Saya menyediakan khidmat rundingcara untuk membina rumah walit baru, ubahsuai dan baikpulih rumah walit yang bermasaalah. Khidmat kursus ala digital peternakan burung walit juga disediakan.
Friday, December 30, 2022
Tuesday, December 13, 2022
PENJUALAN SARANG YANG SUDAH LAMA
Salam hormat,
Hasil sarang yang saya ceritakan sebelum ini, akhirnya saya tolong jualkan. Saya berjaya menjual sarang tersebut di satu lokasi di Dungun, pada 11hb Disember, 2022. Berat keseluruhan sarang ialah 1.3 Kg. Oleh kerana sarang yang telah lama tidak dituai, berlapis dan ada yang berkulat, maka harga yang ditawarkan pun tidaklah begitu baik. Walaubagaimana pun saya bersyukur dengan harga yang diberikan itu.
Sara yang berlapis dan berkulat dibeli dengan harga RM1,300 se Kg. Baki sarang yang lebih elok di beli dengan harga RM1,700 se Kg. Hasil jualan keseluruhan sekitaran RM1,500.00
Jadi bagi rakan-rakan yang memiliki RBW jangan biarkan sarang begitu lama tidak dikutip kerana ia merugikan.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS)
Saturday, October 29, 2022
RBW SELEPAS SETAHUN TIDAK DIURUSKAN
Salam
hormat,
Masjid
Tanah, 26hb Oktober 2022.
Saya sudah
hampir setahun tidak bergiat aktif di dalam bidang ini disebabkan masaalah
kesihatan. Alhamdullilah, hari ini saya kuatkan juga diri untuk membantu rakan
lama saya yang memiliki sebuah RBW di Masjid Tanah Melaka. Pernah satu ketika
dahulu saya menceritakan RBW beliau di dalam blog saya ini.
Beliau juga
telah tidak mempedulikan RBWnya hampir setahun juga lamanya di sebebkan masalah
kemalangan jalanraya yang di alamai beliau. Kini beliau telah beransur pulih
dan memohon kepada saya untuk membantu melihat dan menilai semula kedudukan RBW
tersebut. Kami tahu sebelum RBW ini di biarkan sekian lama, memang ada walit
yang mendiami bangunan tersebut.
Setelah
melihat ke pelusuk kawasan dalam RBW ini, saya dapati ada beberapa sarang yang
telah ditingalkan. Sarang tersebut agak kekuningan dan berlapis. Ada yang
hampir reput. Masih ada beberapa sarang yang ada terdapat anak walit yang
sedang membesar.
Saya terus
berusaha memungut semua sarang yang kosong dan berlapis, setelah dipersetujui
oleh pemilik. Hasil pungutan SBW keseluruhannya sebanyak 1.34Kg.
PEMERHATIAN DAN RUMUSAN SAYA MENGENAI RBW INI
1. Pengudaraan dalam RBW tidak memuaskan,
2. Kebanyak tempat, siling telah berkulat,
3. Banyak tweeter telah tidak berfungsi,
4. Terdapat banyak musuh( lipas, cicak, dan kutu),
Saya perhatikan banyak lubang pengudaraan dipenuhi sampah sarap, yang dibawa masuk oleh burung tiak. Satu-satunya aktiviti pembersihan terhadap kesemua lubang pengudaraan di rumah ini perlu di lakukan dan diperbaiki serta merta.
Kebocoran atap dan lantai bangunan perlu di kaji semula dan di perbaiki mana yang sesuai. Ia mungkin melibatkan satu kos yang besar dan perlu di nilai semula strategi jangka panjang projek ini. Jika tidak di ambil tindakan akan menyebabkan satu kerugian besar kepada pemilik yang terpaksa menanggung kos pinjaman yang jauh belum selelasi.
Pengurusan mush saperti biasa perlu di lakukan segera. Jika diabaikan saya berpendapat walit tidak akan balik dan akan meingkalkan bangunan tersebut buat selamanya.
Pendawaian
semula system audio, pada pandangan saya, juga perlu di buat. Pemilik
dinasehatkan agar memberikan perhatian yang lebih terhadap system audio RBW
ini. Sistem audio yang berkualiti boleh membantu mengalak minat walit baharu
untuk menginap.
PEWARIS PROJEK
Pemilik
premis mempunyai dua anak lelaki dalam lingkungan umur 30 puluhan. Pada hemat
saya satu sesi pebincangan mengenai projek ini bersama anak-anak perlu
dijalankan sebelum berbuat sesuatu kepada projek ini. Dari segi perbandingan,
pada hemat saya, tanpa dibuat sesuatu juga akan mengakibahkan kerugian. Oleh
kerana kos baikpulih yang mungkin menelan belanja yang besar, maka satu sesi
perbincangan dengan ahli keluarga perlu di buat. Kemudian satu atau dua
pandangan daripada pihak yang arif dalam perkara ini diperolehi dan penting
supaya satu keputusan yang terbaik boleh dibuat.
Sekian,
Dr Azizol
bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)
Tuesday, July 5, 2022
ZIARAH RAKAN SEWALITAN DI KOTA GELANGI
Salam hormat,
Kira-kira 2 minggu lepas saya menerima satu mesej
WhatsApp, daripada rakan yeng juga terlibat dengan industry walit di Jengka
Pahang, yang menyatakan bahawa tuan Haji Midon, salah seorang daripada
pengusaha burung walit tersohor di Kawasan Kota Gelangi, telah dilaporkan tidak
berapa sihat. Turut diserta di dalam WhatsApp tersebut gambar Tuan Hj Midon
berada di atas kerusi roda. SubhanAllah.
Setelah beberapa hari berkira-kira, saya akhirnya membuat
keputusan untuk melawat beliau. Saya dan isteri, Alhamdullilah telah dapat
melakukan lawataan tersebut pada 03hb Julai, 2022.
Sesampai kami dirumah kedai Tuan Hj Midon, kami dapati
rumah beliau seolah tidak bertunggu dan RBW yang biasa saya lawati dan
produktif itu pun seolah sudah tidak terjaga saperti dahulu. Kemudian saya
menalifon beliau. Anak belau yang menjawab panggilan sambil menyatakan Tuan Hj
sekarang duduk bersama anaknya di lokasi lain dan agak berdekatan.
Setibanya kami dirumah berkenaan, kami disambut oleh anak
perempuan tuan HJ. Setelah duduk bebera minit tuan Hj pun di bawa ke luar
berjumpa kami dengan menaiki kerusi roda. Saya dapati Tuan Hj agak terlalu
kurus dan lemah. Beliau tidak seceria sebelum ini. Seterusnya, selepas menjawap
salam saya, beliau menyatakan bahawa beliau telah diserang stroke kira dua
minggu sebelum ini. Sebaik terkena serangan itu beliau telah dikejarkan ke
hospital pakar KMC di Kuantan. Beliau terlantar di KMC selama tiga hari.
Setelah menjalani beberapa procedure perubatan beliau dibenarkan balik.
Dalam keadaan yang lemah itu, beliau menyatakan badan
belau terlalu lemah dan sedikit sukar untuk bernafas. Tiada selera makan. Saya
rasa tangan tuan Hj agak panas. Beliau juga menunjukkan bahawa di bahagian jari
kaki sebelah kiri dijangkiti kuman, yang sukar hendak sembuh. Saya tahu sebelum
ini memang Tuan Hj telah mengidap penyakit kencing manis dan menerima rawatan
dari masa ke semasa.
Satu perkara yang belaiu cerita dengan saya ialah,
sekarang beliau tidak lagi mempedulikan RBW beliau. Bahkan ada seketika sebelum
itu beliau menyuruh keluarganya membakar RBW dan segala wang yang diperloehi
daripada bidangusaha tersebut. Menurut isterinya, Tuan Hj ada bermimpi yang
burung-burung walit datang mematuk seluruh badannya. Besandarkan kejadian itu,
isteri beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kepada diri tuan HJ.
Ekoran daripada insiden tersebut, mereka juga berusaha berubat secara
tradisional. Mari kita sama-sama doakan agar Tuan Hj Midon dipulihkan kesiatan beliu
semula. In sha Allah.
Ketika ini tuan Hj baru mencapai umur 72 tahun. Satu
ikhtibar daripada lawtan tersebut, kita semua misti menjaga kesihatan. Saya
selalu berpesan untuk diri saya dan kepada anda semua dalam hal ini. Apabila
sudah sakit, saperti yang dialami Tuan Hj, duit sudah tidak berguna lagi. Ayuh
rakan-rakan, kepada yang bermasaalah itu, pergiatkan usaha untuk memperbaiki
kesihatan masing-masing. Teruskan berdoa, moga diberkati Allah SWT.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)
Monday, May 23, 2022
PEWALIT MISTI JAGA KESIHATAN
Salam hormat,
Hari Raya Aidul Fitri sudah berakhir. Akan tetapi sambutan rumah terbuka di bulan Syawal sedang rancak di janlankan di sana sini. Saya yakin ramai di antara pewalit yang turut terlibat. Di dalam kegairahan sambutan rumah terbuka tersebut, saya ingin mengingatkan rakan-rakan semua supaya terus berhati-hati, terutamanya dengan makanan yang bergula dan karbohidrat yang tinggi. Berkaitan dengan perkara ini, marilah kita lakukan pemantauwan kandungan gula yang terdapat di dalam badan masing-masing. Jika berkeadaan gula yang senantiasa tinggi eloklah mendapatkan rawatan di klinik atau pun hospital dengan segera.
Bacaan Gula saya pada HRaya Ke 7Satu gejala lain yang perlu mendapat
perhatian pewalit semua ialah tekanan darah masing-masing. Bagi mereka yang
sudah mengalami masalah ini, jangan lupa terus memakan ubat saperti yang
disarankan doktor. Jangan lalai dengan tidak memakan ubat terebut. Bagi mereka
yang tidak mengetahui kedudukan, saya sarankan eloklah ke klinik atau pun ke
hospital untuk pemantauwan. Tindakan ini amat penting bagi pewalit yang telah berumur
melebehi 45 tahun.
Kita semua harus sedar bahawa kedua-dua penyakit ini memberikan mudarat atau komplikasi yang serius. Tekanan darah yang terlalu tinggi dan tanpa di sedari oleh individu berkenaan pula merupakan pembunuh senyap. Jadi awas pewalit semua dan senantiasa berhati-hati yer.
Kesimpulanya, jika pewalit ingin terus
menikmati kenikmatan menternak burung walit yang berpanjangan, wajarlah
melakukan pemantauwan kedua-dua gejala tersebut. Jangan berlengah lagi dan
semoga diberikan Allah kesihatan yang baik kepada kita semua. Aminnnn.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)
Friday, April 29, 2022
SELAMAAT HARI RAYA AIDUL FITRI
Salam hormat,
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada semua pewalit sekelian.
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Friday, January 28, 2022
POKOK ACASIA MANGIUM MEMIKAT WALIT
Salam hormat,
SATU PEMERHATIAN
28hb Januari,2022 Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kebetulan semasa saya berada di wad hospital, sebelah pagi kira jam 9.00 pagi, apa bila menoleh pandangan ke luar tingkap wad hospital kelihatan banyak burung walit beterbangan mengelilingi mengellingi pokok Acasia. Aktiviti ini berlaku sehingga kira jam 10.30 pagi.
Saya perhatikan juga pokok acasia ini sedaang banyak berbunga. Tinggi pokok yang sudah agak matang ini ialah, pada jangkaan saya, kira 60 kakai.
Saya percaya kehadiran walit disitu berpunca daripada terdapatnya banyak serangga yang tertarik kepada bunga pokok ini. Bermakna pokok acasia boleh digunakan untuk menarik minat walit untuk datang menghampiri RBW kita.
Kita semua tahu yang pokok ini mudah ditnam dan membesar. Jadi sebagai salah satu uasa kita, mengikut lokasi RBW masing-masing, untuk meningkatkan populasi kehadiran wait berdekataan premis kita ialah dengan menanam beberapa batang pokok ini.
Fikir-fikirkan serta teruskan pengamatan dan diikuti dengan tindakan.
Sekian, Terima Kasih
Dr Azizol bin Mohd Sharuan( DVM, MAgrS)
Saturday, January 22, 2022
SELAAMAT TAHUN BAHARU 2022
Salam sejahtera,
Alhamdullilah kita telah pun hampir sebulan memasuki tahun 2022. Semoga cuaca terus kekal baik. In sha ALLAH.
Saya percaya masih ramai di antara kita yang masih dalam keadaan trauma akibah banjir besar yang melanda baru-baru ini. Mungkin banyak juga RBW yang terjejas. Banyak peralatan yang rosak dan perlu di ganti. Bersabarlah kita menempuhi ujian ini.
Apa yang lebih penting, pada pandangan saya, ialah sejauh mana pembelajaran yang kita perolehi kesan perubahan suasana, ujian ALLAH SWT, akibah banjir tersebut. Saya yakin di sebalik musibah tersebut, terbitnya pelbagai peluang untuk kita sama-sama terus maju ke hadapan. In sha ALLAH dan bersyukur kita.
Teruskan usaha dan Selamat Maju Jaya dari saya.
Sekian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Saturday, November 27, 2021
KEJORA ANJUR KURSUS LANJUTAN SISTEM AUDIO R.B.W
Salam hormat,
Alhamdullilah kursus tersebut, khusus untuk pengusaha R.B.W kelolaan KEJORA, telah dapat di jalankan dengan jayanya. Kursus ini disertai oleh hanya 8 orang peserta dan beberapa pegawai KEJORA. Ia telah di adakan di Ibu Pejabat JPV Negeri Terengganu pada 18hb November, 2021.
Kursus yang berbentuk amali dan sedikit teori ini, pada pengamatan saya telah mendapat reaksi yang amat baik daripada para peserta dan para pegawai. Aadalah diharapkan hasil pembelajaran ini akan dapat dimunafaatkan kepada perkembangan R.B.W masing-masing kelak.
Berikut disertakan beberapa gambar daripada sessi berkenaan.
Lawatan ke sebuah R.B.W
Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan berbanyak Terima Kasih kepada pihak KEJORA yang telah sudi melantik kami untuk menjalankan kursus tersebut. Terima Kasih juga kepada pihak Tuan Pengarah JPV atas segala kemudahan dewan seminar yang telah disediakan. Tak lupa kepada sdr Hafis atas kesudian memberikan kebenaran untuk melawat premis rumah walit beliau.
Terima Kasih
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)
(Moderator Kursus)
Sunday, October 3, 2021
PKP DAN WABAK COVID 19 TIDAK MENGHALANG PERMINTAAN PRODUK WALIT
Salam hormat,
Baru-baru ini saya sempat ke Terengganu, atas urusan peribadi, setelah mendapat kebenaran pihak polis. Sebelum bertolak balik, saya menghubungi seorang pengusaha produk walit bertanyakan produk walit yang pernah saya beli sebelum wabak berlaku. Alhamdullilah, beliau masih menghasilkan produk yang sama dengan pek bungkusan yang baharu.
Jelly Bird's Nest
Saya masih mengamalkan produk ini untuk kekal sihat. Ada juga penguna lama yang membuat pesanan baharu, sekembalinya saya daripada Terengganu. Saya memaklumkan selagi lintas sempadan tidak di longgarkan, hendak melaksanakan bekalan mungkin sukar. Saya mohon agar bersabar sehingga selepas PKP. In sha Allah.
Anda pengusaha Walit bila lagi?
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)
Friday, August 27, 2021
SEMUA PEWALIT WAJAR MENGAMBIL VEKSIN COVID-19
Salam hormat,
Saya pernah berkata kepada pewalit dan bakal pewalit diseminar tertentu, satu ketika dahulu, iaitu “wang tidak ada makna jika kita sakit”.
Tujuan penulisan saya kali ini hanyalah untuk mengajak semua pewalit supaya mengambil veksin covid-19. Daftar segera dan ambil suntikan berkenaan. Kini ramai daripada ahli masyarakat kita, saya dengar percaya kepada perkara-perkara yang kurang tepat, mengenai penyakit covid-19 , di media social sehingga sampai ke tahap enggan untuk mengambil sebarang vaksin yang berkaitan. Jangan sampai begitu.
Saya tidak menafikan memang ada kes-kes terpencil di merata dunia yang menceritakan kesan sampingan yang di alami setelah mengambil veksin ini. Apabila kita menilai risiko, kita akan dapati munafaat mengambil veksin ini jauh lebih besar berbanding keberangkalian musibah akibah pengambilannya.
Saya, seperti di dalam gambar di bawah, telah melengkapkan dua suntikan vaksin covid-19 pada 30hb Mei yang lalu. Alhamdullilah, tiada masallah dalam ke dua-dua proses berkenaan. Pada waktu suntikan tidak terasa pun. Masa yang diambil pun agak singkat sahaja.
Akhir kata, sekali lagi saya mengajak pewalit yang belum lagi mendaftar untuk mengambil veksin ini supaya segera berbuat demikian untuk kebaikan kita bersama.
Sekian, Terima Kasih.
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Monday, August 23, 2021
CAMPURAN S.B.W MENGUKUHKAN IMMUNITI TUBUH
Salam hormat,
Lama juga saya tidak menulis di dalam blog saya ini, tambahan musim PKP, tak berapa nak ada idea untuk dikongsi bersama. In sha Allah di masa yang akan datang.
Kali ini saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya berkaitan usaha kita semua memerangi wabak jangkitan covid-19 yang nampak agak tidak terkawal kebelakangan ini.
Kenapa agaknya ramai orang Melayu telah dijangkiti dan paling ramai yang berakhir dengan kematian berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain? Memang tidak dinafikan orang Melayu merupakan bilangan penduduk Malaysia yang teramai. Tetapi tidak semestinya teramai juga dijangkiti. Ini membayangkan kepada saya bahawa tahap kesihatan masyarakat Melayu amnya berada di tahap yang kurang memuaskan, tanpa disedari oleh pihak tertentu. Kupasan saya seterusnya akan merungkaikan kenapa saya beranggapan sedemikian.
Kita semua tahu bahawa system immunity tubuh badan kita, yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, adalah merupakan satu sistem pertahanan badan yang cukup hebat. Sistem ini membolehkan seseorang itu melawan sebarang jangkitan kuman, termasuk virus covid-19. Komponen terbesar system immunity ini ialah tulang, atau lebih tepat lagi sum-sum tulang tertentu. Untuk komponen ini menghasilkan antibody yang tinggi, untuk melawan sesuatu jangkitan, ia memerlukan bahan mentah, yang perlu dimakan dan terdiri daripada 90 jenis nutrients. Komponen nutrients berkenaan terdiri daripada 60 jenis garam galian, 16 vitamin, 12 asid amino ( essential amino acids) dan 3 asid lemak (essential Fatty Acids). Bahkan kesemua 90 jinis nutrients ini diperlukan oleh sesl-sel di dalam tubuh kita setiap hari, untuk kekal sihat.
Persoalanya, adakah kita semua, khususnya orang Melayu, mendapat 90 zat berkenaan secukupnya setiap hari? Saya percaya tidak, termasuklah saya sendiri.
Di sinilah timbulnya peranan Sarang Burung Walit (SBW), yang tuan-tuan sendiri boleh/telah hasilkan untuk di gunakan untuk melengkapkan kandungan nutrisi makanan anda setiap hari untuk kekal sehat dan mampu melawak jangkitan kuman covid-19. Takkan nak jual kesemuanya kan?
Paling kurang kita tahu bahawa SBW memiliki kandungan 10 zat garam galian saperti berikut:-
Kalsium,
Phosphorus,
Sodium,
Zat besi( iron),
Potassium,
Magnesium,
Zinc,
Chromium,
Selenium, dan
Copper.
SBW juga turut mengandungi Protein yang tinggi, dan juga mempunyai kualiti yang tinggi, di mana protein ini pula mengandungi 8 asid amino penting untuk tubuh badan (essentian amino acids) daripada 12 essential amino acids yang badan kita perlukan setiap hari. Asid amino berkenaan ialah:-
Isoleucine,
Leucine,
Lycine,
Methionine,
Phenylalanine,
Threonine,
Trypthopane, and
Valine.
Daripada keterangan di atas boleh dirumuskan secara kasar dengan mengamalkan memakan SBW atau produk SBW tertentu boleh memenuhi sekurangnya 18 jenis nutrients yang diperlukan oleh badan kita. Bermakna anda masih kekurangan 72 nutrients lagi.
Perbezaan nutrients ini, kebanyakknya garam galian halus (trace minerals) mungkin boleh anda atasi dengan memakan masakan yang menggunakan garam laut atau garam gunung Himalaya yang berwarna perang. Makanan hijauan (sayuran) juga boleh menokoktambah perbezaan ini. Bagi asid lemak pula saya cadangkan anda memakan sumber makanan yang mengandunginya, seperti minyak flaxseed yang mengandungi omega 3 dan omega 6 yang mencukupi.
Jadi dengan berasaskan SBW kita mampu memperolehi 90 essential nutrients yang diperlukan setiap hari, bagi membolehkan sum-sum tulang kita menghasilkan antibody yang mencukupi untuk melawan sebarang jangkitan kuman termasuk covid-19. In sha Allah.
Saya berharap anda fikirkan pandagan ini, tambahkan lagi ilmu mengenainya daripada sumber-sumber yang boleh di akui kebenarannya, kemudian amalkannya.
Skian, terima kasih.
Dr Azizol bin Mohd Sharun(DVM, MAgrS).
Tuesday, May 11, 2021
SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI 1 SYAWAL 1442
Salam Hormat,
Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri serta Maaf Zahir dan Batin, kepada semua yang terlibat dengan industri perwaalitan ini.
Mari kita sama-sama berusaha mengelakkan diri kita serta ahli kelurga daripada dijangkiti penyakit kovid-19. Asingkan diri dan elakkan kita dari bertemu dengan orang yang kita tidak kenali (potensi pembawa kuman kovid-19) di mana jua. Kerap menccuci tangan dengan sabun. Jika terpaksaa keluar, pakaiah face mask yang sepaatutnya dan sebetul mungkin. Jangan alpa. In sha Allah kita dilindungiNYA.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Wednesday, December 30, 2020
SELAMAT TAHUN BAHARU 2021
Salam Hormat,
ALHAMDULLILAH dipanjatkan syukur kepada Allah SWT di atas limpahnya maka dapat kita bersama sekali lagi menjelangnya tahun 2021.
Saya seperti mana biasa mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua rakan sewalitan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha baik yang kita semua akan lakukan di sepanjang tahun itu nanti.
Di sepanjang tahun 2020, saya tidak banyak menjalankan aktiviti berkaitan industri peternakan burung walit termasuk berkongsi pengalaman perkara yang sama. Satu daripada punca utama ialah berlakunya pandemik covid-19. Ekoran daripada tindakan kerajaan mengadakan PKP dan bagi mematuhi perintah berkenaan tidak banyak perjalanan yang boleh dibuat.
Namun demikian saya perhatikan ramai rakan-rakan sewalitan terus bergiat di dalam penghasilan SBW ini. Syabas. Saya percaya industri ini tidak akan mundur ke belakang, bahkan terus berkembang berdasarkan beberapa pengamatan yang sempat saya lakukan pada tahun 2020 ini. Pasaran yang terus mantap memastikan industri terus berjalan dengan sihat sepanjang tahun ini.
Pada tahun 2021, In sha Allah saya masih ingin berusaha membantu mereka yang ingin bergiat di dalam bidangusaha ini, untuk menambah pendapatan dan kesejahteraan mereka. Peternakan ini kita ketahui tidak banyak bergantung kepada faktor luaran di dalam usaha menghasilkan SBW, sepertimana bidangusaha pertanian yang lain yang terus tergaggu oleh keadaan pendemik covid-19. In sha Allah.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Friday, October 9, 2020
ALAT PEMUNGUT SBW VERSI BAHARU
Salam hormat,
JPV Terengganu telah menganjurkan satu kursus asas peternakan burung walit untuk kakitangannya, yang telah di adakan di Institiut Veterinar Wilayah Timur, Jerangau pada 29 dan 30hb September, 2020.
