Friday, March 22, 2013

ALAT MENGUKUR TAHAP KELEMBAPAN DALAM SBW

Salam hormat,

Kita semua tahu bahawa di dalam SBW mentah mengandungi air. Air ini boleh berpunca daripada sarang itu sendiri, punca air yang kita spray semasa memungut sarang, kelembapan daripada alat pengabut udara dan punca lain seperti kebocoran atap rumah walit dan sebagainya.

Bagi pembeli dan pemproses SBW (bagi kes ini) mereka meletakkan 15% kandungan air sebagai tahap moisture yang diterima. Bermakna pembeli tidak akan menolak dari berat asal sarang, jika tahap kelembapan sarang disekitaran 15%. Jika bacaan dibuat menunjukkan 18%, iaitu 3% lebih daripada tahap yang dikehendaki, bermakna pembeli akan meminta persetujuan anda untuk menolak 3% kandungan air daripada berat asal sarang.

Misalanya,

             Berat sarang gred A = 0.987 Kg
             Lebihan kandungan air = 0.03 peratus

             Berat sarang yang dibayar =  0.987 X 0.97
                                                  =  0.95739 Kg

             Jika harga belian bagai Gred A = RM1,800
             Pendapatan anda ialah           = RM ( 1,800 X 0.95739)
                                                        = RM 1,723.30

Rupa alat berkenaan, mungkin ada pelbagai jenis atau brand di pasaran, yang ditunjukkan kepada saya adalah seperti berikut:-



Penggunaanya pula seperti berikut,





Dua terminal ( atau pin ) yang terdapat pada alat pengesan dikenakan ke sarang dan di biarkan bacaanya stabil dalam  30 saat lebih kurang, maka itulah kadar kelembapanya. Bagi satu satu proses pembelian, pembeli akan mengunji sekitaran 5 ke 10 sarang bagi mendapatkan purata kandungan air konsignment berkenaan.


Skian dahulu,



Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, March 17, 2013

PASARAN SBW DI NEGARA CHINA

Salam hormat,

Untuk makluman semua, maklumat yang saya paparkan di dalam penulisan kali ini adalah berpunca daripada MATRADE, yang saya perolehi tidak berapa lama dahulu.

Daripada 600 tan metrik penghasilan SBW dunia, saya jangka dalam tahun 2010 kerana tidak dinyatakan, 500 tan metrik dibawa masuk ke negara China. Daripada jumlah ini hanya sebanyak 17 tan metrik yang diimpot masuk dan direkodkan secara sah. Bakinya telah memasuki negera China melalui "grey market".

SBW yang tinggi permintaanya di negara tersebut adalah berbentuk "clean and raw form". Kegunaan utamanya ialah di dalam penyediaan makanan dan kegunaan perubatan oleh Tradisional Chinese Medicine (TCM). Kesemua SBW tidak digunakan secara mentah. Mereka merendam dahulu kemudian dimasak/rebus, baharulah digunakan.

Harga pasaran, pada masa maklumat ini diperolehi, adalah diantara RMB10,000 se kilogram hingga RMB100,000 se kilogram. Termahal adalah yang berbetuk SBW yang asli. Unit RMB adalah merupakan nilaian perdagangan wang negara China.

Amnya, SBW tidak popular di kawasan sebelah barat China. Aktiviti pengimpot tertumpu kepada:-

1. Fujian Province,
2. Beijing,
3. Guangdong Province,
4. Zhejiang province, dan
5. Shanghai.

Manakala pengedar pula tertumpu kepada pengimpot-pengimpot di atas, dan

1. Shandong province, dan
2. Sichuan province.

Contoh pihak yang mengimpot ialah:-

1. Xiamen Industrial Development Co. Ltd,
2. Foshan city,
3. Guangdong HPB Pharmaceutical Co. Ltd,
4. Guangzhou Longbio Heart Yan Food Co. Ltd,
5. Sichuan Province Co. Ltd,
6. Chinese Herbal medicine Branch Co. Ltd dan
7. Hong Kong Kaitaitang Pharmaceutical Co. Ltd



Jika ada diantara anda yang memerlukan alamat web dan e-mail syarikat berkenan, boleh hubungi saya kembali.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, March 6, 2013

PASARAN SARANG BURUNG WALIT DIBUKA SEMULA

Salam hormat,

Untuk rakan-rakan sewalitan yang mengikuti perkembangan melalui blog saya ini, sukacita dimaklumkan pasaran SBW telah dibuka semula, selepas Tahun baru China baru-baru ini.

