Friday, May 18, 2012

TANAMAN GAHARU

Saya yakin anda misti tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya menulis mengenai kayu gaharu, bukankah halaman atau blog ini selama ini dimuatkan dengan penulisan mengenai walit sahaja? Memang selama ini blog ini memaparkan cerita mengenai walit sahaja. Tanaman gaharu pun ada kaitan dengan bidangusaha walit..teruskan membaca...


Saya telah memerhatikan hal kayu gaharu ini semenjak tahun 2010 lagi apabila saya terlibat sebagai salah seorang daripada penceramah walit bagi setiap program yang dijalankan oleh ANGKASA. Jadi saya sering mendengar ceramah yang diberikan oleh salah seorang daripada penceramah kumpulan ANGKASA yang menjalankan seminar asas peternakan burung walit ini.Tajuk ceramah beliau ialah integrasi walit dengan tanaman gaharu. Setelah beberapa siri ceramah saya masih tidak kisah lagi. Sehinggalah kebelakangan ini di mana saya didedahkan kepada bisnes ini dengan lebih jelas lagi, dan satu bisnes yang aktif berjalan di dalam negara kita sehingga ke hari ini. Saya amat tertarik dengan jumlah wang yang terlibat di dalam satu-satu transsaksi, beratus ribu ringgit nilainya. Hampir semua yang terlibat dengan multibillion dollar bisnes ini ialah orang China.


Setelah memikirkan perkara ini, saya membuat keputusan, tanaman gaharu ini perlu didedahkan kepada orang Melayu, yang banyak memiliki tanah pertanian, secepat mungkin. Jadi inilah kesempatan dan ceritanya...


Di dalam ceramah walit, saya di akhir pembentangan sessi ada menunjukkan perlunya pendekatan atau arah tuju baru sektor pertanian. Saya mencadangkan jika kita bergiat dengan aktiviti pertanian sebenar ( misalnya bertanam padi, bertanamn jagung, berkebun getah atau kelapa sawit, dan aktiviti pertanian yang lain) sesuai digandingkan dengan bidangusaha walit. Demikian juga dengan sektor perikanan dan peternakan.


Bagi tanah yang terbiar pula, misalnya sawah terbiar yang banyak terdapat di setiap negeri, saya mencadangkan supaya bidangusaha walit ini diintegrasikan dengan tanaman kayu atau pokok gaharu. Di sinilah sebabnya kenapa saya menulis mengenai tanaman gaharu di dalam blog ini.


Saya sedar anda mungkin telah terjumpa blog atau halaman web lain yang menerangkan konsep yang sama, namun demikian sebagai salah satu usaha untuk menyebar luas konsep ini, saya terpanggil untuk turut serta memberikan sedikit penerangan mengikut prespektif saya sendiri.


Pertama elok kita kenal dahulu pokok atau kayu gaharu ini.


Pokok kayu gaharu ini terdiri daripada satu genus, iaitu Aquilaria. Di dalam hutan Malaysia terdapat 7 species pokok gaharu, iaitu A.malaccensis, A.micricarpa, A.rostrata, A.hirta, A.brachyantha, A.crassana dan A.cumingaina.


Pokok gaharu ini seimbas pandang ia seakan-akan pokok durian belanda, terutamanya dibahagian daunya. Di dalam keadaan semula jadi di dalam hutan kita mungkin tidak perasan pokok ini kerana ia besar dan tinggi.




Selain daripada Malaysia, gaharu juga terdapat di negara-negara seperti China, Thailand, Indonesia, India, Pilipina, Papua New Guinea, Kemboja, Vietnam, dan kepulauan Maluku.Spesis yang terdapat di negara-negara tersebut ada yang berbeza antara satu dengan yang lain.


Di dalam keadaan biasa kayu pokok gaharu ini berwarna putih kekuningan. Bahagian teras pokok ini akan berubah menjadi teras kayu berwarna hitam choklat dan ada resin.Resin ini dihasilkan oleh pokok gaharu sebagai satu tindakbalas kepada jangkitan sejenis kulat yang diberi nama Phaeoacremonium parasitica. Resin yang dihasilkan terdiri daripada beberapa organis compounds yang mudah meresap ke udara, seperti minyak angin. Teras ini berbau wangi kayu.




Teras gaharu ini boleh dihasilkan oleh pokok yang berumur 3 tahun dan ke atas. Sejinis cairan yang mengandungi kulat (dijualoleh pihak swasta) disapukan dipermukaan kulit pokok, kira-kira 3 kaki dari aras tanah. Selepas itu bahagian dalam pokok ini beransur-ansur bertindak balas kepada serangan kulat ini dan mengeluarkan resin yang berwarna hitam kechoklatan dan mewarnai teras dibahagaian berkenaan.




Kenapa kayu gaharu penting selain daripada pokok lain yang bernilai komersial? Ini adalah harga kayu gaharu yang mahal. Harga sekilogran kayu gaharu ialah sekitaran RM1,000.00. Bayangkan satu pokok gaharu yang berteras baik dan seberat 100 kilogram, bermakna kita boleh mendapat pendapatan sebanyak RM100,000.00. Kalau kita ada seribu pokok..potensi hendak menjadi jutawan adalah cerah, di samping hasil walit yang diperolehi dalam tempoh yang sama.


Di mana hendak dijual kayu gaharu ini? Di Malaysia ada pembeli dan kebanyaknya terdiri daripada orang China. Penjualan kayu gaharu ini juga hampir menyerupai proses jual beli SBW. Jika kita ada kayu gaharu yang betul, walau pun seberat 1 kilogram sahaja, pembeli daripada Singapura atau pembeli daripada Taiwan akan datang sendiri melihat dan membelinya. Kayu gaharu ini kemudian diekspot melalui Singapura atau terus ke Taiwan atau pun China. Negara-negara Arab telah lama membeli kayu gaharu ini daripada Singapura. Saya yakin sebahagian daripadanya datang dari hutan negara kita.


Saya juga dimaklomkan disepanjang jalan ke mesjid Nabawi terdapat banyak kedai yang menjual minyak dan kayu gaharu. Demikian juga di Madinah. Sebelum ini memang pembeli utama kayu gaharu ini ialang negara-negara Arab.


Pucuk pokok gaharu juga boleh diproses untuk dijadikan teh gaharu.


Jika kita memiliki sehektar tanah, bagi tujuan membina RBW hanya akan mengguna pakai sdikit ruang sahaja. Bakinya sesuai diintegrasikan dengan tanaman gaharu. Benih gaharu boleh diperolehi dari pengeluar benih swasta.


Kayu gaharu ini kemudian diproses untuk menghasilkan minyak gaharu. Minyak ini adalah yang termahal di kalangan aromatic substance di dunia. Daripada minyak inilah kemudianya dihasilkan produk-produk seperti minyak wangi, syampoo dan lain-lain produk.


Ramai di antara pemilik kayu dan minyak gaharu ini juga percaya bahawa dengan pemilikanya rezeki bertambah murah di sampaing kasih sayang ( love ) yang melimpah ruah. Apakah benar? Hanya pemiliknya sahaja yang mengetahui...


Apa tunggu lagi? Ayuh cari lagi ilmu mengenainya dan laksana...


Skian, diharapkan penulisan ini telah memberikan sedikit ransangan minda kepada anda. InsyaAllah.




Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, May 15, 2012

BURUNG HANTU PEMANGSA WALIT

Bagi mereka yang hendak mendirikan sebuah Rumah Burung Walit (RBW) perlu sedar bahawa burung hantu adalah merupakan musuh walit.




RBW yang didirikan di kawasan perkampungan, di dalam ladang kelapa sawit, di kebun-kebun getah dan di pinggir sawah padi, burung hantu terdapat dan perlu diambil kira di dalam perancangan sewaktu hendak membena bangunan dan pengurusan sesebuah RBW. Jika tidak terkawal, burung walit tidak akan menduduki rumah yang dibena. Bagi RBW yang telah didiami, walit akan meninggalkan rumah tersebut.


