Salam hormat,
Kepada semua yang menggunakan jalan raya di musim perayaan ini berhati-hati dan utamakan KESELAMATAN di sepanjang pemanduan anda.
Bagi kita yang meraikan HRaya pula, bersederhanalah di dalam menjamu selera, kurangkan makanan yang berasaskan daging dan gula serta elakkan pembaziran.
Sekian
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Saya menyediakan khidmat rundingcara untuk membina rumah walit baru, ubahsuai dan baikpulih rumah walit yang bermasaalah. Khidmat kursus ala digital peternakan burung walit juga disediakan.
Wednesday, June 13, 2018
Wednesday, May 23, 2018
TRANSFORMASI PAPAN SUDUT
Salam
hormat,
Penggunaan
papan sudut di dalam kotak-kotak persarangan walit bukanlah sesuatu
yang dimistikan. Ia hanya bertujuan untuk menghasilkan SBW yang
sudutnya melebihi 120 darjah. Oleh yang demikan, jika sarang bersih,
gred dan harga sarang boleh ditingkatkan dari gred C kepada gred B.
Sejak
dahulu dan sehingga sekarang masih banyak RBW yang menggunakan papan
dari kayu meranti merah dan di pasang di sudut-sudut kekotak walit
bersarang. Ada yang bersudut tepat dan ada yang berongga.
Bersudut Tepat
Kepingan Papan Sebagai Papan Sudut
Berikutnya
pula ada yang telah menggunakan papan sudut ini yang diperbuat
daripada bahan campuran plastik, seperti di dalam gambar berikut.
Namun penggunaannya tidaklah meluas.
Kebelakangn
ini timbul pula versi jaring sebagai mengantikan fungsi papan sudut
yang asal. Versi yang diperbuat daripada jaringan wire ( stainless
steel ) juga ramai yang menggunakannya.
Jinis Stainless Steel Wire Mesh
Terkini
telah mula diperhatikan ramai yang menggunakan kepingan jaring yang
diperbuat daripada plastik bagi menggantikan papan sudut. Jinis
jaringan ini serupa dengan yang digunakan oleh mereka yang menternak
ikan di dalam sangkar.
Jaring Plastik
Jaringan Plastik Di Lapik Ke Atas Papan Sirip
Menurut
sumber yang sahih, mereka menyatakan penggunakan jaring ini lebih
memudahkan kita sewaktu untuk mengambil sarang. Lebih penting lagi
ialah disebabkan harganya yang jauh lebih murah dari yang lain-lain.
Sekian,
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)
Thursday, May 3, 2018
PRU 14 DAN INDUSTRI SBW
Salam
hormat,
Saya
difahamkan ada sesetangah pihak di kalangan parti lawan kerajaan
tidak bersetuju dengan dasar kerajaan sedia ada terhadap negara
China. Kononya kerajaan sedia ada telah mengadaikan maruah negara
kepada kuasa ekonomi dunia tersebut. Ini dikaitkan dengan beberapa
pelaburan projek mega yang dijalankan oleh kerajaan sedia ada yang
melibatkan negara tersebut termasuk juga rakan kongsi PROTON.
Dalam
banyak hal, saya pernah menyatakan bahawa Malaysia atau mana-mana
negara sekali pun di dunia ini tidak akan dapat mengenepikan hakikat
bahawa kesan kuasa ekonomi baharu ini tetap ada kepada semua negara.
Apa yang mustahak pada hemat saya, kita perlu terus berwaspada dan
mengetahui akan buruk dan baiknya sesuatu dasar yang digubal.
Kita
semua sedar satu ketika dahulu negara China telah menyekat kemasukan
SBW ke negara tersebut kerana kandungan Nitrite yang tinggi di dalam
SBW yang negara kita hasilkan. Kesannya, ramai pengusaha SBW tanpa
mengira kaum, telah terjejas beberapa tahun pendapatan dan perniagaan
mereka. Seterusnya kerajaan sedia ada telah berusaha bersunguh-sunguh untuk mendapatkan semula kebenaran mengekspot SBW ( walaupun dalam bentuk raw cleaned) ke China dan berterusan sehingga sekarang. Baru-baru ini kita telah dimaklumkan satu dasar baru dalam
pegekspotan SBW mentah (raw uncleaned) ke negara tersebut. Jika ini berjaya nanti, itu pun jika kerajaan sedia ada masih memerintah negara, lebih ramai pengusaha kecilan terutamanya akan mendapat faedahnya. Sehubungan dengan perkara yang sama, saya ingin mengajak semua yang terlibat dengan industri ini supaya
berfikir sebaiknya akan sebarang kesan PRU ke 14 ini nanti. Jika kita
tersilap memberikan sokongan, kebimbangan saya ramai di antara kita
akan menemui satu masaalah baru, yang mungkin berpanjangan,
iaitu ekspot SBW kita ke China akan di batalkan oleh negera tersebut.
Lebih
serius lagi, berkaitan hal yang sama, ialah kesan negatif yang akan
menimpa industri minyak sawit negara. Pengekspotan hasil durian
Malaysia ke China juga akan mengalami nasib yang serupa.
Masa
masih belum terlewat, fikirlah sebaik mungkin hal ini. PRU 14 ini
juga pada hemat saya adalah merupakan satu tanggungjawab kita, secara
tidak langsung, untuk memastikan hasil SBW kita akan terus dapat
menikmati taraf ekspot yang berterusan, harga stabil dan yang baik.
Gunakanlah kuasa kita untuk menentukan masa depan kita sendiri yang
lebih baik.
Pepatah Melayu pernah mengungkapkan " janganlah curahkan pasir kedalam periuk nasi kita sendiri"
Semoga
segala usaha kita dipermudahkan Allah SWT. Aminnn.
Sekian,
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).
Friday, March 30, 2018
AGRO PELANCUNGAN DURIAN-BURUNG
Salam hormat,
Di
dalam penulisan yang lepas saya mengenegahkan konsep integrasi antara
projek peternakan burung walit dan penghasilan durian Mousang King di
sekelilingnya. Ini adalah merupakan satu model bidangusaha ( business
model ) yang seharusnya menjadi maltamat kepada kita semua yang
terlibat dengan peternakan burung walit.
Integrasi Durian Musang King Dan RBW
Model
bidangusaha di atas, apabila kita menjangkau perkembangan baik dan
perhubungan dua hala antara negara kita dan negara china, perlu
ditambah nilai kepada satu model bidangusaha yang melibatkan sektor
agro pelancungan. Kenapa saya menyarankan konsep ini untuk jangka
panjang? Ini adalah kerana saya melihat perkembangan ekonomi negera
china itu sendiri. Jumlah penduduk negara China yang telah menjadi
jutawan terus meningkat dengan begitu ramai sekali. Kita juga sering
mendengar jumlah pelancung yang melawat Malaysia terus meningkat dari
tahun ke setahun.
Jutawan Di Negara China Terus Meningkat
Kita
juga telah melihat dan mendapati para pelawat dari negara China telah
mula beramai-ramai datang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat yang
disewa khas untuk melihat kebun dan memakan durian Musang King di
sini. Tetapi mereka ini masih pulang ke hotel-hotel di bandar-bandar
besar untuk menginap dan beriadah. Keadaan ini adalah merupakan satu
peluang bagi kita yang bergiat di dalam industri peternakan burung
walit, untuk mempelbagaikan pengisian pakage pelancungan kita dengan
mengembelin tiga komponen utama di dalam satu lokasi atau tapak.
Aktiviti
atau komponen yang di maksudkan ialah:-
-
Sebuah RBW,
-
Tanaman durin Musang King,
-
Rumah penginapan (chalet) atau pun homesatay.
Saya
percaya mereka yang dibawa ke PERKAMPUNGAN DURIAN BURUNG ini, selaian
daripada melihat dan mengalami secara dekat bagimana buah durian
musang king di pungut setiap pagi (misalnya), mereka juga berpeluang
melihat aktivit dan keunikan peternakan burung walit. Misalnay di
senja hari mereka dapat melihat ribuan walit yang baliki ke RBW. Di waktu makan malam mereka ini boleh disajikan dengan pelbagai
masakan atau produk SBW seperti sup sarang burung dan sebagainya.