Di Terengganu pada 2 hari lepas harga SBW mentah dibeli dengan harga RM1,300 bagi gred A dan pukal dengan harga RM800 sekilogram.

Sebelum Tahun baru China yang lalau ada rakan Tionghwa menyatakan kepada saya, selepas Tahun Baru China harga mungkin jatuh ke paras RM500 sekilogram. Alhamdullilah nampaknya ia tidak berlaku dan harga masih kukuh.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, March 1, 2013

PERALATAN ULTRASOUND

Salam Hormat,

Cuma sekadar untuk menunjukkan rupa peralatan ultrasound. Sekian lama saya mendengar cerita mengenainya, baru beberapa bulan lepas berpeluang melihat sendiri peralatan berkenaan. Jadi saya tunjukkan kepada anda di bawah.




                                                   MP3 Player

Alat di atas digandingkan dengan satu alat lagi, seperti berikut.





Daripada sound converter ini disambungkan ke tweeter atau speakers.

Tujuan asal penggunaanya ialah untuk menghasilkan suara pemikat walit di bawah aras pendengaran manusia. Sekali gus dapat menghindar masaalah bunyi bising dan kacau ganggu.

Keberkesanan sistem ini bagi memikat walit masih kurang jelas. Rumah dimana saya melihat alat ini juga akhirnya menggunaakn sistem biasa bagi memikat walit.

Sesiapa yang ada pengalaman dan pernah menggunakan alatan ini, harap dapat e-mail saya untuk dimuatkan disini dan bagi pengetahuan ramai.

Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, February 26, 2013

TEST CUBE KURANGKAN PENGGUNAAN BATA

Salam hormat,

Seorang pengusaha RBW di Klebang, Melaka telah menggunakan batu (konkrit) test cube di dalam pembinaan dinding RBW beliau. Diperhatikan banyak juga batu ini digunakan dan ia jelas boleh mengurangkan penggunaan batu-bata dalam pembinaan dinding RBW berkenaan.




                           Test Cube yang telah dijadikan dinding (dari dalam)

Setiap test cube berukuran 15sm.



                                   Test Cube yang di warna dan tidak dipakai

Menurut pengusaha ini test cube ini banyak digunakan di dalam satu-satu pembinaan bangunan yang melibatkan banyak penggunaan struktur konkrit. Ia digunakan bagi menguji kekuatan sesuatu konkrit yang dibina. Batu test cube ini juga dibuat mengikut satu piawaian mengenainya. Beliau mendapatkan batu ini secara percuma.


Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, February 9, 2013

SELAMAT TAHUN BARU

Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada rakan-rakan Tiong Hwa serta rakan sewalitan. Moga ditahun yang baru ini kita semua akan beroleh kejayaan yang lebih baik, khususnya dari sudut harga komoditi SBW. Saya juga mengharapkan harga pembukaan SBW selepas Tahun Baru ini juga berada di kedudukan yang baik.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, January 26, 2013

URUSAN JUAL-BELI SBW TERHENTI SEKETIKA

Salam hormat,

Mulai hari ini saya dimaklumkan oleh pembeli biasa bahawa urusan jual-beli SBW telah mula ditutup, ekoran penutupan pasaran di negeri China, sempena sambutan Tahun Baru. Perkara ini berlaku disetiap tahun, cumanya saya memperingatkan mereka yang memiliki SBW pada ketika ini.

Bagi mereka yang memiliki SBW, saya cadangkan supaya menyimpan baik-baik sarang tersebut sehingga pasaran di buka semula selepas Tahun Baru China nanti.

Walau pun pembeli terpaksa menerima jualan, bagi kes-kes tertentu, tetapi pembeli mengambilnya dengan harga yang teramat murah, sekitaran RM1K sekilogram.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun