Kuala Berang, Hulu Terengganu (14hb Jun, 2012). Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Hulu Terengganu, yang dipimpin oleh Cik Munirah dan dibantu oleh beberapa orang kakitangan beliau telah berjaya menghasilkan satu produk Sarang Burung walit (SBW) yang berasaskan ice cream.
Ini adalah merupakan satu usaha kreativiti yang bagus dan saya mengucapkan syabas serta tahniah kepada kakitangan JPV Hulu Terengganu di atas usaha tersebut.
Amnya, ice cream SBW ini adalah gandingan ice cream susu kambing dan jelly yang mengandungi SBW. Saya dimaklumkan 4 keping SBW telah diproses untuk menghasilkan 50 cawan ice cream SBW. Proses pertama ialah menyediakan jelly yang mengandungi SBW kemudian dimasukkan ke adalam cawan ice cream dan dibiarkan beku. Kemudian barulah di atasnya dimasukkan ice cream susu kambing, serta toping ice cream yang berwarna-warni. Kaedah ini menjadikan produk ice craem SBW ini dua lapis. Lapisan di bawah sekali ialah jelly yang mengandungi SBW ( anak panah di dalam gambar ).
Prototype produk ini disimpan di dalam peti sejuk, dan akan diperkenalkan kepada umum di satu pamiran di bandar Kuala Berang, sempena pesta Pekan Budaya daerah Hulu Terengganu yang sedang berlangsung antara 15hb hingga 30 Jun ini.
Saya telah mencadangkan kepada pihak JPV Hulu Terengganu supaya produk ice cream ini diberikan satu jenama yang unik dan ia boleh dimahsyurkan sebagai sata produk identiti bagi Kuala Berang di masa-masa yang akan datang. Saya rasa masih banyak usaha penambahbaikan perlu dilakukan kepada produk asal ini, supaya ia lebih menarik, tidak terlalu mahal serta diminati ramai. Walau apa pun, ini adalah merupakan satu usaha yang perlu diberikan sokongan dan ucapan Tahniah.
Skian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun
Saya menyediakan khidmat rundingcara untuk membina rumah walit baru, ubahsuai dan baikpulih rumah walit yang bermasaalah. Khidmat kursus ala digital peternakan burung walit juga disediakan.
Saturday, June 16, 2012
Thursday, June 7, 2012
POKOK-POKOK YANG MENGHASILKAN SERANGGA UNTUK BURUNG WALIT
Kita semua mengetahui bahawa walit memakan serangga yang terbang ke udara. Ada di antara serangga-serangga ini berkait rapat dengan bunga dan ada pula yang yang berkait dengan buah pokok-pokok tertentu. Ini bermakna pokok-pokok atau tanaman ini boleh membantu menarik minat walit untuk ke RBW yang kita bina, jika pokok-pokok ini berada berhampiran dengan rumah berkenaan.
Pokok-pokok yang diceritakan di dalam penulisan ini adalah hasil penelitian saya sendiri. Ada di antaranya telah disebut dan dirakam di dalam buku-buku walit dari seberang. Ada juga di antaranya yang telah dirakamkan di dalam blog dan halaman web individu pengusaha serta peminat walit yang lain.
Pokok yang pertama dikaitkan dengan walit ialah pokok Rhu ( Pinus radiata ). Di Indonesia ia dikenali sebangai pohon Cemara. Lokasi pemerhatian saya ialah di kalangan pokok-pokok Rhu di sekitaran water front, Kuala Terengganu. Pada tahun 2010, saya kerap ke water front ini untuk meneliti perangai walit, yang berada di rumah-rumah burung walit di Kg China Kuala Terengganu, terutamanya di awal pagi sewaktu walit terbang keluar untuk pergi memburu makanannya.
Sebaik sahaja walit-walit ini keluar beramai-ramai di awal pagi, kira-kira jam 6.20 pagi, saya perhatikan di antara pokok yang menjadi tumpuan sesetangah walit ialah pokok-pokok Rhu yang berada di sini. Walit-walit ini akan mengelilingi pokok-pokok Rhu di sini, ada yang lama dan ada yang dikunjungi oleh sekelompok walit. Saya perhatikan walit-walit ini menangkap serangga yang terbang di sekeliling pokok ini terutamanya di bahagian pucuk. Dalam tempoh kira-kira 20 minit, setelah serangga habis di makan, walit-walit ini akan terbang menuju ke arah hulu sungai, sambil melalui kawasan tanaman dan pokok-pokok yang berada di tepi sungai tersebut.
Sambil itu saya sempat memerhatikan segelintir walit yang menjunam dua kali ke permukan sungai dan kemudian meneruskan penerbanganya ke hulu sungai. Saya kurang pasti sama ada walit-walit ini turun untuk meminum air atau mempamirkan sebahagian daripada perangai walit itu sendiri. Air sungai disini adalah air payau.
Pokok yang kedua dan berkaitan dengan walit ialah pokok petai belalang ( Leucaena luecocephala ). Di dalam penulisan buku walit dari Indonesia, ia disebut sebangai Lamtoro. Patai belalang ini berbunga dari masa ke semasa. Jika kita perhatikan pada jarak yang dekat, memang bunga pokok petai belalang ini menarik minat beberapa jenis serangga pelbagai saiz. Kebanyakkanya serangga ini dari aturan Hymenoptera.
Saya juga berkesempatan melawat sebuah RBW di daerah Marang, Terengganu yang sememangnya ditanam pokok petai belalang berhampiran dengan RBW yang didirikan. RBW ini menghasilkan kira-kira 3 kilogram sarang sebulan. Pokok petai belalang adalah merupakan satu jinis pokok yang kita boleh tanam dan sesuai jika ditanam berhampiran dengan RBW kita. Cara menanam dan penjagaannya juga mudah.
Ke tiga, ialah pokok nangka ( Artocarpus heterophyllus ). Jika kita meneliti pokok nangka ini, terutamanya yang kurang penjagaannya, terdapat satau atau dua buah nangka yang rosak dan buruk. Ia berbau seperti nangka yang masak, banyak serangga terbang dan bebari yang tertarik kepada buah ini. Seperti juga pokok sebelum ini, walit kelihatan berlegar-legar di udara dan mengelilingi pokok ini. Pemerhatian saya kali ini dilakukan di ladang milik Kaprima Prime di Alor Gajah Melaka.
Pokok yang ke empat, yang saya perhatikan menjadi minat dan tumpuan walit pada masa-masa tertentu ialah pokok Ara. Terdapat banyak penulisan dan keterangan mengenainya di dalam internet. Menurut sumber ini di dunia terdapat kira-kira 600 specis pokok Ara dan 101 daripadanya berada di semenanjung Malaysia.
Pemerhatian saya kali ini datangnya daripada dua lokasi yang berbeza. Pertama di George Town Pulau Pinang, sekitaran lebuh pantai, dan melibatkan Ara Jejawi ( Ficus microcarpa ) dan di ladang Kaprima Prime Alor Gajah Melaka yang melibatkan pokok Ara Kelumpong ( Ficus variegata ).
Bagi Ara Jejawi di Pulau Pinang, banyak walit beterbangan di ruang atas pokok ini semasa pemerhatian dibuat. Pengamatan jarak dekat mendapati pokok ini berbuah dan ada yang telah masak. Serangga terbang agak sukar dilihat kerana pokok ini besar, tinggi dan rimbun.
Bagi pokok Ara Kelumpong pula, jika kita perhatikan dengan jarak dekat di celah-celah daham pokok akan nampak serangga halus yang berterbangan dan menyerupai bebari. Ia boleh dilihat dengan mata kasar dan lebih jelas bila ada cahaya matahari yang memasuki rimbunan pokok. Populasi serangga ini paling banyak semasa buah Ara ini masak. Biasanya pokok ini bukan ditanam, ia tumbuh sendiri di merata tempat. Pokok ini berbuah sepanjang tahun. Masa ini kita akan dapat lihat walit senantiasa mengelilingi pokok.
Saya juga difahamkan, pada hari ini telah ada pihak yang membuat semaian dan menjual pokok Ara Kelumpong ini, khususnya kepada pemilik RBW.
Pokok yang terakhir ialah pokok pisang ( Musa spp ). Penelitian saya mengenai pokok pisang ini ekoran satu maklumat ( yang saya tidak dapat pengesahan ) yang menyatakan ada sebuah RBW di Kg Tok Kah (Dungun, Terengganu) menghasilkan 10 Kilogram sarang sebulan pada tahun ke dua beroperasi. Saya cuba hendak melawat projek ini, tetapi gagal. Saya hanya dimaklumkan bahawa RBW ini terletak ditengah-tengah ladang pisang yang agak luas.
Kajian saya mengenai pokok pisang dijalankan di ladang pisang milik Kaprima Prime, Alor Gajah Melaka. Berbekalkan dengan kanta jarak dekat ( Micro lenses ), saya meneliti beberapa pokok pisang selama dua hari berturut-turut. Terbukti, di dalam dusun pisang ini memang banyak serangga terbang dan menjadi makanan walit. Serangga terbang ini jelas terdapat dengan banyaknya pada pokok pisang yang berbunga. Ada ketikanya serangga juga terdapat di bahagian pucuk dan batang pisang itu sendiri.
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, June 4, 2012
PAPAN SUDUT SERTA PERANANNYA
Apakah papan sudut wajib atau misti dipasang di sudut-sudut nesting planks di dalam RBW kita? Jawapnya tidak. Tetapi amat digalakkan supaya dipasang, kalau tidak di semua sudut sekali pun.
Papan sudut yang digunakan elok yang bersudut tepat (lihat gambar di bawah). Apabila dipasang ia tidak mewujudkan sebarang rongga di sudut berkenaan. Papan sudut yang lain akan mewujudkan rongga (gambar di atas ). Rongga-rongga ini nanti akan menjadi tempat lipas bersembunyi dan bersarang. Bayangkan jika RBW kita 3 tingkat dan berukuran 40' lebar dan 60' panjang, berapa banyak kah rongga ini yang perlu diteliti semasa melakukan pemantauan dan pengurusan musuh walit. Jadi keadaan ini boleh merumitkan pengurusan RBW, terutamanya apabila lipas menjadi masalah.
Kita semua sedar di peringkat awal pengoperasian RBW sehingga ke setahun, yang datang dan menginap di RBW kita ialah walit-walit muda. Sudah menjadi tabie walit muda ini akan membuat sarang di sudut-sudut nesting planks. Bermakna sarang yang dihasilkan ialah sarang Gred C.
Pemasangan papan sudut ini boleh meningkatkan gred sarang tersebut. Jika walit membuat sarang di sudut-sudut yang dipasang papan sudut ini, gred sarang boleh naik ke Gred B. Harga belian antara Gred B dan Gred C boleh berbeza sehingga RM1,000 sekilogram.
Papan sudut ini biasanya diperbuat daripada kayu meranti merah juga. Ada juga kebelakangan ini ia diperbuat daripada plastik dan ia tidak menimbulkan sebarang masaalah kepada walit.
Papan sudut ini boleh diperolehi di kedai-kedai pembekal peralatan RBW. Harga seunit sekitaran RM2.50. Anda juga boleh membuatnya sendiri, cuma memerlukan masa. Anda boleh gunakan serpihan papan sirip bagi tujuan ini.

Sunday, June 3, 2012
PROJEK RBW PALING SESUAI BAGI ORANG MELAYU KHUSUSNYA BAGI GOLONGAN MUDA
Kenapa saya berkata demikian?
Sebelum saya ulas, cuba anda teliti rajah berikut. Bandingkan dengan bidangusaha peternakan yang lain. Maksud bidangusaha peternakan itu termasuklah menternak kerbau-lembu, ayam-itik, kambing-bebiri, puyuh dan juga arnab.
Satu sikap negatif kebanyakkan orang Melayu ( pada tanggapan saya ) ialah mereka hendak buat kerja yang paling mudah tetapi berkehendakkan hasil yang tinggi. Kalau boleh seperti ungkapan Tabur, Tinggal dan Tuai (3T). Saya bukan bercerita tentang work smart atau lain-lain bentuk kreativiti. Berbalik kepada gambar rajah yang saya tunjukkan di atas, bidangusaha RBW adalah merupakan bidangusaha yang paling hampir dengan konsep 3T tadi dan juga paling sesuai dengan budaya orang Melayu. Projek peternakan banyak yang tidak sesuai dengan budaya orang Melayu. Ia tidak boleh ditinggalkan, makanan misti diberi berterusan dan mengikut keperluan serta jadualnya.
Olehkerana ia tidak melibatkan sebarang kerja setiap hari, membolehkan anda bebas menggunakan masa yang ada untuk kegiatan ekonomi yang lain. Dengan lain perkataan anda mampu mendapat dua pendapatan setiap bulan, tetapi menjalankan satu kegiatan atau kerja sepenuh masa. Contoh mudah, cuba anda perhatikan beberapa kedai hardware milik orang China, pada masa yang sama ia mendirikan RBW di atas atau di tepi perniagaan hardware tersebut.
Ini juga bermakna, projek ini sesuai untuk pegawai kerajaan ( dan ia tidak bercanggah kepentingan ), kakitangan sektor swasta, peniaga, dan sebagainya. Pengalaman saya juga membuktikan projek ini paling sesuai bagi pesara kerajaan.
Saya pernah ditonjolkan oleh seorang anak muda, seorang yang berijazah, tidak bekerja dengan kerajaan tetapi bekerja sendiri mampu memiliki kereta mewah ( seperti di dalam gambar di atas ). Satu daripada punca pendapatan yang membolehkan beliau memakai kereta mewah ini ialah kerana adanya sebuah RBW milik keluarganya. Atas kesedaran potensi bidangusaha RBW ini, saya amat yakin keadaan ini memang boleh berlaku dan boleh dicapai, jika kita memiliki sebuah RBW skala sederhana yang berjaya. Jika beliau boleh, saya yakin anak-anak muda lain juga boleh.
Saya menekankan pentingnya projek ini bagi orang muda, selain daripada mampu mencapai tahap pendapatan yang tinggi, golongan ini dapat menikmati hasil lebih lama dan sehingga ke anak cucu mereka. Kebebasan kewangan yang dicapai juga mampu memberikan lebih ruang dan masa untuk menjaga atau memberikan perhatian kepada ke dua-dua ibu bapa yang mungkin telah tua dan kurang upaya. Kesibukan bekerja dan mencari wang pada hari ini telah menyebabkan ramai ibu atau bapa yang terabai.
Orang muda dan para belia...fikirkan lah.
Skian.
Dr Azizol Mohd sharun

Saturday, May 26, 2012
MUKAH DESTINASI PEMINAT WALIT
Mukah adalah satu daerah dan bandar yang tidak asing lagi bagi peminat walit. Terletak kira-kira 3 jam perjalanan darat ke utara bandar Sibu, Sarawak.
Pada tahun 2010, saya telah diberikan pendedahan lanjutan mengenai bidangusaha walit di sini. Lawatan kami telah dirancang dan diaturkan sedemikian rupa supaya matlamat lawatan tercapai. Semasa lawatan dibuat salah satu model bidangusaha yang menjadi tumpuan ialah Rumah Burung Walit (RBW) berskala kecil dan sederhana.
Kali ini saya hendak berkongsi pengalaman perjalanan tersebut agar anda juga dapat mengenali Mukah serta pembelajaran yang diperolehi ekoran lawatan yang telah kami lakukan.
Semasa kami melawat, jalanraya yang menghubungkan bandar Sibu dan Mukah masih dalam pembinaan. Perjalanan memakan masa kira-kira 4 jam. Tidak ada banyak perkara yang boleh diceritakan di sepanjang perjalanan ke sana waktu itu. Saya telah difahamkan sekarang jalan darat ini telah siap sepenuhnya dan hanya mengambil masa kira-kira 3 jam sahaja ke Mukah daripada bandar Sibu.
Pertama sekali kami didedahkan kepada sebuah rumah kedai, di tingkat 3, yang telah diubahsuai untuk dijadikan RBW. Ia telah beroperasi selama 7 tahun. Perhatikan jumlah serta kepadatan sarang yang ada dan agaknya berapa kilo kah hasil bulanan bidangusaha ini? Ini juga memberikan gambaran, untuk mendapat hasil yang bermakna, RBW kita memerlukan tempoh masa yang agak sama, iaitu lebih kurang 7 tahun.
Seterusnya kami dibawa ke satu lokasi rumah panjang, di mana sebuah RBW skala sederhana telah dibena berhampiran, beroperasi dan dikongsi di antara ahli keluarga rumah panjang tersebut.
RBW ini berukuran 20 kaki lebar, 30 kaki panjang dan 15 kaki tinggi. Di dalamnya dibena 2 tingkat untuk walit bersarang. Semasa lawatan, walit telah menduduki rumah ini, tetapi hasil bulanan yang tidak banyak. Perhatikan cara walit memasuki rumah ini "melawan pusingan jam" atau anticlockwise.
Seterusnya, kami melawat pula sebuah model RBW berskala kecil, dan pada pendapat kami amat sesuai ditiru konsep pembinaannya. Pendekatan ini amat sesuai bagi mereka yang berpendapatan kecil atau sukar memperolehi pinjaman dari bank untuk pembiayaan. Ia juga amat sesuai bagi mereka yang bimbangkan risiko walit tidak masuk dan mendiami rumah yang dibena. Rumah ini membuktikan bahawa RBW boleh dipebesarkan kemudian tanpa masaalah.
Asalnya RBW di atas adalah seperti gambar berikut.
Kami diberitahu, rumah asal ini dibena dengan kos RM10,000 sahaja pada ketika itu. Setelah beberapa lama beroperasi dan jumlah walit telah memenuhi ruang, maka bahagian bawah didinding, lubang antara lantai disediakan, maka jadilah RBW ini dua tingkat. Rezeki terus datang melimpah ruah dan RBW ini terpaksa disebar ke kiri dan ke kanan. Perhatikan di dalam kes ini, pembesaran rumah hanya dengan menggunakan hasil walit sahaja.
Untuk program sehari, itu sahaja yang sempat kami lawati dan kami terpaksa balik ke Sibu dengan menaiki boat dan perlu sampai sebelum senja. Dalam pada itu kami ternampak sebuah RBW yang didirikan di atas sebuah cabin pejabat penimbang. Kami tidak dimaklumkan sama ada walit telah mendiami rumah ini atau pun tidak.
Boat yang kami naiki ini rupanya berhenti-henti di sepanjang perjalanan, sama seperti bas yang berhenti-henti apa bila ada penumpang yang hendak menaikinya di perhentian yang telah ditetapkan. Apa yang membimbangkan kami, jumlah penumpang yang agak ramai berbanding dengan saiz boat yang kecil. Bagusnya pula boat ini, pada pandangan saya, ia dipacu oleh dua injin yang mempunyai kuasa kuda yang tinggi. Jadi ada rasa keyakinan sedikit. Mungkin bagi mereka yang lain kerana sudah biasa menaiki boat ini, tidak besara bimbang. Kadang-kadang apabila melihat air sungai yang berwarna kuning, terfikir sungai ini msiti dalam dan berbuaya. Kita kerap di paparkan di dalam akhbar di Sarawak berlaku banyak kes buaya memakan manusia. Kadangkala terasa bimbang juga. Walaubagaimana pun perjalanan terpaksa diteruskan juga.
Semasa di dalam perjalan ini, kami terlihat beberapa RBW di tepi-tepi sungai seperti gambar berikut.
Alhamdullilah, akhirnya boat kami selamat sampai di Sibu dan kami bermalam. Ke esokkan harinya kami meneruskan perjalanan balik ke Semenanjung.
Skian.
Dr Azizol Mohd Sharun.

SARANG TIRUAN
Semalam (25hb Mei,2012) saya diminta untuk melihat dan memberikan pandangan ke atas sebuah RBW yang telah siap dibina dan telah beberapa hari memulakan pemanggilan walit. RBW ini adalah merupakan ubahsuai sebuah rumah kediaman yang tidak digunakan lagi. RBW ini terletak di Termerloh, Pahang.
Satu perkara yang kerap saya jumpa, termasuk di RBW yang saya lawati ini, pengusaha tidak menggunakan sebarang bentuk sarang tiruan untuk memikat walit. RBW saya di Jerangau menggunakan sarang tiruan untuk memikat walit supaya menetap dan kekal tinggal di dalam rumah tersebut. Di dalam sessi ceramh saya pun selalu saya sarankan supaya dipasang sarang tiruan di dalam RBW yang baru.
Kita semua mengetahui walit muda yang kita pikat untuk menetap di dalam RBW yang kita bina, di peringkat permulaan ini, tidak mampu untuk mengeluarkan cecair air lior yang banyak untuk membuat sarang. Itu sebabnya kita lihat di peringkat awal RBW kita mendapati banyak sarang yang dibina di sudut-sudut. Andaiannya, sarang tiruan akan mempermudahkan walit muda untuk bertelor, hanya dengan touching-up sarang ini sahaja sudah boleh bertelor.
Perhatikan di dalam gambar infrared di atas. Walit telah mula hinggap di salah sebuah sarang tiruan yang dipasang. Tidak lama kemudian diperhatikan ia telah bertelor.
Kita hendaklah terus memerhatikan perkembangan di dalam sarang ini. Seterusnya telor-telor ini akan menetas.
Kira-kira sebulan kemudian, anak walit ini telah mula terbang dan meninggalkan sarang tiruan.
Apabila sarang ini dikosongkan, segeralah menanggal dan membuang sarang tiruan yang telah digunakan ini. Jika terlambat, kira-kira dalam tempoh 10 hari kemudian pasangan walit ini akan bertelor semula. Kali ini ia hanya menokok-tambah asas sarang yang telah dibina pada musim yang lalu. Bermakna pengusaha telah kerugian satu sarang untuk dijual. Jadi amat mustahak sarang tiruan ini segera di buang, setelah digunakan.
Di dalam tempoh 6 bulan pertama, saya tidak galakkan kita memasuki bangunan dan membuang sarang yang telah digunakan. Ini bagi mengelakkan kacau-ganggu. Memang tidak dinafikan dalam tempoh 6 bulan ini memang ada sarang yang telah digunakan 2 kali. Tindakan membuang sarang tiruan ini hanya dilakukan selepas tempoh 6 bulan ini berlalu sahaja.
Di musim bersarang yang akan datang, walit ini akan membuat sarang yang betul, mungkin disudut lain. Pengalaman saya tiada seekor pun yang membina sarang betul di tapak sarang tiruan yang telah kita buka. Di dalam RBW saya juga perhatikan, tidak semua sarang tiruan yang kita pasang digunakan secara serentak, ada yang digunakan selepas setahun. Tetapi akhirnya, semua sarang tiruan ini digunakan.
Ada juga sang walit ini yang cuba berjenaka dengan saya dengan membina sarang betul bersetentangan di atas sarang tiruan yang saya pasang. Walau apa pun, yang penting walit telah berjaya dipikat, mediami dan menetap di dalam RBW yang kita bina.
Sarang tiruan ini ada beberapa jinis dan berharga antara RM3.50 seunit hinggalah ke RM6.50 seunit. Bagi kawasan nesting area seluas 10 kaki persegi, andaikata jarak antara papan sirip ialah 18 inci, saya cadangkan supaya diletakkan sebanyak 3 ke 5 keping. Tiada aturan atau standard dalam pemasangan sarang ini.

Saturday, May 19, 2012
KURSUS ASAS PETERNAKAN WALIT UNTUK BULAN JUN 2012
Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Sepertimana biasa, kami di Ag Walit Training Centre akan mengadakan kursus sehari untuk bulan Jun, 2012 seperti di paparan berikut.
Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Cik Suzana Jasmin, seperti yang tertera diatas.
Terima Kasih

Subscribe to:
Posts (Atom)