Satu daripada rungutan atau bentuk aduan yang kita terima, dan berkemungkinan besar ada masalah burung hantu, seperti ini: "RBW saya sudah berumur 6 tahun, sarang tak sampai sekilo pun sebulan".


Kaedah pencegahan yang pertama yang kita boleh gunakan ialah dengan memilih rekabentuk di bahagian kemasukan walit. Pengetahuan umum menyatakan bahawa burung hantu tidak begitu berminat dan pandai terjun ke dalam bangunan, berbanding dengan dengan menggunakan lubang sisi atau tepi. Dari sudut kos terlibat, pembinaan yang menggunakan lubang sisi adalah lebih murah daripada rekabentuk lubang terjun atau lubang junam. Jadi buatlah pilihan yang sesuai buat anda.




Pengalaman saya mendapati, bagi lubang atau kekotak terjun yang besar, misalnya 10'x10' dan kemudianya ada pintu masuk ke dalam nesting area yang juga besar (lihat gambar berikut), burung hantu masih boleh masuk ke dalam bangunan.




Jika anda memilih rekabentuk begini, saya cadangkan supaya anda mengguna dan memasang sistem pagar elektrik di atas tembok dinding kotak junam dan di atas lantai pintu masuk ke nesting room (gambar di atas).Jika anda menggunakan sistem ini, ia perlukan pemantauan dari masa ke semasa. Jika ada binatang lain yang telah mati dan tersangkut di atas pagar ini, ia perlu dibersihkan dan jika dibiarkan sistem tidak akan berfungsi dengan baik. Jika berlaku juga electric failure di malam hari, misalnya selepas hujan petir yang kuat, sistem ini perlu dihidupkan semula dan jangan dibiarkan tiada bekalan elektrik beberapa hari, burung hantu sempat memasuki bangunan.




Penggunaan sistem pagar elektrik ini juga memerlukan kita meletakkan tanda pagar elektrik di lokasi yang sesuai. Bimbang tuannya sendiri yang terlupa dan terkena kejutan elektrik.


Pemerhatian saya juga, kaedah lubang terjun melalui sekeping atap ardex (lihat gambar berikutnya) setakat hari ini tiada pencerobohan oleh burung hantu berlaku, berbanding dengan kaedah lubang terbuka luas seperti di dalam gambar di atas sebentar tadi.






Bagi RBW yang menggunakan kaedah kemasukan walit menggunakan lubang tepi atau sisi, pelbagai kaedah pencegahan dan pengawalan telah dibuat. Ada yang memasang paku di lantai lubang. Ada pula yang memasang gulungan kawat berduri dan bermata seperti pisau dan ada juga yang menggunakan sliding gate. Anda boleh gunakan mana-mana kaedah yang sesuai buat anda. Elemen kos juga perlu diambilkira.




Pandangan semasa, penggunaan paku di atas lantai lubang masuk telah terbukti kurang berkesan dan RBW boleh dicerobohi burung hantu. Ini mungkin kerana jumlah paku yang digunakan tidak mencukupi maka dapatlah burung hantu meletakkan jari kakinya dicelah-celah paku tersebut, dengan lain perkataan hinggap di lubang masuk sebelum memasuki nesting room.


Setakat hari ini penggunaan kawat duri bergulung ( gambar di atas ) berkesan untuk mengawal burung hantu.


Ramai orang China dan yang berduit memilih untuk menggunakan sliding gate pada pintu masuk walit. Sliding gate ini berjaring halus. Gate ini beroperasi dan di kawal dengan menggunakan timer. Bermakna gate ini bergantung kepada bekalan elektrik untuk berfungsi dengan baikl. Gate tertutup secara automatik, misalnya antara jam 8 malam dan terbuka semula jam 6 pagi. Risiko utama sistem ini ialah jika berlaku bekalan elektrik terputus di saat walit hendak keluar, iaitu disebelah pagi. Telah berlaku satu kes dimana bekalan elektrik terputus di awal pagi sehingga ke tengah hari. Berlakulah kematian walit yang agak banyak disebabkan pelanggaran walit dengan pintu yang tertutup. Penutupan gate pada jam 8 malam juga ada sedikit masalah. Ada juga walit, tetapi tidaklah banyak, yang balik lewat. Burung-burung ini tidak akan dapat memasuki bangunan, dan ada juga yang melanggar gate ini dan jatuh mati.


Bagi RBW yang berada di dalam bandar dan menggunakan pintu masuk walit di sebelah tepi, pada pendapat saya tidak perlu bimbang kerana biasanya burung hantu tiada di bandar.






Kadangkala masalah burung hantu ini menjadi terlalu serius dan mengganggu emosi tuanya, berbanding dengan pelaburan yang telah dibuat, ada pengusaha yang mengambil keputusan untuk menunggu kedatangan burung hantu tersebut di malam hari dan membunuhnya dengan menggunakan senjata api.


Berkaitan dengan isu ini juga, saya suka menyarankan kepada pengusaha RBW, terutamanya yang di luar bandar dan di dalam perladangan, supaya tidak membunyikan suara memikat walit ( suara luar) 24 jam terus menerus. Matikan suara ini pada jam 8 malam. Gunakan timer untuk mengawal bunyi suara luar ini dan hidupkan semula pada jam 6 pagi. Suara luar yang terus dimainkan selepas jam 8 malam boleh memberikan signal kepada burung hantu bahawa rumah-rumah tertentu adalah rumah walit atau di mana adanya walit. Berkaitan dengan masalah ini eloklah suara luar dikawal.


Jadi baut anda yang belum membina RBW, buatlah perancangan yang terbaik serta dapatkan nasehat daripada mereka yang berpengalaman, agar masalah ini dapat dielakkan dan jika ada pun dalam keadaan yang boleh dikawal dengan berkesaan.


Skian




Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, May 13, 2012

EDISI SIASAT: SEBUAH RBW YANG BERMASAALAH DI MORIB

13hb Mei, 2012. Hari ini saya berkesempatan membuat lawatan ke satu projek rumah walit di Morib, Selangor. Rasanya lama juga saya tidak berkesempatan melawat tempat pelancungan yang terkenal ini. 


Pemilik membuat aduan, melalui sebuah syarikat yang berpengkalan di Shah Alam Selangor, bahawa RBW beliau tidak diduduki walit setelah 6 bulan membuat panggilan. Pemerhatian mereka walit ada masuk ke dalam bangunan, tetapi tidak tidur. Pemerhatian ini boleh dilakukan kerana RBW ini dilengkapi dengan sistem CCTV.




Saiz rumah ialah 12'x30' dan setingkat (gambar di atas).


Pemeriksaan saya mendapati perkara-perkara berikut:-


1. Ujian kesesuaian lagu luar, yang dimuatturun daripa internet, tidak buat.
2. Lagu luar lebih kuat daripada lagu dalam,
3. Jumlah tweeter terlalu kurang, pengiraan saya ruang sebesar ini memerlukan sebanyak 28 buah, sedangkan yang ada hanya 13 sahaja.
4. Pendawai sistem lagu luar tidak betul.
5. Dalam rumah agak terang, kerana pintu masuk walit ke nesting room daripada ruang legar, terlalu luas ( anggaran saya 3'x7' ),
6. Kesan lain, akibah pintu masuk yang luas ialah cuaca dalam bangunan ini hampir menyerupai cuaca di luar bangunan. Pada waktu lawatan, kira jam 5.30 petang suhu dalam bangunan ialah 29.6 selsius dan kelembapan pada tahap 80%.
6. Speakers luar dipasang rata dan menghala ke pokok sawit, yang mana sepatutnya di pasang 45 darjah dan menghala ke udara ( bukanlah satu masalah yang besar).


Keadaan di dalam nesting room yang agak terang ini merupakan isu pokok dan isu inilah juga saya kerap berjumpa apabila menyiasat kes RBW yang bermasaalah.


Berasaskan kepada penemuan-penemuan di atas, cadangan penambahbaikan telah dicadangkan kepada pegusaha seperti berikut:-


1. Pendawaian semula sistem lagu luar,
2. Pendawaian semula lagu dalam dengan menambah bilangan tweeter,
3. Pintu masuk walit dikecilkan daripada 3'x7' kepada 1'x3' sahaja.
4. Setelah semua di atas di lakukan, akan dilengkapi dengan ujian kesesuaia lagu luar, dan kemungkinan perlu ditukar ke lagu yang baru bergantung kepada respon walit di sini.