Di Senja Hari Melihat Walit Pulang Ke Sarang
Sajian Sup SBW
Bagi
sesiapa yang ingin menyediakan kemudahan penginapan ini, perlu satu
kajian atau penyelidekan dibuat di negara China, keadaan atau
fasiliti rumah kediaman yang mereka suka. Ini bagi menarik minat
lebih ramai pelawat dari negara China untuk berkunjung dan menginap
di rumah kediaman yang disediakan untuk mereka.
Saya
juga melihat “templete” agro pelancungan ini perlu dikaji
viabilitinya dan pihak berwajib mengwar-warkan konsep Agro Pelancungan Durian-Burung ini. Selepas itu membolehkan satu skim pinjaman di sediakan
oleh pihak berwajib, bagi merka-mereka yang berhajat untuk
menjalankan aktiviti Agropelancungan Durian-Burung ini. Jika sesuai
projek Agropelancungan Durian-Burung ini perlu dikembangan dan
bermula sekarang, supaya 10 ke 15 tahun yang akan datang telah
wujud beratus projek di seluruh negara. Sekurangnya, jika pelancung
China datang dengan satau kapalterbang berkapasiti 300 penumpang,
telah tersedia kemudahan untuk menampung kedatangan mereka.
Saya
juga memikirkan konsep “ala FELDA” boleh diwujudkan mulai
sekarang dan sudah pasti badan-badan seperti FELDA sendiri, RISDA dan
FELCRA segera meneliti dan mengkaji projek sebegini, berikutnya terus
memulakannya secepat mungkin. Baru-baru ini saya difahamkan melalui
akhbar tempatan bahawa FELDA berminat untuk menanam durian Musang
King. Pihak koridor pembangunan yang sedia ada seperti NCER, ECER
juga sesuai mengambil perhatian serta melaksanakan konsep
agro-pelancungan ini. Apabila semua agensi di atas melaksanakan
konsep ini, saya yakin lebih banyak pelancung daripada negara China
dan Singapura akan berkunjung ke negara kita pada musim-musim
tertentu. Ini semua sudah pasti akan membawa ke dalam negara kita wang
luar yang begitu banyak dari tahun ke setahun. In sha Allah.
Sekian.
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)
Sunday, February 18, 2018
GANDINGAN RBW DAN TANAMAN DURIAN MUSANG KING
Salam
hormat,
Daripada
satu sessi taklimat saya difahamkan tanaman dan penghasilan buah
durian Musang King adalah meruapakn satu SUMBER KEKAYAAN BARU DI
MALAYSIA. Sebagai satu contoh, seorang pengusaha yang telah lama
berkecimpung di dalam penanaman dan penghasilan buah durian Musang
King, dengan keluasan tanah 9 ekar sahaja, pada tahun 2017 belau
telah mendapat hasil bersih sebanyak RM 2 juta. Bermakna juga dari
sudut pengiraan yang sama jika kita ada 4 ekar sudah berpotensi untuk
menjana pendapatan RM1 juta setahun. Umur durian beliau ialah
sekitaran 30 tahun. Saya turut difahamkan durian musang King ini
boleh menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti setelah berumur 10
tahun. Tetapi semua ini memerlukan satu pengurusan ladang yang
optimum. Saya turut difahamkan bahawa semua orang boleh buat
penanaman durian ini termasuklah orang Melayu.
Buah
durian Musang King hari ini dijual dengan harga yang tinggi antara
RM30 ke RM100/Kg. Ini semua disebabkan isi durian sejuk beku klon
Musang King telah mula diekspot ke negara China semenjak tahun 2011
dan terus mendapat permintaan yang amat baik dan dijangka terus
meningkat di tahun-tahun mendatang.
Kenapa
gandingan tanaman durian Musang King dan peternakan burung walit?