Dalam sesi lawatan ke premis walit (gambar) yang merupakan Makmal Walit Dr Azizol yang terletak di dalam ladang IVWT, saya telah didedahkan kepada satu alat pemungut sarang walit versi baharu (gambar).
Makmal Walit Dr Azizol
Sdr Sharif Menunjukkan Alat Tersebut
Menurut Sdr Sharif (dalam gambar yang memegang alat tersebut) alat ini yang berbeza daripada yang sebelumnya, adalah lebih memudahkan pengmbilan sarang terutamanya apabila kita terpaksa mengutip banyak sarang pada satu-satu masa. Mata depannya yang runcing membantu mempermudah sarang di tanggalkan daripada papan sirip. Bagi menjamin kebersihan, alat ini diperbuat daripada stainless steel. Panjang alat ini adalah kira-kira sekaki.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Thursday, September 3, 2020
ADA PERUBAHAN POSITIF SELEPAS PKP
Salam hormat,
30hb Ogos, 2020: Lendu, Mesjid Tanah Melaka. Sekalai lagi saya dijemput untuk melihat dan membantu memantau perubahan RBW milik seorang rakan lama saya.
RBW Sdr Sastra
Dari sudut sejarahnya, RBW ini telah lama didirikan. Prestasinya tidak memuaskan. Saya telah mencadangkan sedikit perubahan berkaitan kedudukan lubang masuk burung (LMB), yang mana telah dilakukan oleh pemilik premis. Ini menjadikan burung walit masuk ke dalam bangunan cara membelok ke kenan ( clockwise turn ). Kedudukan beberapa tweeter juga telah diubahsuai, mengikit kedudukan LMB yang baharu. Hampir 8 bulan RBW ini tidak dipantau di bahagian dalamnya, sehinggalah ke hari ini.
Semasa mendekati bangunan, saya dapati suara luar RBW ini berbunyi dengan baik. Masuk ke dalam bilik audio, diperhatikan 3 daripada 4 power amps, nampaknya berfungsi. Tetapi apabila masuk ke dalam RBW di tingkat bawah, didapati suara dalam hanya beroperasi di satu lokasi sahaja di tingkat atas. Maknanya ada power amps yang mungkin telah rosak atau sistem pendawaian suara termasuk beberapa tweeter yang turut rosak.
Setelah memantau dikedua tingkat, kami dapati sarang telah banyak bertambah daripada lawatan saya yang akhir. Terdapat di dalam sarang-sarang banyak anak-anak walit pada tahap porcupine stage. Ada juga sarang yang telah kosong dan ditinggalkan. Saya merasakan di tingkat atas, dimana sarang terdapat lebih banyak, suhu agak panas ( saya tidak bawa bersama alat sukat suhu semasa lawatan kali ini ). Jadi kebanyakkan sarang agak kering dan merekah.
Diperhatikan juga banyak cicak di dalam premis, sekitaran papan-papan sirip. Berikutan keadaan ini tidak heranlah kenapa ada terdapat telor-telor walit yang dikuis ibu walit dan jatuh ke lantai.
Saya menasehatkan pemilik premis supaya mengambil tindakan-tindakan berikut (susulan lawatan):-
1. Pungut semua sayang, selepas beberapa minggu sarang itu nanti akan dikosongkan,
2. Periksa dan bersihkan semua lubang/paip pengudaraan,
3. Buat di luar bangunan, beberapa perangkap cicak,
4. Perbetulkan sistem suara dan ganti Power Amps dan tweeter yang tidak berfungsi.
5. Bersihkan tinja walit yang banyak dibeberapa lokasi, di dalam RBW.
Saya yakin, dengan memberikan masa lagi dan dilakukan pemantauwan RBW ini akan beransur pulih dan boleh memberikan pulangan kepada pemiliknya yang sehingga kini terpaksa membayar ansuran pinjaman bank pertanian.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).
Sunday, July 19, 2020
Tenaga Suria Sebagai Sumber Tenaga Untuk RBW
Tuesday, May 19, 2020
SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI
Salam Hormat dan Selamat Berpuasa,

