Pemantauan akan terus berjalan, dan saya memberikan kata-kata peransang kepada pengusaha ini, kita akan sama-sama berusaha sampai RBW ini pulih.


Terima Kasih




Dr Azizol Mohd Sharun.

Saturday, May 12, 2012

MAKMAL WALIT DR AZIZOL: AN UPDATE

Cerita RBW kos sederhana atau lebih dikenali sebagai makmal walit Dr Azizol telah saya muatkan di dalam blog ini terdahulu. Sila lihat kembali paparan bulan April, 2012 yang bertajuk LAPORAN PRESTASI RBW BERSKALA SEDERHANA ( MAKMAL WALIT DR AZIZOL). Paparan kali ini adalah merupakan an update.
                                         MAKMAL WALIT DR AZIZOL


Biasanya, pengusaha RBW akan membuat tuaian sarang kali pertama apabila RBW mencapai umur dua tahun. Ada juga pihak lain yang memulakan tuaian hasil pertama apabila umur RBW mereka telah mencapai umur setahun setengah. Tuaian lebih awal dikhuatiri akan menjejaskan usaha untuk meningkatkan populasi walit yang mendiamai RBW berkenaan.


Pada 30hb April, 2012 yang lalu, RBW ini genap berumur 1 tahun 8 bulan. Saya membuat keputusan untuk memulakan tuaian hasil pertama, dan di antara sebabnya ialah:-
1. Terdapat sarang yang sudah terlalu lama, menunjukkan pengecutan, dan bermula berubah warna kepada kekuningan,
2. Terdapat beberapa sarang yang telah berlapis,
3. Untuk meransang pertumbuhan sarang baru yang lebih banyak dan berkualiti selepas tuaian pertama ini.


Bulan April, sebagaimana yang anda ketahui adalah merupakan bulan pertama di dalam penggal baru pusingan bertelor pada setiap tahun ( April - Julai). Saya menjangkakan semua sarang yang didapati ada telor dan anak kecil pada musim bertelor yang lepas ( Disember - March) telah dikosongkan. Namun begitu,sebelum penuaian dibuat setiap sarang yang hendak dituai, saya lakukan penelitian sama ada ada telor atau pun tidak. Jika kosong dan telah digunakan ( ada kotoran ) saya tuai. Jika sarang tersebut kosong dan berkeadaan bersih saya tinggalkan. Ia adalah merupakan sarang baru yang belum digunakan untuk bertelor. Saya gunakan sudit stainless steel yang dibeli daripada pasaraya sebagai cermin untuk memeriksa ke dalam setiap sarang, dan amat berkesan. Kalau ia terjatuh pun tidak rosak apa-apa.
Terdapat juga sarang di mana anak masih bergantung kepada sarang tersebut dan belum boleh terbang. Sarang ini juga saya tinggalkan.
Ada juga kes di mana sarang bertaut rapat, seperti kembar, satau daripadanya kosong dan satu lagi ada telor, sarang yang kosong tidak dituai kerana tidak mahu mengganggu sarang yang satu lagi.
Sarang yang seperti di dalam gambar di bawah, jelas berlapis tetapi sarang yang teratas ada telor. Maka saya tangguhkan penuaiannya.
Alhamdullilah, penuaian sarang pertama ini telah menghasilkan sarang seberat 354 gram. Sebilangan besar daripadanya dihasilkan di tingkat bawah, 212 gram. Penelitian saya mendapati kebanyakkan sarang adalah terdiri daripada sarang sudut.
Sarang ini telah dijual di Kuala Terengganu. Ia digredkan kepada 3 gred, A, B dan C.
Pada waktu jualan kali ini, gred A dibeli pada harga RM2,000 sekilogram, gred B pada harga RM1,700 manakala gred C pada harga RM1,200 sekilogram. Pada harga pasaran ini, hasil tuaian pertama RBW ini telah memberi pulangan sebanyak RM512.00


Perkembangan terbaharu akan di laporkan di blog ini, berikutnya.


