Tuesday, April 23, 2013

LUBANG MASUK WALIT DI SETIAP TINGKAT

Salam hormat,

Saya sempat melawat 3 buah RBW sekitaran bandar Surabaya. Hendak melawat lebih daripada itu nampaknya tidak dibolehkan berikutan masalah perjalanan yang kurang lancar.

Satu perkara lagi yang saya perhatikan di kalangan RBW di Surabaya ini ialah ada lubang masuk walit di setiap tingkat, jika RBW tersebut melebihi satu tingkat. Lihat gambar-gambar berikut.








                                  Perhatikan anak-anak panah

Lubang masuk walit dan juga seriti ( saya akan cerita di halaman yang berikutnya ) ini besarnya antara 1'X1' dan 1'X2'. Di dalam bangunan pula ada lubang antara lantai juga yang digunakan oleh pengusaha untuk naik dan turun.

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, April 22, 2013

PLASTIK BERDURI MENGANTIKAN PAPAN SUDUT

Salam hormat,

Ekoran lawatan saya ke Surabaya juga, saya ditonjolkan kepingan plastik, berwarna hitam, dan berduri untuk dipasang pada sudut sirip bagi mengantikan penggunaan papan sudut. Lihat gambar berikut,



Cumanya saya tidak pula bertanyakan lebih lanjut, sama ada ia di pasang di peringkat awal lagi atau pun apa bila rumah terlah beroperasi lama. Kegunaan alat ini dipasang di sudut-sudut ialah bagi mengelakkan walit membuat sarang di sudut-sudut.



Bagi saya, alat ini tidak sesuai digunakan sama sekali. Kenapa? Kerana apabila kita mula memikat walit, biasanya yang masuk dan menginap ialah walit-walit muda. Walit muda akan membuat sarang di sudut-sudut. Jika plastik ini digunakan kebimbanggan saya walit tidak akan mendiami rumah yang kita bina.

Kenyataan diatas adalah berdasarkan satu pengalaman yang saya lihat di sebuah rumah walit di Gemas, Negeri Sembilan, hampir dua tahun yang lepas. Saya di jemput untuk melihat dan memberikan nasehat kenapa walit tidak masuk dan bersarang selepas setahun beroperasi. Satu perkara yang saya jumpa ialah penggunaan kayu bruti di sudut-sudut( gambar di bawah), seolah-olah memang perunding yang membina premis berkenaan tidak mahu walit bersarang di sudut-sudut yang terdapat di dalam rumah berkenaan.



Skian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun

Sunday, April 21, 2013

ALAT ULTRASONIC UNTUK MENGATASI MASAALAH TIKUS

Surabaya, 19hb April, 2013: Salam hormat. Semasa saya berkunjung ke sebuah kedai pembekal peralatan industri walit di sini beberapa hari lepas terjumpa sejenis alat elektronik yang digunakan untuk menghalang tikus daripada berada dan mendiami RBW. Lihat gambar berikut,



Harganya, seperti yang anda nampak ialah Rupiah Indonesia 500,000 seunit.

Saya belum ada pengalaman menggunakan alatan ini. Jika ada sesiapa yang sudah berpengalaman menggunakanya, sila e-mail saya supaya kita boleh berkongsi maklumat untuk kebaikan kita semua.

Skian dahulu,


Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, April 18, 2013

HARGA GRED C- YANG LEBIH BAIK

Salam hormat,

Hari ini, 18hb saya menerima satu pesan ringkas daripada pihak PPN Terengganu yang berbunyi seperti berikut:-

      ...ada pihak yang sangup membeli sarang gred c- dengan tawaran
         harga antara RM300 - RM350.00 setiap Kg...

Jadinya, pihak berkenaan meminta saya mewar-warkan tawaran tersebut. Sesiapa yang ada bekalan dan berminat, sila berhubung dengan PPN Terengganu secara terus atau pun melalui saya.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun 

Wednesday, April 3, 2013

PPK PAGOH JUGA BELI SBW

Salam hormat,

Pagi hari ini (04hb April, 2013 ) saya dimaklumkan bahawa PPK Pagoh, Muar juga membeli SBW mentah ( raw unclean ), seperti yang berlaku di PPN Terengganu. Jadi sesiapa yang berada di Gemas dan negeri Johor amnya sesuailah ke sana memandangkan lokasi paling hampir kepada anda.

Di PPN Terengganu, harga belian pada hari ini adalah seperti berikut:-

1. Gred A : RM 1,700.00 se Kg,
2. Gred B : RM 1,300.00 se Kg,
3. Gred C : RM 700.00 se Kg, dan
4. Gred C- : RM 200.00 se Kg

Skian, untuk pengetahuan anda jua.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, March 30, 2013

Sebuah RBW Yang Berkemungkinan Bermasaalah: An Update

Salam hormat,

Cerita RBW ini telah saya paparkan pada penulisan bulan Oktober,2012.

Satu keputusan yang saya buat mengenai RBW ini ialah menukar lagu luar kepada yang baru. Tindakan ini telah saya ambil pada 27Hb September, 2012. Pada 6Hb Oktober, 2012 seterusnya saya membuat keputusan supaya jangan dilakukan sebarang perubahan, selepas melihat beberapa ekor walit berterbangan di dalam RBW ini di tingkat atas, pada tarikh lawatan berkenaan.

Seterusnya, pada 09Hb March, 2013 ,  saya dimaklumkan oleh pemilik RBW ini tiada suara luar sudah sebulan. Oleh kerana pemilik terpaksa berada di luar kawasan, akhirnya saya berkunjung ke premis seperti dijanjikan pada 24Hb, March 2013, baru lalu. 

Pemeriksaan membuktikan tiada suara luar, tetapi suara dalam berbunyi seperti biasa. Apabila saya periksa Amplifier bagi suara dalam mendapati peralatan berfungsi dan berkeadaan normal. Saya offkan amplifier sebentar dan menarik keluar SIMCARD lagu, kemudian menghidupkan semula sistem dan memasang semula simcard lagu. Suara luar berbunyi semula. Setelah beberapa minit ia terhenti semula. Saya ulangi tindakan, dan is berbunyi semula.

Diagnosa saya simcard lagu telah rosak.

Saya meminta anak pemilik RBW membeli simcard baru (kosong) serta menyalin lagu yang terdpat di dalam simcard yang saya percayai mula rosak. Kemudian menggunakan simcard baru pada amplifier. Sistem berjalan dengan baik.

Semasa pemeriksaan ke dalam bangunan, di tingkat atas telah ada 8 buah sarang dan 3 daripada srang tersebut ada burung walit (mungkin ada telor,kerana sekarang musimnya). Di tingkat bawah tiada sarang kelihatan.

Penemuan ini menunjukkan hanya dengan menukar lagu yang betul, walit telah mula mendiami bangunan dan bersarang. Cadangan perubahan lain di tangguhkan ke satu masa yang akan datang. Observation terhadap rumah ini dilanjutkan ke masa yang akan datang.

Skian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun


Thursday, March 28, 2013

MAKMAL WALIT DR AZIZOL : PERIHAL BANJIR BULAN DISEMBER 2012

Salam hormat,

An update yang terakhir mengenai makmal ini ialah melalui penulisan saya pada bulan August,2012.

Semenjak banjir pada akhir bulan Disember, 2012 saya tidak boleh memasuki makmal ini disebabkan daun pintu masuk masih melekat (kembang disebabkan air banjir) sehinggalah pada 27hb March,2013 baru-baru ini. Oleh itu saya tidak dapat hendak menceritakan apa yang berlaku dan apa kesanya terhadap walit yang mendiami makmal ini, sebaik selepas banjir berkenaan.

Berikut saya gambarkan bangunan makmal ini di saat banjir pada tahun 2011. Banjir tahun berkenaan tidak besar, berbanding pada Disember tahun 2012.







                                             Dalam Bilik Video

Tetapi banjir pada Bulan Disember,2012 lalu lagi besar dan air di dalam bilik video ini melepasi ketinggi switch bord. Lihat gambar berikut,



Perhatikan kesan habuk polystrene di daun pintu yang berwarna hitam. Itulah ketinggian air kali ini. Peralatan video, kipas angin telah diselamatkan oleh pekerja Kembar Teguh dan swtch letrik di putuskan pada hari berkenaan.

Berikut gambaran di dalam makmal ini di tingkat bawah.



Perhatikan air naik hampir mencecah papan sirip, kira dua kaki sahaja lagi. Saya memikirkan bagaimanakah walit yang tingal ditingkat bawah ini hendak turun. Nampaknya tiada masaalah.

Pemeriksaan saya pada 27hb March (baru-baru ini), saya mendapati ada 32 buah sarang ditingkat bawah. Kebayakan sarang ada anak dan telor.



Pengiraan walit pada sebelah petang hari berkenaan mendapati sebanyak 141 ekor balik ke Makmal. Jumlah ini tidak berbeza berbanding pada pertengahan tahun 2012.

Kesimpulanya, banjir berkenaan tidak menjejaskan walit yang mendiami makmal ini. Cumanya, anda yang hendak mendirikan RBW yang baharu perlulah berhati-hati. Tempat yang dahulunya tidak banjir, kini terjejas terus.


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun