHALANG LALUAN TERBANG WALIT


Salam hormat,


Bentuk sekatan adalah seperti di dalam gambar-gambar berikut. Ke tiga-tiga contoh dan RBW ini tidak dihuni walit dan bertaraf ICU. Pada hemat saya sekatan-sekatan tersebut sebenarnya menghalang kelancaran walit untuk terbang di dalam ruang-ruang bersarang (nesting area) berkenaan. Diperhatikan juga dalam keadaan sebegini susunan serta arah tweeters pula menjadi tidak betul. RBW yang ke dua, nasehat saya supaya dibuka semula semua sekatan-sekatan serta beberapa perubahan lain yang turut dicadangkan.



                                                                       RBW 01



                                                    RBW 02


                                                    RBW 03



Petak-petak yang terjadi akibah sekatan-sekatan yang seperti di dalam gambar-gambar di atas adalah berlainan dengan bilik-bilik yang dibuat khas, atau ditambah kemudian, untuk menambah populasi walit.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Monday, May 6, 2019

KESAN MEMBASAHKAN LANTAI RBW.



Salam hormat dan Selamat Berpuasa,


Penulisan saya pada 01hb March, 2019 telah menerangkan pergerakan suhu dan kelembapan di dalam sebuah RBW yang berprestasi tinggi.

Salah satu aktiviti (pengurusan) bagi RBW ini semasa hendak mengutip sarang ialah meningatkan kelembapan di dalam RBW ini 2 ke 3 hari sebelum mengutip sarang. Menurut beliau sarang lebih mudah ditanggalkan daripada papan sirip dan sarang tidak pecah.


                                                      Lantai Di basahkan Dengan Air


Apa yang saya hendak kongsi ialah bagaimana hanya dengan mebasahkan lantai RBW ini kadar kelembapan di dalam sesebuah RBW mampu di tingkatkan dengan mudah dan murah. Lihat geraf berikut.




Daripada geraf di atas kita dapat saksikan kelembapan meningkat daripada purata 70% kepada hampir 90%.


Sekian, untuk renungan kita bersama.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Monday, April 15, 2019

LAWATAN TERANCANG DAN BERJADUAL (LTJ) KE PREMIS WALIT DAN PENGUSAHANYA ADALAH PERLU



Salam hormat,


Kebelakangan ini saya berpeluang meninjau ke beberapa premis walit yang bermasaalah. Satu perkara penting yang saya temui ialah kurangnya kesedaran pengusaha terhadap perlunya pemantauan dan pengurusan yang berkala terhadap premis walit mereka. Keaalpaan mereka telah menimbulkan keadaan TIDAK AMAN di dalam rumah-rumah tersebut. Keadaan ini adalah merupakan salah satu punca utama kenaapa populasi walit tidak berkembang dari tahun ke setahun.

Dengan lain perkataan RBW yang bermasaalah adalah kesan daripada “pengusahanya yang bermasaalah” dalam hal ini. Itulah punca sebenar. Apa yang kita lihat pada RBW ini adalah merupakan kesan atau simptom kepada “masaalah” pada pemiliknya.

Ekoran daripada tinjauan ini, saya berpendapat LTJ perlu dilakukan oleh kakitangan JPV Daerah dari bidang berkenaan. Pengusaha yang mempunyai kewangan yang kukuh boleh melantik mana-mana perunding bagi tujuan yang sama.

Saya sedar akan kelemahan yang ada di peringkat jabatan, khususnya dari segi pengalaman serta ilmu kakitangan berkaitan dalam bidang ini. Tetapi itu pada hemat saya tidak seharusnya menjadi penghalang besar kepada perlaksanaan program ini. Mereka boleh meminta pandangan daripada perunding industri walit bagai mana sesuatu masaalah pokok itu dapat diselesaikan.

Satu lagi hal yang tidak kurang jua pentingnya ialah kurangnya keyakinan para pengusaha kepada cakap-cakap atau cadangan pihak perunding, khususnya perunding yang tiada memiliki RBW sendiri. Tambahan pula sebelum itu telah beberapa orang perunding melakukan penambahbaikan tetapi gagal juga.

Saya dapati kes-kes sebegini dapat diselesaikan dengan mendedahkan mereka, secara terus, kepada beberapa premis RBW yang berjaya. Di samping menyuntik semangat, mereka juga akan dapat rakan walit yang baharu di mana mereka boleh merujuk apabila timbul sesuatu masaaalah.




                    Lawatan : Pengusaha KEJORA di Kota Gelangi Jerantut


Dari sudut pengusaha yang mana kepakaran dan RBW mereka jadi bahan rujukan, dalam sessi pendedahan ini amat sessuai diberikan sedikit imbuhan. Ini bagi menghargai masa dan ilmu yang mereka curahkan kepada pengusaha-pengusaha yang bermasaalah tadi. Buatlah satu keputusan dasar akan kadar yang sesuai. Kerja sama sebegini adalah merupakan satu usaha untuk sama-sama berjaya.

Di samping program LTJ ini, amat sesuai jika pihak berwajib mempertingkatkan program KURSUS PETERNAKAN BURUNG WALIT kepada semua pengusaha walit. Pengusaha yang bermasaalah adalah pengusaha yang kurang berilmu dalam bidang ini. Pecahkan program kepada ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT dan KURSUS LANJUTAN yang mana memberikan fokus kepada bahagian-bahagian peternakan yang lebih khusus.

Usaha seperti ini dan jika dilaksanakan secara berterusan saya yakin akan dapat membantu ramai pengusaha walit untuk terus berjaya, khususnya dari kalangan orang Melayu.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).