Skian,


Dr Azizol

Sunday, May 6, 2012

SERITI ATAU WALIT PADI

Burung Seriti (Collicola esculanta) juga dikenali sebagai walit padi, adalah merupakan sejenis burung yang ada kaitan dengan burung walit (Aerodramus fuciphagus) dan seterusnya dengan usaha mengalakkan penglibatan orang Melayu di dalam bidangusaha ini.


Apabila Seriti berterbangan diudara, mungkin kita sekali gus menyatakan itu burung walit. Kemungkinan ini boleh berlaku dan saya juga sukar membezakan antara walit dan seriti semasa kedua-dua jinis burung ini berterbangan di udara. Kemungkinan juga kedua-dua jinis sememangnya ada bersama di dalam kelompok tersebut, terutamanya apabila memburu makanan.
Oleh sebab itu, bagi kawasan yang baru dan di pendalaman, di mana sememangnya tiada RBW lain disekitar kawasan tersebut, jika ternampak banyak walit di udara AMATLAH PERLU DILAKUKAN UJIAN KEHADIRAN WALIT SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN HENDAK MENDIRIKAN RBW DI SITU.


Dari segi habitat agak berbeza. Walit memerlukan tempat kediaman yang gelap (2 lux), manakala seriti lebih cerah dan terang. 


Kajian saya mendapati seriti ini boleh didapati di Selendang, Rompin (Pahang), Kg Jongok Batu (Dungun), Kawasan Lapangan Terbang Sandakan (Sabah), Bandar Kudat (Sabah), Kinabalu Park (Sabah) dan Cameron Highland (Pahang).


Pertamanya saya hendak bawa perhatian anda ke Kg Jongok Batu, Dungun. Perhatikan gambar-gambar berikut.
Seriti bersarang ditengah-tengah pembetungan ini, di mana suasana disini tidak begitu gelap dan tidak juga begitu terang.


Perhatikan rupa seriti dan cuba anda bandingkan dengan walit. Kita mungkin sukar nak faham bagaimana kuku seriti ini boleh mencengkam ke dinding calvert yang dibuat daripada galvanised iron dan membuat sarang.


Bentuk dan saiz sarang juga menyerupai saarang walit, cumanya ia diperbuat daripada jerami rumput, dan daun-daun kering. Ia menjahit dedaun ini dengan air liornya. Oleh kerana terlalu sedikit air liornya maka ia tiada nilai komersial. Ada pihak yang memperdagangkan sarang seriti ini.
Berikut pula penemuan saya di Selendang, Rompin (Pahang). Seriti di dapati mendiami bekas kuarters yang tidak digunakan lagi. Habitat di dalam rumah ini juga agak terang.
Berikut pula rakaman saya di Lapangan Terbang Antara Bangsa Sandakan, Sabah.
Kita dapati di sudut-sudut ini juga berkeadaan tidak begitu gelap, dan seriti datang dan tingal disini. Bagi kes ini, tiada panggilan dibuat, ia datang sendiri.Kalau kita ingat panduan (1GP) yang dikeluarkan oleh JPV mengenai jarak RBW dengan lapangan terbang, kes sebegini tidak seharusnya berlaku. Apabila kes ini berlaku, dimanakah relevanya jarak yang dikenakan terhadap RBW dengan lapangan terbang?


Bagi penemuan saya di Cameron Highland, hanya ada satu gambar sahaja (di atas) yang sempat saya kongsi bersama anda. Gambar ini di rakam di tempat meletak kenderaan tingkat bawah Hotel Equatorial. Suasana disini juga akan suram dan sesuai untuk seriti.


Rakaman gambar seriti di Kinabalu Park dan Kudat saya akan muatkan kemudian.


Saya berharap dengan cerita yang saya ketengahkan ini, anda lebih memahami kenapa ada lokasi yang ujian kehadiran walit ini wajib di adakan sebelum membina rumah walit dan ada pula yang tidak.


Skian, jom kita buat walit...


Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, May 5, 2012

SEBUAH RUMAH WALIT DI DUMAI SUMATRA INDONESIA

Nilai pasaran sarang burung walit dunia dalam setahun bernilai RM12 billion. Hanya 30 peratus sahaja daripada keseluruhan permintaan ini dipenuhi. Sebanyak 60 peratus bekalan sarang walit datangnya daripada Indonesia.


Jika anda berkunjung ke sana, anda akan lihat betapa banyaknya gedung-gedung walit didirikan di merata tempat. Saya berkesempatan ke Palembang satu masa dahulu, khususnya bandar Metro di Sumatra Selatan. Pemandangan disekitaran pesawahanya amat mengkagumkan, begitu banyak gedung walit dibina. Salah satu daripada sebabnya ialah, sawah padi merupakan punca serangga yang menjadi makanan walit. Sekali gus mereka di sana menggunakan khidmat walit untuk mambantu mengawal seranga padi.
Jika anda terus mengembara disekitaran Metro, memang beginilah keadaanya. Tetapi jika kita melihat jelapang padi kita di Kedah, amat sukar untuk melihat sebuah rumah walit sehingga ke hari ini.
Sekarang kita faham bagaimana mereka mampu menjadi pembekal utama sarang burung walit dunia, sedangkan Malaysia hanya membekal disekitaran 8 peratus sahaja.


Seterusnya pada tahun yang sama, saya berkunjung pula ke Dumai, salah sebuah pekan di Sumatra dan paling hampir dengan Melaka. Saya kesana dengan menaiki bot daripada bandar Melaka. Perjalanan lebih kurang dua jam sahaja.
Lawatan ke Dumai ini telah diatur untuk melihat sebuah rumah walit, yang pada ketika itu dalam pembinaan dan 75% siap. Ia merupakan tingkat 2 dan 3 sebuah rumah kedai yang diubah suai untuk dijadikan rumah walit.
Perhatikan mereka menggunakan kayu bruti (2"X4") sebagai gelegar lantai sekali gus digunakan sebagai nesting planks. Juga kita lihat tidak banyak sudut disediakan (untuk walit muda). Perhatikan juga, papan lantai digunakan sebagai siling dan di atasnya diletakkan slab setebal 6". Ini boleh membantu mempercepatkan kemasukan walit, kerana lantai simen dilindungi oleh kepingan papan. Cumanya kita kena perhatikan kos lantai sebegini, berbanding dengan cement bord.
Perhatikan juga di dalam gambar di atas, kedudukan lubang masuk setinggi lebihkurang 15' daripada lantai.
Perhatikan, berdepan dengan lubang masuk ialah pintu walit ke tingkat 2 dan ke tingkat 1. Oleh kerana kedudukan pintu ini jauh ke bawah daripada aras lubang masuk walit, maka ia sudah berkeadaan suram dan hampir gelap.
Mereka menggunakan kepingan plywood sebagai bahan dinding. Dalam masa pembinaan ini, di dalam rumah ini telah diletakkan racikan sisa nenas untuk mempercepatkan hilangnya bau simen yang digunakan.
Pada masa pembinaan ini juga, mereka disini telah mula mengawal lipas supaya tidak memasuki rumah walit dan berkembangbiak sebelum walit menduduki rumah berkenaan. Mereka menggunakan kapor ajaib sebagai racun lipas dan digariskan kapor tersebut di dinding, seperti gambar berikut.


Mereka juga berpendapat tweeter lebih elok dipasang tanpa corongnya, seperti gambar berikut.
Walaubagaimana pun, selepas lawatan ini saya tidak berkunjung kembali ke sana untuk menilai perkembangan. Di Indonesia, RBW kosong buat beberapa tahun ini perkara biasa. Ada satu RBW di Metro, menurut penjaganya masih kosong dan telah berkeadaan begini selama 6 tahun. Mereka masih bersabar dan terus berusaha. Di Malaysia bagaimana?


Demikianlah sedikit pemandangan walit di Indonesia yang sempat saya kongsikan pada kali ini. Selamat mengikuti perkembangan seterusnya...


Skian,




Dr Azizol Mohd Sharun.