Wednesday, August 15, 2018

PENTERNAK BURUNG WALIT MISTI JAGA KESIHATAN DIRI



Salam hormat,


Untuk membolehkan seseorang itu berjaya, di dalam apa jua bidang pekerjaan atau kegiatan, kesihatan diri yang baik adalah merupakan salah satu faktor penting yang mesti diberikan perhatian. Kepentingan ini tidak terkecuali bagi seseorang penternak burung walit.

Kebelakangan ini saya dengar beberapa kes kematian penternak burung walit, yang saya taksir mereka ini masih “muda”. Memang ajal-maut itu telah ditentukan oleh tuhan. Bagi aktiviti peternakan burung walit yang berkumpulan, atau berkongsi modal dalam pembinaan dan pengurusan sesebuah RBW, mungkin perjalanan bidang usaha ini tidak banyak menjadi masalah dan boleh berjalan seperti mana biasa jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia atau ditimpa musibah.

Bagi penternak individu, sebarang kes kematian atau pun sebarang kehilangan upaya, misalnay disebabkan stroke akan membantutkan perjalanan dan pengurusan aktiviti peternakan mereka. Keadaan ini juga tidak terkecuali akibah kesan kemalangan di jalan-jalan raya.





Apa yang saya lihat dalam banyak kes, akhirnya aktiviti peternakan dan RBW mereka terbengkalai. Ini amat merugikan kita orang Melayu bagi tempoh jarak panjang.

Dalam bab ini, saya suka mengingatkan semua yang berkaitan, sesama kita senantiasa menjaga kesihatan diri masing-masing. Bagi mereka yang telah melewati umur 50 tahun WAJIB membuat pemantauan berkala tentang tekanan darah dan status gula di dalam darah masing-masing. Kurangkan sedikit memakan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, serta kurangkan sedikit nasi yang di makan. Kandungan garam di dalam masakan juga sesuai di kurangkan dan banyakkan meminum air masak. Berkaitan hal yang sama juga, marilah kita lakukan senaman yang ringan dan sesuai buat diri masing-masing secara berkala dan berterusan.

Apabila kita berada di atas jalan raya, ikut peraturan yang sedia ada. Elakkan memandu laju melebihi dari yang dibenarkan. Rancang setiap perjalanan dan pastikan kenderaan kita senantiasa berada di tahap yang sepatutnya.


                                           Patuhi peraturan ketika di jalan raya


Akhir sekali, dan ada juga kaitan dengan tajuk yang saya bincangan di atas, saya juga ingin menekankan pentingnya setiap penternak burung walit ada PEWARIS daripada sekarang. Jika tiada, sesuailah dibuat sesuatu. Anak-anak muda hari ini saya perhatikan tidak ramai yang mahu mengikuti jejak langkah ayah masing-masing, sungguh pun aktiviti peternakan burung walit yang dilakukan oleh ayah mereka jelas memberi pendapatan yang jauh lebih baik daripada pekerjaan masing-masing. Pendedahan dan pembelajaran perlu dijalankan seawal mungkin. Penerapan minat serta kefahaman dalam bab ini memerlukan masa yang panjang dan berterusan.



Fikir-fikirkan.


Sekian,




Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).

Tuesday, July 31, 2018

PERGERAKAN SUHU DI DALAM SEBUAH RBW BAGI TEMPOH 24 JAM

Salam hormat,


Bacaan suhu di dalam sesebuah RBW yang dibuat bagi tempoh 24 lebih memberikan informasi akan kedudukan sebenar suhu. Apabila ia digandingkan dengan bacaan kelembapan (%RH) juga untuk tempoh 24 akan memberikan pergerakan heat load di dalam sesebuah RBW.


Berikut adalah contoh pergerakan suhu yang dipantau dalam tempoh 24 jam dengan menggunakan alat Data logger.



Graph yang berwarna unggu, adalah pergerakan suhu asal di dalam sebuah RBW. Graph berwarna hitam pula menunjukkan perubahan suhu bagi tempoh 24 jam setelah penambahbaikan di dlakukan ke atas RBW berkenaan.

Pada geraf di atas, burung walit balik mendiami rumah berkenaan pada waktu jam 7 petang (J07) dan keluar semula pada jam 6 pagi (U06).

Amnya, pergerakan suhu adalah lebih baik setelah penambahbaikan di lakukan.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Thursday, June 28, 2018

SISA BUAH MANGGA JUGA BOLEH DIGUNA UNTUK PIKAT WALIT

Salam hormat,



Salah satu kegiatan yang disaran, dalam usaha memikat walit supaya memasuki rumah yang telah dibina, ialah dengan menyediakan makanan walit khususnya berhadapan dengan LMW. Salah satu serangga yang menjadi makanan walit ialah bebari.


Bebari akan datang dan berkembang biak pada pereputan buah nenas, nangka dan pisang. Terbaharu saya mendapati juga bebari suka kepada buah mangga yang telah mulai rosak atau pun sisa buah mangga. Jadi kepada rakan-rakan kita yang telah mendirikan RBW yang baharu, mungkin sesuai di tambah sisa buah mangga, selain daripada sisa buah pisang, nangka dan nenas serta diletakkan di atas satu meja di hadapan LMW bagi tujuan memikat walit supaya datang dan masuk ke dalam RBW.


                                  Bebari Pada Buah Pisang


                          Bebari Pada Sisa Dan Pereputan Mangga




Sekian, selamat mencuba.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).

Wednesday, June 13, 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI

Salam hormat,



Kepada semua yang menggunakan jalan raya di musim perayaan ini berhati-hati dan utamakan KESELAMATAN di sepanjang pemanduan anda.

Bagi kita yang meraikan HRaya pula, bersederhanalah di dalam menjamu selera, kurangkan makanan yang berasaskan daging dan gula serta elakkan pembaziran. 

Sekian



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, May 23, 2018

TRANSFORMASI PAPAN SUDUT

Salam hormat,

Penggunaan papan sudut di dalam kotak-kotak persarangan walit bukanlah sesuatu yang dimistikan. Ia hanya bertujuan untuk menghasilkan SBW yang sudutnya melebihi 120 darjah. Oleh yang demikan, jika sarang bersih, gred dan harga sarang boleh ditingkatkan dari gred C kepada gred B.


Sejak dahulu dan sehingga sekarang masih banyak RBW yang menggunakan papan dari kayu meranti merah dan di pasang di sudut-sudut kekotak walit bersarang. Ada yang bersudut tepat dan ada yang berongga.


                                       Bersudut Tepat

                        Kepingan Papan Sebagai Papan Sudut

Berikutnya pula ada yang telah menggunakan papan sudut ini yang diperbuat daripada bahan campuran plastik, seperti di dalam gambar berikut. Namun penggunaannya tidaklah meluas.



Kebelakangn ini timbul pula versi jaring sebagai mengantikan fungsi papan sudut yang asal. Versi yang diperbuat daripada jaringan wire ( stainless steel ) juga ramai yang menggunakannya.


                             Jinis Stainless Steel Wire Mesh


Terkini telah mula diperhatikan ramai yang menggunakan kepingan jaring yang diperbuat daripada plastik bagi menggantikan papan sudut. Jinis jaringan ini serupa dengan yang digunakan oleh mereka yang menternak ikan di dalam sangkar.


                                                               Jaring Plastik

                          Jaringan Plastik Di Lapik Ke Atas Papan Sirip



Menurut sumber yang sahih, mereka menyatakan penggunakan jaring ini lebih memudahkan kita sewaktu untuk mengambil sarang. Lebih penting lagi ialah disebabkan harganya yang jauh lebih murah dari yang lain-lain.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)

Thursday, May 3, 2018

PRU 14 DAN INDUSTRI SBW

Salam hormat,

Saya difahamkan ada sesetangah pihak di kalangan parti lawan kerajaan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan sedia ada terhadap negara China. Kononya kerajaan sedia ada telah mengadaikan maruah negara kepada kuasa ekonomi dunia tersebut. Ini dikaitkan dengan beberapa pelaburan projek mega yang dijalankan oleh kerajaan sedia ada yang melibatkan negara tersebut termasuk juga rakan kongsi PROTON.

Dalam banyak hal, saya pernah menyatakan bahawa Malaysia atau mana-mana negara sekali pun di dunia ini tidak akan dapat mengenepikan hakikat bahawa kesan kuasa ekonomi baharu ini tetap ada kepada semua negara. Apa yang mustahak pada hemat saya, kita perlu terus berwaspada dan mengetahui akan buruk dan baiknya sesuatu dasar yang digubal.


Kita semua sedar satu ketika dahulu negara China telah menyekat kemasukan SBW ke negara tersebut kerana kandungan Nitrite yang tinggi di dalam SBW yang negara kita hasilkan. Kesannya, ramai pengusaha SBW tanpa mengira kaum, telah terjejas beberapa tahun pendapatan dan perniagaan mereka. Seterusnya kerajaan sedia ada telah berusaha bersunguh-sunguh untuk mendapatkan semula kebenaran mengekspot SBW ( walaupun dalam bentuk raw cleaned) ke China dan berterusan sehingga sekarang. Baru-baru ini kita telah dimaklumkan satu dasar baru dalam pegekspotan SBW mentah (raw uncleaned) ke negara tersebut. Jika ini berjaya nanti, itu pun jika kerajaan sedia ada masih memerintah negara, lebih ramai pengusaha kecilan terutamanya akan mendapat faedahnya. Sehubungan dengan perkara yang sama, saya ingin mengajak semua yang terlibat dengan industri ini supaya berfikir sebaiknya akan sebarang kesan PRU ke 14 ini nanti. Jika kita tersilap memberikan sokongan, kebimbangan saya ramai di antara kita akan menemui satu masaalah baru, yang mungkin berpanjangan, iaitu ekspot SBW kita ke China akan di batalkan oleh negera tersebut.

Lebih serius lagi, berkaitan hal yang sama, ialah kesan negatif yang akan menimpa industri minyak sawit negara. Pengekspotan hasil durian Malaysia ke China juga akan mengalami nasib yang serupa.