Kerana kedua-dua komoditi ini mempunyak permintaan dan harga yang
tinggi di negara China.
Berbalik
kepada saranan gandingan ini, apa yang menarik perhatian saya ialah,
kebanyakkan kebun durian memerlukan kawasan yang sedikit berbukit.
Jadi dipertengahan lereng bukit ini atau pun di puncak kawasan bukit
ini sesuai didirikan sebuah RBW, seperti mana yang biasa kita lihat
di dalam perladangan sawit.
Saya
yakin ada di antara kita yang telah mendengar potensi integrasi
antara RBW dan tanaman Gaharu sedikit masa dahulu. Saya turut menulis
perkara yang sama di dalam blog ini ketika itu. Pandangan semasa
saya, penghasilan Gaharu ini masih lagi tidak menampakkan kejayaan
dan potensinya di samping kos yang tinggi. Seterusnya mengikut
kefahaman saya terkini (tahun 2018),tanaman
durian Musang King lebih meyakinkan untuk kita ganti tanaman Gaharu.
Potensi
kekayaan ini lebih bertambah gairah apabila di maklumkan, jika kita
mempunyai sebidang tanah yang telah ditanam dengan durian kampung,
kesemua ini boleh dicantum dengan klon durian Musang King, DAN
cantuman dewasa durian ini boleh mula berbuah setelah berumur 5 tahun
sahaja. Sunguh hebat.
Jadi
apa tunggu lagi?
Jika
kita ada RBW dan disekelilingi dengan tanaman sawit atau pun getah
mahu pun campuran pokok buahan lain, usaha gantikan kesemua ini
dengan tanaman Musang King, sama ada di tanam yang baharu atau pun di
lakukan cantuman dewasa.
Jadi
gandingan peternakan burung walit dan tanaman durian Musang King
adalah cara kita semua ke hadapan mulai sekarang ( The Way
Forward). Sesuai #DurianBurung sering disebut-sebut dan digunakan
mulai sekarang di kalangan pengusaha-pengusaha ternakan burung walit.
#DurianBurung
Sekian,
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)
Monday, January 22, 2018
ANATOMI SBW
Salam
hormat,
SBW
terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk. Saiz ini pula dipengaruhi, terutamanya, oleh faktor makanan (musim) dan umur burung walit itu sendiri.
Pelbagai saiz SBW
Berikut
pula diterangkan secara bergambar, pangilan bahagian setiap sarang
tersebut.
Sekian,
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)
Wednesday, January 3, 2018
BUKU GUA GOMANTONG
Salam hormat,
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Buku ini dijual dengan harga RM50 sahaja.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).
Bagi saya, pengalaman melawat gugusan Gua Gomantong di Sandakan Sabah adalah merupakan satu pengalaman yang amat berguna, sebagai pengiat industri peternakan burung walit. Saya memang amat mengalakkan para pengusaha dan bakal pengusaha RBW supaya melawat Gua ini. Setelah melihat keadaan di dalam gua ini, ia meyakinkan kita akan segala apa yang kita lihat dan alami sama ada RBW itu berjaya atau pun tidak.
Namun demikian tidak ramai yang mampu atau berkesempatan untuk ke sana. Sebagai alternatif kepada lawatan sebenar, saya telah mengarang sebuah e-book, yang merakamkan segala pengalaman saya semasa saya membuat lawatan berkenaan pada tahun 2010.
Oleh kerana tempoh masa yang telah berlalu agak panjang, kemungkinan ada pertambahan atau penambahbaikan kemudahan untuk para pelawat. Bagi keperluan pengiat industri, apa yang saya muatkan di dalam penulisan ini sudah memadai.
Buku ini terdiri daripada 53 muka surat dan mengandungi 49 keping gambar yang telah saya rakam semasa lawatan yang telah dibuat. Isi kandungan penulisan ini adalah seperti di paparan berikutnya.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya. Buku ini dijual dengan harga RM50 sahaja.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS).
Subscribe to:
Posts (Atom)