Masa masih belum terlewat, fikirlah sebaik mungkin hal ini. PRU 14 ini juga pada hemat saya adalah merupakan satu tanggungjawab kita, secara tidak langsung, untuk memastikan hasil SBW kita akan terus dapat menikmati taraf ekspot yang berterusan, harga stabil dan yang baik. Gunakanlah kuasa kita untuk menentukan masa depan kita sendiri yang lebih baik.

Pepatah Melayu pernah mengungkapkan " janganlah curahkan pasir kedalam periuk nasi kita sendiri"


Semoga segala usaha kita dipermudahkan Allah SWT. Aminnn.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).

Friday, March 30, 2018

AGRO PELANCUNGAN DURIAN-BURUNG


Salam hormat,


Di dalam penulisan yang lepas saya mengenegahkan konsep integrasi antara projek peternakan burung walit dan penghasilan durian Mousang King di sekelilingnya. Ini adalah merupakan satu model bidangusaha ( business model ) yang seharusnya menjadi maltamat kepada kita semua yang terlibat dengan peternakan burung walit.

Integrasi Durian Musang King Dan RBW

Model bidangusaha di atas, apabila kita menjangkau perkembangan baik dan perhubungan dua hala antara negara kita dan negara china, perlu ditambah nilai kepada satu model bidangusaha yang melibatkan sektor agro pelancungan. Kenapa saya menyarankan konsep ini untuk jangka panjang? Ini adalah kerana saya melihat perkembangan ekonomi negera china itu sendiri. Jumlah penduduk negara China yang telah menjadi jutawan terus meningkat dengan begitu ramai sekali. Kita juga sering mendengar jumlah pelancung yang melawat Malaysia terus meningkat dari tahun ke setahun.

Jutawan Di Negara China Terus Meningkat

Kita juga telah melihat dan mendapati para pelawat dari negara China telah mula beramai-ramai datang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat yang disewa khas untuk melihat kebun dan memakan durian Musang King di sini. Tetapi mereka ini masih pulang ke hotel-hotel di bandar-bandar besar untuk menginap dan beriadah. Keadaan ini adalah merupakan satu peluang bagi kita yang bergiat di dalam industri peternakan burung walit, untuk mempelbagaikan pengisian pakage pelancungan kita dengan mengembelin tiga komponen utama di dalam satu lokasi atau tapak.

Aktiviti atau komponen yang di maksudkan ialah:-

  1. Sebuah RBW,
  2. Tanaman durin Musang King,
  3. Rumah penginapan (chalet) atau pun homesatay.

Saya percaya mereka yang dibawa ke PERKAMPUNGAN DURIAN BURUNG ini, selaian daripada melihat dan mengalami secara dekat bagimana buah durian musang king di pungut setiap pagi (misalnya), mereka juga berpeluang melihat aktivit dan keunikan peternakan burung walit. Misalnay di senja hari mereka dapat melihat ribuan walit yang baliki ke RBW. Di waktu makan malam mereka ini boleh disajikan dengan pelbagai masakan atau produk SBW seperti sup sarang burung dan sebagainya.


Di Senja Hari Melihat Walit Pulang Ke Sarang

Sajian Sup SBW

Bagi sesiapa yang ingin menyediakan kemudahan penginapan ini, perlu satu kajian atau penyelidekan dibuat di negara China, keadaan atau fasiliti rumah kediaman yang mereka suka. Ini bagi menarik minat lebih ramai pelawat dari negara China untuk berkunjung dan menginap di rumah kediaman yang disediakan untuk mereka.

Saya juga melihat “templete” agro pelancungan ini perlu dikaji viabilitinya dan pihak berwajib mengwar-warkan konsep Agro Pelancungan Durian-Burung ini. Selepas itu membolehkan satu skim pinjaman di sediakan oleh pihak berwajib, bagi merka-mereka yang berhajat untuk menjalankan aktiviti Agropelancungan Durian-Burung ini. Jika sesuai projek Agropelancungan Durian-Burung ini perlu dikembangan dan bermula sekarang, supaya 10 ke 15 tahun yang akan datang telah wujud beratus projek di seluruh negara. Sekurangnya, jika pelancung China datang dengan satau kapalterbang berkapasiti 300 penumpang, telah tersedia kemudahan untuk menampung kedatangan mereka.

Saya juga memikirkan konsep “ala FELDA” boleh diwujudkan mulai sekarang dan sudah pasti badan-badan seperti FELDA sendiri, RISDA dan FELCRA segera meneliti dan mengkaji projek sebegini, berikutnya terus memulakannya secepat mungkin. Baru-baru ini saya difahamkan melalui akhbar tempatan bahawa FELDA berminat untuk menanam durian Musang King. Pihak koridor pembangunan yang sedia ada seperti NCER, ECER juga sesuai mengambil perhatian serta melaksanakan konsep agro-pelancungan ini. Apabila semua agensi di atas melaksanakan konsep ini, saya yakin lebih banyak pelancung daripada negara China dan Singapura akan berkunjung ke negara kita pada musim-musim tertentu. Ini semua sudah pasti akan membawa ke dalam negara kita wang luar yang begitu banyak dari tahun ke setahun. In sha Allah.


Sekian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)